Tuesday, November 3, 2009

Muhasabah
disebalik
Musibah yang berlaku




















Pendahuluan

Musibah
Kematian, kemalangan , kecurian, rompakan, permusuhan
Malapetaka, Bencana Alam, Peperangan dan pergaduhan
Penyebaran ajaran sesat, murtad, pencemaran akidah, peperangan
antara agama, fitnah
Banjir
Tsunami
Angin Ribut
Tanah Runtuh
Jenayah
Kemalangan Jalan Raya
Pergaduhan antara kaum
Peristiwa 13 Mei
Penjajahan dan Penaklukan Kuasa Asing
Zaman British, Jepun dan Komunis
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa












Mukaddimah

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum kaum yang telah dimusnahkan Allah diatas muka bumi ini, mereka yang ditimba bala dan bencana alam adalah kaum yang kufur terhadap Allah tidak percaya kepada para Rasul dan nabi-nabi yang diutuskan Allah kepada mereka , mengingkari ajaran-ajaran yang dibawanya, melakukan kezaliman diatas muka bumi. Kaum yang melakukan maksiat , zina, liwat, pembunuhan, peperangan sesama manusia adalah kaum yang tidak mematuhi larangan-larang Allah dan Rasul mereka yang telah menyampaikan peringatan , amaran dan nasihat akan tetapi mereka terus juga melakukan segala kerosakan diatas muka bumi ini . Firman Allah dalam surah alQasas ayat 59


Yang bermaksud;

59- Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.



1.1 Bencana Alam

Surah alkahfi ayat 40

Yang bermaksud;

40- Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

Surah Taha ayat 105

Yang bermaksud;
105- Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.







1.2. Meruntuh gunung untuk dijadikan tempat tinggal dan pembangunan ummah.
Jarang manusia terfikir bahawa sikap dan tindakan mereka membina rumah dan menjalankan pelbagai kegiatan pembangunan dilereng bukit, menarah gunung dan meratakannya adalah suatu perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan fitrah dan keadaan semula jadi alam dan muka bumi ini. Kerakusan manusia mengejar pembangunan telah menyebabkan mereka lalai untuk berfikir sejauhmana pembangunan yang dikejar itu boleh meragut nyawa dan keselesaan hidup mereka dan haiwan-haiwan yang lain.





















1.3 Kejadian Gunung Ganang dan fungsinya.

Allah menjadikan gunung untuk bertasbih dan memuji-muji Allah. Dengan adanya gunung maka hujan akan turun apabila awan yang membawa air bertemu dan berlanggar dengan banjaran-banjarannya. Firman Allah dalam surah alNur ayat 43





Yang bermaksud;

43- Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Surah Saba’ ayat 10.


Yang bermaksud;
10- Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;
(Lihat Lampiran 1)
(ii) Kesan kepada geografi, muka-bumi, cuaca, alam sekitar Dan makhluk lain.
Tanpa adanya gunung dan hutan-hutan kehidupan binatang liar bukan sahaja pupus malahan mereka terpaksa melarikan diri keluar kawasan asal mereka dan membaham segala rumah kediaman manusia serta memusnahkan hasil pertanian dan meragut nyawa pemiliknya.
Walau pun tidak ada fatwa yang mengatakan perbuatan –perbuatan tersebut adalah haram akan tetapi berdasarkan kepada kaedah fekah bahawa sekiranya sesuatu perkara itu boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang haram maka melakukannya juga adalah haram. Meruntuhkan gunung adalah haram sekiranya akibat dari perbuatan tersebut akan menyebabkan berlaku kerosakan kepada gunung dan makhluk-makhluk lain samaada secara disengajakan atau tidak.
Meruntuh gunung bermakna manusia tidak menghormatinya sebagai makhluk Allah swt. Sedangkan gunung sama sepertimana juga kejadian Allah yang lain, ia adalah memainkan peranan dan tugas yang telah diperintahkan Allah kepada mereka dan kemusnahan gunung saling memberikan kesan kepada makhluk lain yang saling bergantung dan berkait diantara satu sama lain didunia ini. Gunung bergantung harap kepada pokok-pokok dan hutan untuk ia dapat kekal diatas muka bumi ini . bagitu juga hutan dan penghuni-penghuni nya hanya akan dapat terus hidup selamat dan aman selama mana gunung tidak diganggu gugat dan dimusnahkan.

(iii) sumber air, (tadahan air) dan taburan hujan

Apabila semua gunung-gunung diruntuhkan dan tapaknya dijadikan taman perumahan atau ladang-ladang pertanian, manusia yang mendiami kawasan tersebut tidak akan dapat menikmati kehidupan yang selesa dan selamat terutama apabila kawasan tersebut tidak lagi dapat menyalurkan bekalan air yang mencukupi untuk menyuburkan tanaman dan membekalkan minuman kepada penduduk-penduduk berkenaan.


(iv) Tumbuhan dan hasil kayu kayan (kekayaan negara)
.
3. Latarbelakang Bukit Antarabangsa dan Persepsi Masyarakat
(i) Kediaman orang Kaya dan VIP.
(ii) Riak ujub takabbur dan sombong.
(iii) Ujudnya maksiat
(iv) menuduh orang lain yang membantu mereka. Mereka seumpama anjing yang tersepit membaham orang yang menyelamatkan mereka.

1. Peranan individu;

Untuk menjadi golongan mukmin yang sebenar-benarnya beriman dengan ajaran Islam dan takut kepada balasan di hari akhirat, balasan syurga dan neraka. Golongan mukmin yang sebenar-benarnya beriman dengan ajaran Islam dan takut kepada balasan di hari akhirat, balasan syurga dan neraka. Mereka inilah golongan yang bertaqwa, solih dan muslim dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Seorang Muslim Mukmin yang bertaqwa yang mantap, hebat, unggul dan mulia disisi Allah dan sesama makhluk.
1. kita melawan nafsu
2. meninggalkan segala larangan-larangannya.
3. mendisiplinkan diri dan mematuhi segala suruhan dan larangan Allah
4. diuji dan ditarbiah meninggalkan segala ucapan, perbuatan dan kelakuan yang bertentangan dengan etika dan akhlak yang mulia.

Akal manusia sering dikalahkan dan dipengaruhi oleh nafsu, kepentingan diri, kronisma, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa, pengaruh luar yang tidak sihat sehingga akhirnya kita berlaku zalim dan merosakkan orang lain. Sekarang manusia tertipu, terpedaya dan tersasul tanpa lagi dapat menilai diantara keindahan dan keabsahan nilai kebenaran dan kebatilan.






Firman Allah dalam Surah Qaff ayat 16.

Yang bermaksud;

16- Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,


















Bahayanya nafsu manusia

Surah Yusuf ayat 53
Yang bermaksud;

53- "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
















2. Kesalahan manusia punca berlakunya bencana Alam

(Timbul kenyataan yang mendakwa Tanah Runtuh adalah disebabkan oleh kerana faktor alam semula jadi dan bukan kerana kesalahan manusia)
1. Menyalahgunakan anugerah Allah untuk memuaskan nafsu. ( bermegah dan mencari kehebatan, keindahan dan kepuasan tinggal ditempat yang tinggi, menarik dan mewah).
2. Melakukan berbagai aktibiti yang di larang Allah.
3. Mementingkan diri tanpa mengambil kira keselamatan dan kehidupan makhluk lain (termasuk jiran dan manusia lain di kawasan perumahan yang berhampiran.
4. Meletakkan diri dalam kebinasaan dan bahaya.
5. Tidak menggunakan atau berpandukan kepada nasihat, kepakaran dan ilmu didalam bidang geologi, arkitek binaan , kaji-bumi dan alam sekitar ,
6. Menimbulkan fitnah dan tanggapan buruk masyarakat terhadap mereka
Allah menggambarkan kaum Bani Israil pada asalnya adalah kaum yang diberi Allah kebjaksanaan dan dimuliakan. Akan tetapi akibat dari kedegilan dan kekufurannya terhadap Allah dan Rasulnya maka kaum ini telah di hina sehingga tidak mempunyai negara dan tanah air mereka sendiri. Akhirnya mereka menggunakan kecerdikan mereka semata-mata tanpa memperdulikan undang-undang , ajaran agama, pandangan dan kepentingan orang lain sehingga mereka sanggup membunuh, merampas, menceroboh dan menzalimi orang yang tidak berdosa semata-mata untuk memuas kehendak nafsu dan kepentingan kuasa dan politik mereka semata-mata.


Firman Allah dalam surah alMaidah ayat 32



Yang bermaksud;
32- Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.







3. Muhasabah diri

(terutama apabila berlakunya Bencana Alam, sakit, musibah dan kemalangan)

1. Dugaan , ujian dan cabaran dari Allah.

Surah alFajr ayat 16

Yang bermaksud;
16- Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

2, Hukuman atau balasan .
Surah Jinn ayat 25

Yang bermaksud;
25- (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: Aku tidak mengetahui samada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

3. Penebus dosa dan kesalahan

4. Apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan bencana alam;
(1). bertasbih dan beristighfar
Surah alSyura ayat 5


Yang bermaksud;
5- Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar) dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(1)
(1) Pengajaran dari ayat ini;
(a). Allah murka apabila melihat manusia kufur kepada Allah
dan melakukan kemungkaran dan maksiat.
(b) Bencana Alam adalah berlaku akibat dari kemurkaan Allah.
(c) Kekufuran dan kemaksiatan manusia perlu mendapat keampunan dari Allah.
(d) para malaikat pula yang ditimpa keresahan sedih , pilu dan meminta pertolongan Allah supaya memberi ampun kepada manusia yang melakukan maksiat dan kufur terhadap Allah )

(2) Mengambil iktibar supaya terhindar dari sebarang bentuk bencana alam yang lebih dahsyat berlaku keatas kita.
(3) Membantu mangsa sebagai tanda bersyukur diri terselamat daripada bencana.
(4) Bersabar dan insaf tentang kekuasaan Allah serta kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.
(5) Perlu mengambil sikap, berfikir dan memilih tindakan yang positif supaya hidup kita selamat didunia dan akhirat.
(6) Manusia perlu menggunakan akal fikiran disamping memohon hidayah dan pertolongan Allah swt dalam merancang dan membuat sesuatu keputusan untuk memilih suatu yang terbaik dan selamat.
Seorang yang mengakui dirinya mukmin dan muslim ia mesti beriman dan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang ditegah. Umat Islam mesti meyakini bahawa dengan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh sahajalah seorang , masyarakat dan negara itu akan benar-benar mencapai kesejahteraan didunia dan kemenangan diakhirat.
























5. Jalan Penyelesaian (Dijauhkan daripada Malapetaka)

1. Menginsafi dan bertaubat diatas segala kesalahan yang kita lakukan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan didunia dan akhirat
2. Menyerahkan kepada pihak yang pakar didalam bidang berkaitan untuk mencari jalan mengatasinya.


Firman Allah dalam surah alNahl ayat 43



Yang bermaksud;

43- Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.


Islam adalah agama yang mementingkan ’ fikrah” dan persepakatan . Setiap perbincangan, perbicaraan dan permesyuaratan hendaklah dikendalikan oleh mereka yang pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Pandangan majoriti dikalangan ahli dan pakar adalah keputusan yang terbaik dan mengatasi pendapat individu. Mereka yang angkuh, degil dan merasakan otaknya adalah lebih bijak dari keputusan majoriti kemudian memaksa orang lain menerimanya maka ia adalah golongan yang memecah-belah masyarakat, pencetus kerosakan diatas muka bumi dan wajar menerima pembalasan diakhirat kelak.




Firman Allah dalam surah alQasas ayat 77



Yang bermaksud;

77- Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
(3) Mengimbangi kemewahan hidup didunia dengan kemenangan hidup diakhirat.
Kejayaan didunia bukan diukur dengan nilai-nilai kebendaan dan kemewahan semata-mata dan kemenangan diakhirat pula bukan diukur kepada ”nilai-nilai pengabdian diri atau ibadat dalam pengertian yang sempit”. Mereka yang sebenarnya berjaya didunia dan akhirat ialah golongan yang bijak mengaut kedua-dua ”kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat” dan golongan yang dapat mengimbangkan diantara keperluan dunia dan kepentingan akhirat.Firman Allah dalam surah Baqarah ayat 201


Yang bermaksud;

201- Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

(4) Semua pihak yang berkaitan hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing dan membuat keputusan dengan amanah, ikhlas jujur tanpa tunduk kepada arahan dan ugutan atau menerima sogokan dari mana-mana pihak.
Firman Allah dalam surah alAnfal ayat 27



Yang bermaksud;

27- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

(5) Jangan mendorong diri kita tercebak kekancah hiburan yang menyesatkan, atau melakukan maksiat dan kemungkaran.
Islam menentang cara hidup barat saperti pergaulan bebas tanpa nikah , bersekedudukan dan beranak dulu sebelum berkahwin single parent, neuclear family, hedonism, free thinker, drug addict, arak, rokok, muzik, hiburan tari menari , seks bebas dan seks rambang .
(6) Mempergiatkan lagi usaha dakwah kearah mempertingkatkan iman dan taqwa serta benar-benar takut dan percaya kepada hari akhirat dan siksaan api neraka dan azab kubur, disamping memperkukuhkan akidah dan amal ibadat kepada Allah dan mentaati sunnah Rasul ALLAH Saidina Muhammad saw.

Firman Allah dalam surah ALmAIDAH ayat 83

Yang bermaksud;
83- Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

Dan firman Allah dalam surah ALMaidah ayat 84;





Yang bermaksud;
84- Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.
Didalam Surah Qaf , Ghasiah , Surah alAala dan surah alQamar, Allah swt berulangkali menerangkan kepada manusia isu-isu berkaitan dengan Kekuasaan Allah, Apa yang menimpa keatas golongan kafir yang tidak percaya kepada hari akhirat, kiamat dan hidup selepas mati, Kehidupan penghuni neraka dan syurga, Keadaan orang yang beriman dan orang kafir, Balasan syurga dan neraka, Kehidupan di Dunia dan kelebihan akhirat, Hari kiamat dan hari akhirat, Sikap orang kafir tidak percaya kepada hari kiamat dan Keadaan orang mukmin dan orang kafir dihari akhirat kelak
Dalam Surah Qaf ayat 1-6 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran). 2- (Kaum musyrik Mekah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: Ini adalah satu perkara yang menakjubkan! 3- Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi). 4- (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku). 5- (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. 6- (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?
(7). Membuang sikap menyalahkan orang lain dan menafikan kesalahan
sendiri.
Islam melarang umatnya mengamalkan sifat menuding jari dan meletakkan kesalahan, kesilapan dan kegagalan diri sendiri kepada orang lain. Ini adalah merupakan salah satu fenomena yang berlaku diakhirat kelak terutamanya dikalangan kuffar dan golongan pelampau yang hidup mereka bertuhankan nafsu dan syaitan serta membelakangkan Islam dan ajaran Allah diatas muka bumi. Mereka bertelagah sesama sendiri, menyalahkan berhala dan tuhan-tuhan palsu mereka, menyalahkan ketua dan pemimpin mereka, menyalahkan syaitan dan Jin, bahkan mereka juga meletakkan kesalahan dan kekufuran mereka kepada datuk nenek, ibu bapa dan asal keturunan mereka dizaman sebelumnya.


Firman Allah dalam surah ALaaRAF ayat 38

Yang bermaksud;
38- Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.
8. Meninggalkan sifat, perbuatan, perkataan dan sikap sombong bongkak , degil dan kufur terhadap Allah swt sehingga mengeluarkan perkataan yang mencabar kekuasaan Nya dan meminta supaya disegerakanlah azab Allah keatas manusia.
Surah alFajr ayat 15




Yang bermaksud;
15- (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!
Allah menerangkan didalam alQuran keadaan orang musyrik atau kafir antaranya ialah mereka mempertikaikan sesuatu yang dilakukan oleh Allah swt ; Pertama, mereka mempersoalkan tentang perlantikan para Rasul, Kedua mempertikaikan ujudnya para Malaikat, Ketiga mereka berkata (secara mengejek-ejek) seolah-olah mencabar Allah supaya menyegerakan azab yang ditetapkan untuk mereka tanpa menunggu datangnya hari kiamat.dan Keempat, mencabar supaya Allah memperlihatkan kepada mereka rupa Allah supaya mereka dapat melihatNya.
Firman Allah dalam surah Taha ayat 134

Yang bermaksud;
134- Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia) dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?

Manakala dalam surah alFurqan ayat 21 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
21- Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

Bagitu juga dalam surah Fussilat ayat 14 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
14- (Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, mereka menjawab: Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Dia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): Kamu diutus membawanya!


Begitu juga dalam surah alQasas ayat 47 Allah berfirman;


Yang bermaksud;
47- Dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya) dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, (tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka).

Firman Allah dalam surah Assad ayat 16

Yang bermaksud
16- Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu).




Lampiran 1

Surah alBaqarah ayat 260

Yang bermaksud;
260- Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.







Surah Hud ayat 43


Yang bermaksud;

43- Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.

Surah al Haysr ayat 21

Yang bermaksud;
21- Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.





























































Menelusuri kesan Pilihanraya kecil di Manik urai

UMNO dikatakan berbangga dengan keputusan pilihanraya kecil Manik Urai baru-baru ini walaupun parti ini kalah. Pas pula tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana majoriti undi yang dimenanginya adalah terlalu tipis sekadar 65 undi sahaja. UMNO kononnya berjaya mengurangkan jumlah undi yang diperolehi Pas sebelum ini dan ini menandakan bahawa sokongan rakyat kepada UMNO sudah bermula dan UMNO berpeluang besar untuk bangkit semula dan menang dalam pilihanraya 13 akan datang. Bagi Pas kemenangan tipis dan kegagalan Pas memperolehi majoriti besar adalah disebabkan banyak faktor dalaman dan luaran. Nik Aziz, Mursyidul Am dalam ceramahnya di Ibu Pejabat Pas diKota Bharu pagi Jumaat 17 Julai 2009 mengibaratkan kemenangan tipis PAS di Manik Urai adalah diumpamakan saperti kekalahan tentera umat Islam dalam Perang Uhud dan Perang Hunain. Pas akan menang besar dalam pilihabraya 13 jika UMNO BN tersilap langkah menabur janji yang tidak pula melaksanakannya dikalangan pengundi Manik Urai.
Untuk menghadapi masa depan kedua parti politik ini maka kedua parti ini perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku di Manik Urai untuk meraih kejayaan yang diharapkan dimasa akan datang. Sikap menipu diri sendiri, menafikan rialiti dan berbangga diluar hingga lupa hakikat sebenar luka yang berdarah di dalam parti adalah amat merbahaya.
Manakala sikap tidak mahu mengaku kalah semata mata untuk terus berjuang adalah suatu sikap positif dan menguntungkan. Akan tetapi menafikan kekuatan musuh dan terus berbangga dengan kekuatan falsu dalam tubuh badan sendiri yang sudah berumur dan tua adalah menempah kekalahan sebelum perjuangan.
Untuk menang parti perlu bijak mengatur strategi. Usaha memupuk motivasi jentera parti supaya terus gigih berjuang adalah penting sama juga pentingnya berusaha supaya musuh yang kuat tidak menyedari dirinya kuat sehingga sanggup lari sebelum berperang.



Rata-rata pemimpin UMNO seluruh negara menyatakan pandangan mereka yang positif serta turut berbangga dengan kejayaan disebalik kekalahan UMNO itu. Manakala Pas terus marah dan akan terus berjuang bagi mempastikan Pas akan berjaya menghadapi ”tipu muslihat ” UMNO dalam pilihanraya akan datang. Sikap dan perasangka buruk Pas terhadap UMNO dalam pilihanraya Manik Urai adalah membawa kesan yang berbagai ragam terhadap masa depan politik orang Melayu dinegara ini. PAS bertambah marah terhadap UMNO dan hasrat untuk berdialog, bermusyawarah kearah melahirkan sebuah kerajaan perpaduan Melayu hanyalah akan tinggal dalam igauan semata-mata. Apakah PAS berdosa kerana mengamalkan sikap perasangka buruk terhadap UMNO atau PAS ada hujah dan sebab yang munasabah untuk membuktikan UMNO sudah tidak lagi relevan memerentah atau dibuat sebagai rakan kongsi yang setia dan jujur.
Walaupun Pas menyimpan pelbagai andaian dan hepotesis kekalahannya mengaut undi majoriti yang menjangkau keangka ribu yang berpunca dari kejahatan UMNO, namun kepimpinban Pas mahu supaya anggota Pas akan terus bermuhasabah, mencari kelemahan diri sendiri terlebih dulu sebelum menyalahkan orang lain. Anggota Pas perlu mempertingkatkan iman, amal, akidah dan ibadah mereka supaya Allah memberikan pertolongan sehingga hati, mata , telinga, tangan dan jari pengundi tidak akan mudah disogokkan dengan wang dan akan terus digerakkan Allah supaya mengundi calon Pas. Anggota Pas jangan sekali-kali mengulangi kesalahan sapertimana sikap pejuang Islam dalam peperangan Hunain dan Uhud sehingga mereka sanggup melanggar amanat Rasulallah dan ketua tentera mereka semata-mata kerana tamakkan harta rampasan yang ditinggalkan oleh musuh yang melarikan diri dari buruan tentera Islam, hingga akhirnya UMNO akan kembali menyerang dan menang keatas anggota PAS yang sedang mabuk dan berebut sesama sendiri mengumpul ”sogokan” dan ”rasyuah” dihadapan mata mereka.






Walaupun banyak bukti menunjukkan punca kemenangan UMNO mengurangkan jumlah undi majoriti Pas ada kaitannya dengan sogokan dan rasyuah, namun pengundi Pas tidak sewajarnya sanggup menerima sogokan dan menjual pertaruhan masa depan agama bangsa dan negara dengan wang ringgit yang tak seberapa. Pas yakin Allah tidak akan membantu Pas mencapai kemenangan yang dihajati mereka selama mana anggota Pas masih belum mampu bermunajat, bersama-sama memohon doa, beribadat dalam ertikata yang sebenarnya. Pas perlu bermuhasabah diri mereka dan insaf dari apa yang telah berlaku pada hari pilihanraya di Manik Urai dan menyaksikan pertarungan ”hebat” antara UMNO dan Pas.
UMNO memang hebat apabila berjaya dalam pilihanraya di Manik Urai mengembalikan keyakinan sebilangan pengundi Pas dalam tahun 2008 yang lalu untuk menyokong UMNO, walaupun rialitinya rakyat melihat UMNO tidak turun padang berarak bersama penyokong PAS sepanjang pilihanraya tersebut. UMNO dituduh kononn hanya menggunakan wang tunai untuk mencapai kemenangan itu. Jika sekiranya UMNO menggunakan anggotanya , jentera, pengangkutan, dan segala kemudahan yang ada sudah pasti calon UMNO akan berjaya dipilih sebagai wakil rakyat Manik Urai pada 14 Julai yang lalu. Walau pun orang UMNO beragama Islam mereka tidak perlu bermalam dan berhimpun dimasjid sepanjang beberapa minggu di Manik Urai. solat di markas dan beristirehat dihotel-hotel di Kota Bharu dan berulang alik sejauh 100 km dari rumah ke Manik Urai, sudah cukup untuk UMNO menang. UMNO dan BN tidak perlu menyediakan peruntukan yang besar dimasa akan datang untuk membawa rombongan dari daerah dan negeri negeri lain bagi membantu UMNO dalam pilihanraya kecil dimasa akan datang kerana tenaga dan jentera sedemikian tidak perlu dan UMNO mampu menang tanpa tenaga dan persiapan sedemikian.
Cuma Pas beruntung apabila parti ini telah berjaya menyemarakkan hari pilihanraya Manik Urai tanpa mereka perlu menyediakan peruntukan yang beasar bagi




menghadapi UMNO dalam pilihanraya tersebut. Bahkan dimasa akan datang pun penyokong Pas dari pelusuk negara akan turut membantu Pas dan Pakatan Rakyat dari poket mereka sendiri tanpa mengharapkan wang Pas pusat. Anggota romobongan dan penyokong Pas dari seluruh pelusuk negara akan datang untuk memberi sokngan moral kepada Pas atau Pakatan Rakyat atas kerelaan sendiri tanpa mengharapkan elaun dari Pas.
Apakah Pas dan UMNO ada strategi dan pendekatan lain dimasa akan datang supaya jumlah undi yang diperolehi kedua parti politik orang Melayu dan Islam dinegara ini akan jauh bertambah banyak dan berlipat kali ganda. Walaupun satu undi sudah cukup untuk mengukur kelebihan dan kekuatan sesabuah parti yang bertanding akan tetapi kemenangan yang tipis akan mengakibatkan berlakunya berbagai angkara Dinegeri Perak misalnya kemenangan yang tipis telah menyebabkan UMNo yang kalah dalam proses demokrasi masih mampu merampas kuasa kerajaan Pas semata-mata dengan menggunakan wang sogokan dan membeli YB melalui cara yang kotor dan rasyuah.
Pegawai kerajaan termasuk anggota polis dan pegawai Suruhanjaya Pilihanaraya sudah dapat menilai parti mana yang akan menang dalam suatu pilihanraya kecil atau besar, walaupuan keputusan mutlak adalah bergantung kepada waktu pengiraan undi . Anggota UMNO dan Menteri juga akan memberikan gambaran yang sama dan membuat telahan yang serupa tanpa berdasarkan kepada perkiraan sebenar jumlah pengundi yang memilih calon parti-parti yang bertanding, terutama apabila persekitaran yang berlaku dihari pembuangan ini memihak kepada sebuah parti dan tidak kepada satu parti yang lain. Pengundi Pas amat sinonim dengan pakaian songkok putih, bendera bulan dan payong warna hijau dan pengundi UMNO pula tidak akan berani berpakai sedemikian kecuali ada arahan supaya pengundi UMNO juga menyamar sebagai ”pengundi” Pas sehingga burung dan lembu di Manik Urai pun tidak dapat membezakan lagi yang mana satu antara pengundi pas dan UMNO.




Sikap penyokong Pas yang membuat telahan semata-mata berdasarkan kepada faktor-faktor luaran memang merbahaya dan salah. Tidak mustahil anggota Pas yang selama ini komited kepada perjuangan Islam dan menolak parti kebangsaan, mereka akan bertukar arah menyokong UMNO dan menolak Pas sekiranya sogokan, janji-janji pembangunan dan projek lebih memikat hati mereka berbanding dengan slogan-slogan kosong yang diwar-warkan pembangkang setiap kali rakyat dan negara menghadapi pilihanraya kecil dan umum. Cuma sebagai parti pemerentah, kerajaan yang sedang berkuasa serta SPRM yang diberi amanat untuk mengendalikan pilihanraya maka perkara-perkara, amalan dan agenda yang berlaku pada hari pengundian dan waktu pengiraan undi hendaklah bersih dan jauh daripada timbulnya prasangka, fitnah, tuduhan dan persepsi negatif dikalangan rakyat. Tempat mengundi dan perkiraan undi hendaklah dikawal supaya tidak mudah diceroboh dan dimasuki oleh mana mana pihak yang tidak sewajarnya berbuat demikian. Tempat rakyat berkumpul untuk mendengar keputusan pengiraan undi hendaklah selesa, ditempat yang lapang, terang, selamat, mudah di kunjungi disamping ianya disediakan dengan sistem pembesar suara dan alat siar raya yang canggih supaya rakyat dapat menerima keputusan pilihanraya dengan aman, sejahtera dan kepuasan . Semua petugas dan kenderaan yang digunakan mereka pada hari pengiraan undi juga hendaklah memakai tanda nama dan pengenalan diri yang jelas, memasuki kawasan pengundian dan perkiraan undi pada masa yang munasabah dan menggunakan pintu masuk yang resmi dan biasa. Jika tidak maka rakyat akan membuat tafsiran yang berbagai-bagai dan tidak mustahil mereka akan merosoh sekiranya ketelusan dan kepercayaan mereka terhadap polis, SPRM dan kerajaan penuh dengan keraguan
Rakyat termasuk juga pengundi Manik Urai sedang menunggu-nunggu tarikh Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan mereka juga sedang menunggu tarikah pilihanraya semula diadakan diseluruh negeri Perak bagi memilih semula wakil rakyat di DUN seluruh negeri tersebut. Rakyat mahu melihat supaya sistem pengurusan




pilihanraya, masa pengundian dan pengiraan tidak lagi menimbulkan kesangsian dan terus kekal selamat, dan rakyat akan terus yakin bahawa demokrasi di Malaysia adalah yang terbaik dan sesuai dengan budaya negara ini dan tidak lagi dimomokkan dengan isu-isu politik wang, dakwat hitam, undi hantu, peti undi palsu, kertas undi hilang, keciciran nama pengundi, peraturan dan undang-undang yang tidak selaras dan berat sebelah.
Rakyat memandang sinis dan marah apabila kerajaan sengaja mengaturkan hari dan tarikh pilihanraya yang tidak telus, ada udang disebalik batu, merugikan rakyat dan pengundi, menghalang pengundi uantuk keluar mengundi serta sengaja menimbulkan kesukaran rakyat untuk membuat pilihan samada pergi mengundi atau melakukan tugas lain yang lebih penting dari mengundi. Rakyat marah apabila SPRM sengaja memilih hari Selasa (pertengahan minggu) dipertengahan bulan sebagai tarikh rakyat mengundi di Manik Urai. Bukan sedikit pengundi jauh bukan sahaja kesuntukan masa untuk balik ke Manik Urai untuk mengundi, akan tetapi pada waktu yang sama juga pengundi diluar Kelantan (Manik Urai) sukar untuk balik mengundi semata-mata kerana kesempitan wang belanja dan tambang pengangkutan. Walaupun kerajaan dipuji kerana telah berusaha mengelakkan masa mengundi dari musim banjir dan tengkujuh akan tetapi kenapa pula kerajaan sanggup memikul dosa mengadakan pilihanraya sewaktu umat Islam sedang menunaikan Fardu Haji. Seramai hampir 25 ribu umat Islam dinafikan hak mengundi dan menjadi calon apabila mereka terpaksa melakukan ibadat wajib pada tarikh tersebut sedangkan rakyat dari agama lain gembira dan senanghati keluar mengundi untuk memilih sebuah kerajaan baru dan wakil rakyat yang akan menjamin masa depan ekonomi, politik dan sistem pemerintahan yang lebih baik dan adil.
Di Manik Urai rakyat marah kerana pilihanraya diadakan pada hari bekerja (pertengahan minggu) dan pada pertengahan bulan . Walaupun hujah pembangkang dianggap tidak mantap akan tetapi setiap kesilapan kerajaan membuat keputusan maka akan timbullah tanggapan buruk dan fitnah dikalangan rakyat dan nama baik kerajaan





setidak-tidaknya akan tercemar juga. Mungkin Dr Mahathir , Musa Hitam dan Tengku Razaligh Hamzah berminat untuk memberikan pandangan mereka tentang kelemahan pihak SPRM mengendalikan pilihanraya di Manik Urai dan ditempat-tempat lain sebelum ini, semoga pengalaman dan buah fikiran veteran UMNO ini lebih mudah diterima kerajaan dan kerajaan lebih bersedia membuat perubahan demi perubahan kerana rakyat dan untuk rakyat yang diutamakan itu.

No comments:

Post a Comment