TAJUK ; PENAHANAN JAIS TERHADAP DR ASRI
(ceramah Datok Hashim yahya pada 7 Nov 2009)
Masjid atTaqwa Taman Tun Dr Ismail
Damansara Kuala Lumpur
ATAU
Dimana Silapnya Dr Asri
(ceramah Datok Hashim yahya pada 7 Nov 2009)
Masjid atTaqwa Taman Tun Dr Ismail
Damansara Kuala Lumpur
1. Bukan Isu Wahabi
1.1. Asri mengaku ia bukan pengikut Wahabi
1.2 Asri sendiri tidak berpegang dengan beberapa amalan dan pegangan Wahabi; contoh ; sembahyang terwaih 20 rakaat. Qunut solat subuh dll
1.3 Isu wahabi akan melibatkan hubungan Malaysia dan kerajaan Saudi
2. Dialog bersama Asri mengenai hujah umat Islam tidak boleh mengamalkan perkara bidah.
2.1 tidak taat kepada ulil amri
2.2. khilaf terhadap Rasulallah.
Rumusan; orang lain ( selain daripada rakyat Perlis) tidak salah mengamalkan perkara ”bidah” kerana ulul amri dinegeri-negeri yang lain tidak menghalang. Perkara bidah yang dilarang bukannya isu bidaah tetapi isu khlafiah.
3. Sumber Perundangan Islam
i. yang disepakati ulamak
ii yang tidak disepakati ulamak
Selain dari alQuran dan Sunnah ( ijmak, qiyas, istihsan, istishab, siasah syariyah, qaul sahabah, adat atau amalan ahli Madinah dsb)
4. Rasulallah saw membenarkan Ijtihad selain daripada alQuran dan Sunnah
(peristiwa pengiriman dan perlantikan Muazz bin Jabal sebagai Mufti, Qadhi dan Pendakawah )
Contoh-contoh hukum berdasarkan Qiyas
1. Tidak boleh memukul ibu bapa. Didalam alQuran Allah melarang umat Islam bercakap kasar dengan kedua ibubapa ( dalam surah Isra’ ayat 23 )
Yang bermaksud;
23- Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour.
Ulamak berhujah secara qiyas iaitu sekiranya bercakap kasar pun dilarang apa tah lagi melakukan sesuatu yang lebih buruk daripada bercakap kasar)
2. Sunat Solat Qabliyah sebelum Solat Jumaat.
5. Perbezaan Bidah dan Khilafiah.
5.1 Contoh berlakunya khilafiah dizaman Rasulallah saw.
Baginda Rasulallah saw pernah memberitahu suatu rumbongan sahabat supaya menunaikan solat Asar apabila sampai kesuatu kampong yang dituju mereka. Apabila belum sampai kekampong tersebut waktu Asar hampir luput. Maka sahabat berselisih pendapat , ada satu golongan yang sembahyang Asar bertentangan dengan pesanan Rasulallah saw (sebelum sampai ke kampong berkenaan) dan ada satu golongan lain meneruskan perjalanan sampai ke kampong tersebut dan mennunaikan sembahyang asarnya sapertimana pesanan rasullah. Mereka mengqada sembahyang asar mereka apabila waktu asar telah luput..
6. Pendapat Yusuf alQardawi mengenai sambutan MaulidulRasul
7. Pendapat Saad Hawa dalam kitabnya ” Islam walahkam” (?)
”selamamana sesuatu pendapat itu berasaskan kepada mana-mana pendapat ulamak yang muktabar selama itulah pendapat tersebut bukan nya bidah dan sesat
8. Perbincangan dengan s.s. Mufti negeri Perak dan Pahang tentang Dr Asri
8.1. Mufti Pahang pernah menulis surat kepada Raja Perlis melarang dr Asri berceramah di Pahang.
8.2. Dr Asri datang berceramah diPahang secara ”curi” (tanpa kebenaran dan maklumat resmi kerajaan (Mufti) negeri Pahang.
8.3. Mufti Perak bersetuju membuat kenyataan diakhbar tentang Dr Asri
9. Kesilapan Asri dan bahanya kepada masyarakat Islam
a. tidak menerima kaedah usul fiqh tentang sumber perundangan Islam.
(ijtihad dan qiyas sebagai salah satu sumber hokum)
b. tidak mengiktiraf ulamak-ulamak ynag muktabar Imam syafiee, imam Nawawi, Imam Ghazali .
c. Menghina dan menyindir mufti-mufti seluruh Malaysia.
d. memecahbelahkan masyarakat islam.
e. seolah-seolah beliau sahaja lah yang betul dan akhirnya akan timbulllah seolah-olahnya beliaulah seorang Rasul dikalangan orang Melayu sama sepertiman yang berlaku dikalangan pengikut kumpulan ajaran sesat dinegara ini
10. (tambahan semasa perbincangan selepas ceramah);
11.1 Sikap dan pendirian Imam Syafie terhadap pendapat orang lain
” Sekiranya ada pendapat saya yang kurang tepat dan ada pendapat orang lain yang lebih baik maka ambillah pendapat tersebut dan tinggalkanlah pendapat saya”
11.2 Ketua Pengarah JAKIM sendiri berpendapat bahwa Dr Asri adalah seorang yang sombong dan bongkak.
12. RUMUSAN;
1. Perlu dibezakan antara isu khilafiah dan Bidaah.
2. Baginda Rasulallah saw sendiri mengamalkan ibadah, zikir dan wirid yang dikatakan bidah itu .
3. Ulamak hanya menyusun cara ibadah , zikir dan wirid untuk kemudahan umat Islam.
4. Persoalannya apakah lojik seorang yang menyusun cara ibadah, zikir dan wirid itu (tidak pula memaksa orang lain mengikut dan berpegang kepadanya semata-mata) dituduh melakukan bidah, sesat dan masuk neraka .
5. Rasulallah tidak menetapkan cara susunan ibadah, zikir dan wirid supaya ianya tidak merupakan suatu syariat yang wajib diikuti oleh umat Islam.
6. Umat Islam boleh memilih (walaupun perkara tersebut sunat hukumnya) susunan , memilih sebahagian atau meninggalkan sebahagian zikir ibadah dan wirid Rasulllah.
7. Tidak wajar mereka yang dangkal ilmunya tentang Islam mendabik dada untuk menyesat dan menghukum orang lain yang lebih tinggi dan luas ilmu pengetahuannya.
Amalk
KONONNYA HASRAT ASRI MURNI KERANA BELIAU KESIAN TERHADAP ORANG ISLAM DAN BELIAU BERJUANG SUPAYA UMAT ISLAM BEBAS DARIPADA BIDAH SESAT DAN MASUK NERAKA. AKAN TETAPI PADA WAKTU YANG SAMA BELIAU TERLUPA BAHAWA SIKAP DAN PENDIIRIANNYA YANG MENGANGGAP PERKARA YANG BUKAN BIDAH ITU ADALAH BIDAH ITU JUGA ADALAH SATU BID’AH.
Kesan dan respon berikutnya;
Ramai jamaah yang berpuashati dan menyokong ceramah Datuk Hashim Yahya sehingga ada yang mencadangkan supaya ceramah datuk Hashim ini ditulis semula untuk diedarkan kepadq Jamaah dan ada pula cadangan supaya Datuk memberi ceramah yang sama di TV dan radio.
Disamping itu ada pula dikalangan mereka yang mendakwa dirinya orang PAS tidak setuju dengan Datuk Hashim Yahya dan kononnya Dato’ Hashim Yahya , dan Datok Haji Salleh bin Ahmad pernah berdebat dengan Doktor ASRI DI Pulau Pinang dan mereka berdua telah gagal berhujuah dengan Dr Asri dalam perdebatan tersebut.
Wallah uaa’lam.
Sunday, November 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment