Masjid di Wilayah Persekutuan dan Negeri-negeri
Pentadbiran dan hiraki masjid dari aspek perundangan jelas terletak dibawah kuasa kerajaan negeri dan Sultan sebagai ketua agama adalah bertanggungjawab mengenai perjalanan masjid didalam negeri masing-masing. Di Wilayah Yang diPertuan Agong adalah berkuasa sebagai ketua agama dan sama sepertimana dinegeri-negeri lain Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama adalah dua institusi yang diberi tanggungjawab menggubal dasar dan melaksanakan nya bagi mempastikan rumah ibadat orang-orang Islam ini ditadbir urus dengan cekap dan baik supaya ianya dapat digunakan oleh masyarakat Islam untuk tujuan-tujuan yang telah ditentukan oleh Islam.
Apa jua kerajaan yang berkuasa sama ada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab memberi nasehat kepada Yang diPertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja dan Sultan berkaitan dengan peranan dan perjalanan masjid dan surau diseluruh negara.
Sejak zaman British telah ujud undang-undang bagi mengawal dan memelihara kesucian masjid dan surau dinegeri-negeri Selta, Melayu Bersekutu dan negeri Melayu Tidak Bersekutu. Setelah tertubuhnya Persekutuan tanah Melayu dan Malaysia maka peruntukan mengenai beberapa perkara mengenai masjid telah diadakan dibawah enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri. Sekarang satu kaedah kariah telah diadakan sebagai tambahan kepada enakmen yang sedia ada bagi memperkemaskan lagi peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh orang Islam diqariah masing-masing.
Antara perkara pokok yang disebut didalam enakmen dan kaedah kariah ini ialah ;Pertama, kebenaran mendirikan masjid, Kedua; Perlantikan Jawatankuasa, Ketiga; Tanggungjawab Jawatankuasa Masjid, Keempat; Pengimarahan Masjid, Kelima, Peraturan kewangan masjid, Keenam, Perlantikan Imam dan kakitangan Masjid, Ketujuh; Tanggungjawab dan tugas Imam dan kakitangan masjid, Kedelapan, Mengadakan mesyuarat Agong dan tanggungjawab menghantarkan laporan tahunan aktibiti dan kewangan masjid kepada Majlis agama Islam .
Sekarang timbul isu perlantikan Jawatankuasa dan camportangan politik oleh mana-mana parti . Isu ini bukan sahaja telah berlaku dimasa-masa lampau akan tetapi ia juga akan terus berlaku dimasa akan datang sekiranya satu jalan penyelesaian tidak diusahakan bagi mengatasinya. Masjid adalah institusi dimana masyarakat Islam setempat berkunjung dan berhimpun setiap hari dan minggu dan setiap tahun masyarakat Islam akan sekali lagi datang melaksanakan ibadat sempena dengan hari raya puasa dan haji. Selain dari melaksanakan ibadat solat berjamaah, para makmum akan dapat menimba maklumat melalui khutbah dan ceramah agama setiap hari, minggu dan tahunan. Untuk mengelakkan daripada masjid disalahgunakan oleh mereka yang tidak berkaitan maka kerajaan ( jabatan agama Islam) telah mengadakan peraturan dan undang-undang bagi mengawal pengajian agama, khutbah, dan lain-lain kegiatan pengimarahan. Mereka yang diberi tauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam sahaja dibenarkan menjadi Imam, membaca khutbah dan mengajar pengajian agama dimasjid dan diluar masjid. Manakala mana-mana individu lain yang dijemput atau bermnat untuk mengajar dan mengadakan kegiatan keagamaan dimasjid dan surau maka mereka bolehlah mendapatkan kebenaran dari Majlis Agama Islam .
Masjid sering dijadikan tempat para penceramah menyampaikan maklumat, ceramah dan ucapan yang tidak disenangi oleh sebahagian pendengar atau makmum. Jabatan Agama Islam diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang keatas apa juga perlakuan, aktibiti yang melanggar undang-undang dimasjid. Jawatankuasa Masjid juga bertanggungjawab mempastikan masjid tidak disalahgunakan oleh mana mana pihak bertentangan dengan kehendak syarak.
Untuk merialisasikan masjid sebagai rumah ibadat yang mulia dan suci, peranan semua lapisan samada individu, organisasi, pihak berkuasa dan kerajaan adalah penting. Jabatan Agama Islam perlu mempastikan jawatankuasa masjid yang dilantik bukan sahaja mendapat kerjasama dan persetujuan anak kariah, mereka juga hendaklah terdiri dari golongan yang bermaklumat, aktif, memberikan kerjasama kepada Jabatan Agama Islam serta mendapat sokongan daripada semua Imam dan kakitangan masjid. Dalam apa juga pengurusan, sikap tegas, bijak, berhemah dan menjaga kebajikan semua pihak adalah penting supaya masjid dapat ditadbirkan dengan harmoni, berkesan dan makmur.
Imam dan kakitangan masjid sekarang ini adalah pegawai dan kakitangan jabatan agama . Sebagai seorang penjawat awam mereka adalah tertakluk kepada Perentah Am, peraturan dan undang-undang . Mereka diberikan tanggungjawab dan tugas yang jelas , seimbang dengan imbuhan , kemudahan dan keistimewaan sebagai seorang pegawai dan kakitangan masjid dan kakitangan kerajaan.
Jawatankuasa masjid adalah dilantik bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab diatas dasar sukarela tanpa diberi imbuhan dan gaji bulanan. Tanpa adanya garis panduan dan penyelarasan yang tegas maka akan timbul ketidaktentuan tugas dan peranan jawatankuasa . Mesyuarat , perkeliling dan pertemuan dari masa kesemasa diantara jabatan agama Islam dan jawatankuasa masjid adalah penting supaya jawatankuasa dapat memahami tugas dan peranannya.
Dalam mentadbirkan masjid sekarang ini sering timbul ketidak tentuan dan tentang sekop tugas jawatankuasa masjid, imam dan kakitangan, sehingga imam dan kakitangan masjid sering menghadapi tekanan dan masalah terutama apabila berhadapan dengan tugas, peraturan yang ditetapkan oleh jabatan agama dan jawatankuasa masjid.
Jabatan agama Islam dan Majlis Agama Islam perlu memahami perubahan yang berlaku dikariah, kerenah anak kariah, masalah kakitangan masjid, peruntukan kewangan yang diperlukan serta bagaimana cara untuk mengatasi isu-isu yang timbul dalam masyarakat seluruh negeri masing-masing.
Parti-parti politik dan pemimpin perlu memberikan kerjasama untuk membangun, menambah baik , dan memberikan input dan sokongan untuk pengimarahan masjid. Pemimpin parti politik tidak seharusnya memikirkan siapa dan golongan mana yang perlu dilantik sebagai Pengerusi atau jawatankuasa masjid selama mana pengerusi yang dilantik oleh Majlis dan Jabatan Agama adalah menepati syarat dan kelayakan yang diperlukan.. Prosidur memilih dan melantik jawatan-kuasa perlu di kemaskan dan difikirkan semula kearah suatu sistem yang terbaik supaya anak kariah dapat membuat pemilihan tanpa mengambilkira parti politik mereka. Jabatan Agama perlu tegas untuk mengambil tindakan keatas siapa sahaja yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Apa yang penting semua jawatankuasa yang dilantik, imam dan kakitangan masjid hendaklah terdiri dari mereka yang benar-benar berminat, mampu dan aktif untuk berbakti kepada rumah Allah swt. .
1. Pengerusi masjid hendaklah menghadiri mesyuarat dan perjumpaan dengan Jabatan Agama Islam bagi merapatkan hubungan dan mendapatkan maklumat dan tanggungjawab yang lebih jelas bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masjid .
2. Jabatan Agama Islam hendaklah memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh masjid-masjid terutama dari segi peruntukan kewangan yang diperlukan oleh masjid sama ada berkaitan dengan pembaikan kerosakan masjid, aktiviti-aktivi pengamaran masjid yang tidak mampu ditampong oleh masjid, derma dari orang ramai tanpa mengira taraf dan status masjid
3. Peraturan perlu dikemaskinikan berkaitan dengan sumbangan, derma, tajaan dari individu kepada masjid bagi mempastikan supaya masjid dapat menyediakan kumudahan dan aktibiti mengikut keutamaan.
4. Sistem pemilihan jawatankuasa masjid hendaklah di kaji semula supaya matlamat politik mana-mana pihak tidak dikaitkan dengan pemilihan ini
5. Kedudukan, peranan dan tugas imam dan kakitangan masjid hendaklah diselaraskan antara masjid-masjid seluruh negeri dan wilayah.
6. Kemudahan dan keselesaan imam dan kakitangan masjid hendaklah diberi keutamaan oleh jabatan agama Islam dan masjid
7. Tindakan hendaklah diambil dengan tegas keatas mana mana pihak yang melangar undang-undang berkaitan dengan pengurusan masjid.
8. Jawatankuasa , imam dan kakitangan masjid hendaklah mendapat sokongan dan diterima oleh para jamaah (anak kariah).
Manifestasi Masjid di Malaysia
Masjid adalah rumah Allah, tempat ibadat orang Islam. Masjid juga adalah pusat aktiviti masyarakat pada zaman Rasulallah dan para sahabat. Masjid juga adalah asas perpaduan ummah. Masjid adalah sesuatu yang amat penting dalam Islam. Apabila sahaja baginda Rasulallah saw berhijrah ke Madinah , baginda telah mengambil langkah pertamanya ialah membina sebuah masjid. Masjid Nabawi adalah masjid yang pertama dibina didalam Islam kemudian ujud pula masjid Qiblatain (dua Qiblat ) yang terkenal dikalangan masyarakat Islam seluruh dunia. Selain daripada di masjid Nabawi, umat Islam diberi pahala beribu kali ganda solat di masjid-masjid Masjidil Haram Makkah dan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Islam bukan sahaja mengadakan peristiwa israk dan mikraj untuk menguji keimanan orang Islam pada zaman Rasulallah saw akan tetapi pada waktu yang sama Islam memberikan pengiktirafan Masjid alAqsa sebagai tempat bertolaknya Mi’raj baginda Rasulallah saw ke langit ketujuh dan Sidratul muntaha.
Di Malaysia, masjid dibina setiap qariyah atau kampong. Berasaskan kepada mazhab Shafie, masjid hanya diadakan sebuah sahaja dalam satu qariyah untuk kemudahan masyarakat Islam menunaikan solat Jumaat setiap minggu. Surau juga didirikan dalam masyarakat Islam dan disetengah negeri ianya disebut “madrasah” (bermakna sekolah) yang juga digunakan untuk solat berjamaah , pengajian agama dan lain-lain aktiviti keagamaan selain dari solat Jumaat dan Solat Hariraya. Solat Hariraya sunat muakkad (yang dituntut) dan boleh dilakukan di kawasan lapang (selain didalam masjid). Di Kelantan terdapat dua nama iaiatu Surau Besar (masjid) dan surau kecil untuk kemudahan umat Islam menunaikan segala ibadah tersebut sebagai kumudahan alternative (pilihan) terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada masjid (Surau Besar).
Di Kelantan dan Trengganu terkenal dengan sejarah awal pembinaan masjid dan dengan reka bentuk, “arkitektur” dan teknologinya yang menakjubkan . Begitu juga di Melaka, seni bina masjidnya menjadi bukti yang kukuh bagaimana perkembangan Islam dinegeri tersebut berkait-rapat dan saling dipengaruhi oleh seni-rupa dan seni budaya binaan masyarakat Tionghua di Tanah Besar Cina. Walaupun kedatangan Islam di Melaka juga dikaitkan dengan jasa pendakwah dan muballigh Cina akan tetapi malangnya ramai orang Cina Islam diMelaka tidak memperlihatkan kuatnya kaitan Cina Islam dinegeri tersebut. Bilangan orang Cina Islam juga tidak ramai jika hendak dibandingkan dengan ramainya masyarakat Baba dan Nyonya diMelaka. Sekarang Malaysia berbangga dengan masjid Wilayah persekutuan Jalan Duta selain masjid Putra Jaya kerana kehebatan besar bangunannya, material ( bahan binaan) yang digunapakai, dan teknologi senibena nya. Paling terkini ialah masjid kristal di Terengganu yang dikatakan masjid termahal diAsia tenggara. Di Sabah dan Serawak, walaupun bilangan dan kualiti masjid dikedua negeri ini tidaklah dapat menyamai lain-lain masjid dinegeri-negeri Semananjung akan tetapi masjid dan surau diSabah dan Serawak mempunyai sejarahnya tersediri. Selain umat Islam yang kecil bilangannya dikedua negeri tersebut, mereka juga berani berjuang mempertahankan rumah Allah ini dan bukan seedikit bilangan “masjid” (tempat ibadat) mereka dibakar dan dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam. Di Pulau Pinang terkenal dengan masjid kapitan Keling, diKedah dengan Masjid Zahir, Perlis dengan Masjid Arau, Johor dengan Masjid Abu Bakar, Selangor dengan Masjid negeri yang terkenal suatu masa dulu dengan keunikan kipas angina dan teknologi air paipnya. Perak juga megah dengan masjid negerinya disamping negeri ini juga terkenal dengan masjid Ridwaniah berhamipran dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar dan masjid Ubudiah, Bukit Candan yang berjaya menarik kunjungan para pelancong luar Negara dan dalam negeri. Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Serawak juga mempunyai masjid negeri yang luas dan besar untuk keperluan masyarakat Islam di bandaraya –bandaraya berkaitan menunaikan ibadat mereka dengan selesa.
Masjid juga tidak sunyi daripada isu-isu yang menarik perhatian masyarakat.
Dizaman pemerintahan Inggeris pembinaan masjid dibandar-bandar besar atau di “bandar-bandar diraja” adalah atas inisiatif Raja atau kerajaan negeri. Akan tetapi bagi masjid-masjid diluar Bandar, masjid dan surau pada zaman tersebut adalah dibina oleh rakyat . Pada tahun 1885 kerajaan Inggeris telah memperkenalkan undang-undang bagi mengawal dan mengurus pentadbiran masjid rumah ibadat orang Islam yang bernama Mughammadan to Pray in Mosques on Friday (Order in Council, 1885).Di Negeri Sembilan juga undang-undang berkaitan dengan masjid dikuatkuasakan pada tahun 1887 iaitu Mosque Attendance 1887 (Order of 9th August, 1887, Sungei Ujung).Kelantan hanya menguatkuasakan undang-undang berkaitan Masjid pada tahun 1938 apabila enakmen masjid yang bernama The Mosque Enactment (Enactment No 24 1938) pertama kali diluluskan. Namun demikian Kelantan pernah menguatkuasakan larangan membina surau sebelum tahun 1922 apabila Notis Tegahan membuat surau dikuatkuasakan. Notis ini pernah dipinda pada tahun 1922 apabila Notis Tegahan membuat surau (Pindaan) (Notis No 26 Tahun 1922 diluluskan dinegeri tersebut.
Semasa Negara diancam komunis , masjid dan surau dijadikan tempat perlindungan orang-orang Islam dan ramai bilangan mereka dibunuh dan rumah ibadat mereka dibakar oleh komunis.. Masjid juga telah dijadikan tempat masyarakat Islam menimba ilmu-ilmu agama Islam dan “politik” Beberapa peruntukan undang-undang telah ditambah bagi mempastikan rumah ibadat tidak lagi dijadikan sebagai tempat untuk mana-mana parti politik mengembangkan kefahamannya melalui ceramah-ceramah dan pengajian dan kuliah maghrib dan haroi-hari kebesaran islam. Kerajaan telah mengadakan suatu kaedah perlantikan jawatankuasa-jawatankuasa masjid sehingga akhirnya berlaku “perpecahan” dalam masyarakat, isu dua imam, Pengerusi masjid berseluar pendek, jawatankuasa tidak pernah hadir sembahyang berjamaah dan sebagainya. Selain daripada peruntukan mewajibkan semua penceramah dan guru agama dimasjid dan surau “bertauliah mengajar” kerajaan juga telah mengadakan program takmir dan kelas KAFA yang mempunyai serampang banyak mata antaranya;
1. Mempastikan kitab dan ceramah yang disampaikan adalah tidak dicampur adukkan dengan politik.
2. Memberi peluang kepada “ulamak” kerajaan mengajar dan memperolehi sumber pendapatan.
3. Mengawal penceramah-penceramah yang tidak bertauliah terus mengajar dimasjid dan surau tanpa kebenaran.
4. Masjid dan rumah ibadat tidak disalah guna untuk tujuan –tujuan politik.
5. Mengelakkan perpecahan umat Islam dalam masyarakat dan masjid serta surau tidak dapat dijadikan sebagai pusat perpaduan ummah.
Kerajaan telah menyediakan peruntukan khas bagi membina,
memperbaiki, mengubahsuai, membesar dan menggantikan masjid lama dengan masjid baru yang lebih cantik. Parti politik kerajaan dan pembangkang pernah memperalatkan isu pembinaan masjid ini sebagai modal politik mereka untuk membukti atau menafikan kesungguhan kerajaan memelihara, menjaga, mempertahan dan menyebarkan syiar Islam di Malaysia.
Denegeri-negeri atau bandar-bandar besar yang ramai didiami penduduk
India dan Pakistan, Majlis Agama Islam dan jabatan Agama Islam negeri-negeri telah membenarkan India Muslim dan masyarakat Islam berketurunan Pakistan mendirikan masjid bagi golongan mereka masing-masing. Masyarakat India Muslim dan Pakistan pernah dilantik sebagai ahli majlis agama Islam negeri sebagai satu cara mereka memberikan kerjasama dan membantu kerajaan mentadbir hal ehwal Islam dinegeri berkenaan. Masjid India atau Pakistan banyak terdapat contohnya di Pulau Pinang, Perak (Bandar Taiping, Ipoh), Kuala Lumpur dan dibeberapa tempat lain diseluruh Negara. Disebabkan mereka menggunakan bahasa Tamil atau Urdu maka khutbah jumaat juga disampaikan didalam bahasa Urdu dan Tamil yang tidak difahami oleh masyarakat Islam dari keturunan-keturunan lain. Disebabkan berlakunya masalah kesesakan, jauhnya masjid biasa ramai juga orang Islam Melayu yang menunaikan solat (terutama solat Jumaat) dimasjid India dan Pakistan walaupun mereka tidak memahami khutbah yang disampaikan. Disebabkan India Muslim dan Pakistani berpeegang kepada mazhab yang lain daripada mazhab Shafie maka terdapa juga “ulamak” yang menimbulkan isu sah atau tidaknya orang Islam pengikut Shafie, berimamkan Imam mazhab Hanafi atau Hanbali dengan alas an kononnya Jumhur ulamak bersepekat bahawa masalah “ “ (bercampor mazhab” adalah dilarang dalam Islam. Tetapi isu ini lenyap apabila bilangan masyarakat Islam yang menunaikan Haji di Makkah melihat sendiri bagaimana puluhan juta umat Islam bersembahan dibelakang Imam diMakkah dan Madinah sedangkan mereka adalah berpegang kepada berbagai-bagai mazhab dan Imam Masjidil haramdan masjid Nabawi adalah bermazhab Maliki Masyarakat India pernah menimbulkan masalah dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkaitan dengan pentadbiran masjid ini . Mereka mahu supaya masjid India dan Pakistan diurus tadbir oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri dari kalangan orang India dan Pakistan sahaja. Mereka membawa masuk Imam terutamanya dari India dan Pakistan untuk berkhidmat dimasjid mereka. Masyarakat India dan Pakistan bukan sahaja membawa masuk Imam dari India dan Pakistan untuk mengajar anak-anak bangsa India dan Pakistan pelajaran agama dan alQuran malah pada waktu yang sama mereka juga menghantar anak-anak mereka belajar ke India dan Pakistan dalam bidang yang sama. Amat sukar untuk melihat anak-anak mereka menyambungkan pelajaran didalam bidang agama disekolah- sekolah menengah agama kerajaan melainkan mereka yang berkahwin dengan orang Melayu dan anak-anak mereka juga berbahasa Melayu dan tidak boleh menguasai bahasa Tamil atau Urdi..
Pada waktu akhir-akhir ini setelah Malaysia mencapai kemerdekaan barulah
isu surau diberi perhatian yang sama oleh kerajaan negeri dan pusat. Apa juga kesalahan yang dikaitkan dengan masjid maka ianya juga melibatkan surau. Antara fasal atau peruntukan yang mengandungi kesalahan yang disebut didalam undang-undang pentadbiran Islam negeri-negeri yang berkaitan dengan masjid dan surau ialah membina tanpa kebenaran, wakaf tanah tapak masjid dan surau, perlantikan jawatankuasa, mengajar tanpa tauliah, perlantikan imam dan kakitangan masjid, membaca khutbah tanpa kebenaran, kewangan masjid dan dua imam.
Masjid dan surau adalah dibawah kuasa Majlis agama Islam negeri. Tanpa
mengira pihak yang membina, dari mana wang diperolehi , bila ianya dibina atau samaada pembinaan tersebut telah mendapat kelulusan pihak berkuasa atau tidak. Mereka yang tidak memahami kedudukan sebenar rumah ibadat sahaja yang akan mengambil tindakan melulu yang merugikan. Maka adalah tidak munasabah mana mana pihak mendabik dada untuk membina dan mentadbir sendiri rumah ibadat dinegara ini atau berbangga dengan kekayaannya untuk membina , membaik pulih dan membina semula rumah ibadat yang baru tanpa mengharapakan sumbangan bantuan , nasihat dan kebenaran Majlis agama Islam negeri. Tindakan tersebut walaupun mungkin berniat baik untuk mendapat pahala yang besar akan tetapi dari segi undang-undang dan tanggungjawab mentadbir dan mengurus adalah dipihak Majlis agama Islam negeri-negeri.
Untuk mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan rumah ibadat ini maka semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian yang positif supaya rumah ibadat tersebut dapat terus digunapakai sebagai ”rumah Allah” atau berlakunya perpecahan ummah yang jelas bertentangan dengan matlamat Islam mendirikan masjid disetiap qariyah. .
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment