Thursday, November 5, 2009

kehilangan Sherlin

Kehilangan Sharlinie

Kehilangan Sharlinie salah satu daripada kes kehilangan anak-anak dinegara ini. Kes kehilangan anak adalah kes yang amat menyayat hati ibubapa dan keluarga mangsa. Setakat ini masyarakat turut sama memberikan bantuan, kerjasama dan menunjukkan simpati dan membantu keluarga mangsa . Malangnya sehingga kini ramai mangsa yang hilang masih belum dijumpai atau dijumpai telah mati.
“Sebelum ini kehilangan Tong Seng tidak dapat dijejaki, penemuan Yin kerana pasangan yang menmuinya bukan penjenayah, manakala Nurin Jazlin ditemui (hilang ) tanpa ada jawapan .” ( Rencana Pengarang Utusan Malaysia 31 JANUARI 2008 bertajuk Lipat gandakan Usaha Mencari Sharlinie)

Ada dikalangan mangsa yang hilang terbabit dengan isu along dan “pencolekan”. Trend kehilangan kanak-kanak ini melibatkan golongan yang berumur antara tiga , lima, lapan hingga 13 tahun. Semua senario ini perlu diberi perhatian oleh pihak polis dan masyarakat dalam usaha untuk berjaga-jaga supaya kes yang serupa tidak berulang lagi dimasa akan datang. Adalah tidak mustahil kehilangan adik Sharlinie dan adik-adik yang lain juga berpunca oleh sebab-sebab lain yang melibatkan pendatang tanpa izin, gila seks dikalangan penagih dadah dan remaja atau melibatkan isu perkauman. Tidak mustahil saspek adalah orang dekat dengan mangsa , yang tinggal berhampiran, sekampong atau mereka yang sering berada dilokasi kanak-kanak itu hilang. Polis mungkin mudah menumpukan siasatan dan risikan dikalangan penduduk dikampong berdekatan . Akan tetapi polis akan menghadapi kesukaran sekiranya saspek adalah terdiri dari golongan PATI., bukan penduduk tetap dikampong berkenaan dan keujudan diri saspek dikampong tersebut tidak disedari dan di kenali oleh masyarakat. Untuk membantu polis supaya mudah mengesan dan memburu saspek dimasa akan datang maka setiap kawasan perumahan dan kariah masjid perlu mengadakan sistem pendaftaran ( penduduk tetap dan sementara) Setiap penduduk diwajibkan mendaftarkan diri mereka kepada jawatankuasa kampong atau pentadbiran masjid dan segala maklumat penting mengenai diri pendatang , status diri mereka, penduduk tetap, penyewa, alamat tempat tinggal sekarang , alamat dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan, kampong asal, gambar, umur, pekerjaan , nama majikan, tempat bekerja,



nama waris terdekat, isteri dan nombor talipon (jika perlu) hendaklah di isi kedalam borang pendaftaran berkenaan.
Untuk mengesan penjenayah yang terlibat dengan kehilangan adik Sharlinie pihak polis adalah orang yang lebih mengetahui dan pakar. Bomoh dan lain-lain golongan yang turut sama mencari dan membuat ramalan mengenainya adalah sebahagian dari sumber maklumat yang boleh didengar akan tetapi tidak semestinya boleh diterima seratus peratus. Usaha pihak polis menjalankan pelbagai strategi untuk mencari Sharlinie dan saspek yang melarikannya adalah suatu usaha yang wajar diteruskan. Namun untuk mengelakkan dari kes ini terus berulang dan bagi mempastikan polis berjaya menangkap saspek yang terbabit seluruh rakyat wajar memberikan pendapat , buah fikiran dan teori yang boleh membantu polis untuk mempertimbangkannya.
Di Barat apabila berlaku kes kehilangan kanak-kanak sedemikian maka polis akan menceritakan kepada umum segala maklumat mengenai kehilangan tersebut dan berita kehilangan itu akan tersebar seluruh negara melalui TV dan hebahan melalui poster. TV akan menyiarkan pandangan, pendapat , andaian dan teori dengan disertakan pula kemungkinan – kemungkinan saspek (diri pihak yang dituduh) , lakaran rupa, maklumat latar-belakang saspek, persekitaran premis dan tempat kejadian
jalan keluar saspek melarikan diri bersama mangsa, kenderaan yang digunakan, masa, tarikh dan sejauhmana saspek dan mangsa boleh menyembunyikan diri, berdasarkan kepada jarak masa dan jarak jauh pergerakan mereka semasa gerakan mencari dilancarkan oleh polis pada hari yang berkaitan. TV wajar menyiarkan perkembangan terkini mengenai kehilangan tersebut sekiranya ia mendapat maklumat baru yang boleh membantu polis. Ganjaran akan diberi kepada mereka yang memberi maklumat tepat sehingga saspek dapat ditangkap oleh polis.
Lagi awal usaha mencari dimulakan maka kemungkinan untuk mengesan saspek akan lebih besar harapannya. Kecekapan pihak polis bertindak amat bergantung kepada maklumat yang diterima dari pengadu. Orang ramai sewajarnya terus membuat



aduan kepada balai polis terdekat mengenai berita kehilangan yang berlaku itu seberapa segera yang boleh. Pasukan polis perlu mengujudkan unit khas untuk mengesan kes kehilangan kanak-kanak ini dengan menggunakan tenaga, kepakaran, bantuan unit anjing pengesan dan pasukan pencari dan pemburu saspek berkomputer dan
pasukan yang memburu dengan menggunakan helikopter, supaya pergerakan penjenayah dapat dikesan dari udara.
Jika kes kehilangan kanak-kanak hilang ini kian bertambah dimasa akan datang maka latihan perlu diberikan kepada pegawai penyiasat supaya mereka lebih berwibawa dalam mengesan dan menangkap penjenayah berkenaan. Kerajaan wajar melakukan sesuatu supaya peristiwa kehilangan kanak kanak ini tidak mendatangkan keresahan dan trauma kepada seluruh rakyat.
”Adakah sudah cukup tenaga serta kepakaran semua pihak yang berkenaan terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerah untuk menjejaki Sharlinie?”( Rencana Pengarang Utusan Malaysia 31 JANUARI 2008 bertajuk Lipat gandakan Usaha Mencari Sharlinie)

Penjenayah yang terbabit lambat laun akan dapat dikesan dan semoga semua keluarga kanak kanak yang hilang berserah kepada Allah untuk melakukan segala perkara yang telah ditaqdirkannya. Semua kita akan kembali kepada Nya dan Cuma cara kematian dan kehilangan kita sahaja yang berbeza. Hanya mereka yang benar-benar sabar dan tabah menghadapi ujian, dugaan dan cabaran didalam hidup, mereka sahaja yang akan mendapat ganjaran dari Allah diakhirat kelak.


(Md Zaki Bin Ab Manan)
Masjid altaqwa taman Tun Dr Ismail
Damansara, Kuala Lumpur.







Isu Video Peguam Lingam

Isu Video Linggam menggambarkan kroniknya sistem kehakiman dinegara ini. Walaupun ianya lebih dikaitkan dengan isu urusan kenaikan pangkat dan perlantikan dalam perjawatan kehakiman dinegara ini, akan tetapi sebenarnya isu Video Peguam Linggam telah memberi impak yang besar dan menyeluruh kepada imej mahkamah dan kredabiliti hakim-hakim diMalaysia masa kini. Kebiasaannya ujud pemisahan antara pihak penggubal undang-undang, pelaksana dan pentafsir undang-undang. Mahkamah sebuah badan yang tidak sewajarnya membiarkan ianya dipengaruhi dan peranannya diganggu oleh badan dan pihak lain sama ada Menteri , Perdana Menteri, atau orang persaorangan. Apabila seorang hakim dilantik oleh Yang diPertuan Agong, maka tidak sewajarnya mana-mana orang berhak dan diberi ”kuasa” mempengaruhi DYMM untuk melantik nya. Begitu juga apabila kerajaan mengujudkan sebuah Suruhanjaya khas iaitu Suruhanjaya Kehakiman bagi mengendalikan semua urusan pengambilan, perlantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan hakim-hakim termasuklah Hakim Negara maka kenapa pula ujud perkara yang berlaku dibelakang tabir sapertimana yang didedahkan dalam Video Lingam ini.
Rakyat tidak mengambil berat tentang motif pendedahan Video ini, siapa yang sebenarnya ujud dibelakang tabir isu pembikinan, pendedahan dan penyebarannya. Apakah benar atau tidak cerita yang dipaparkan itu, apakah ianya satu lakonan, atau pelakonnya siuman atau tidak , apakah saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan ini bercakap benar atau berbohong dan apa kesudahan dari isu ini. Apa yang amat penting mahkamah dan hakim yang selama ini menghakim dan menghukum rakyat yang didakwa dan dituduh akan tetapi sekarang terbongkar bahawa hakim dan mahkamah juga adalah manusia dan organisasi yang sama juga dengan manusia dan





organisasi lain yang turut terdedah kepada rasyuah, kroni, ketidak telusan, politiking, pilih kasih, kezaliman , penindasan dan tidak amanah. Kalau dulu masyarakat melihat
perkara yang sama berlaku dalam perkhidmatan awam , sektor korporat dan institusi institusi lainnya akan tetapi segalanya tidak dibuktikan, tidak divideokan dan tidak diadukan dan tidak semuanya dibicarakan dimahkamah. Maka isu kronisma, polotiking, rasyuah, pilih kasih, kezaliman , tidak amanah dan penindasan terus berleluasa dalam masyarakat dan negara. BPR juga terlalu banyak kes-kes dan aduan yang lebih besar dan penting yang perlu diselesaikan , maka isu kongkalikong dalam urusan kenaikan pangkat dalam mana-mana perkhidmatan awam dan swasta hanya dipandang sebelah mata sahaja. Isu yang sama samada berbentuk aduan atau ”surat layang” dibuang kedalam tong sampah kerana ia tidak dilihat sebagai suatu pencemaran yang boleh menggugat kepercayaan orang ramai terhadap mana-mana suruhanjaya yang berkaitan. Akan tetapi kali ini isu kecurangan, penyelwengan dan kezaliman berlaku kepada hakim dan mahkamah . Impak, kesan dan implikasinya kepada imej negara dan kredibiliti mahkamah akan terjejas. Maka apabila yang ditindas itu adalah ibarat buku dengan ruas akhirnya segala yang tersembunyi dan yang disorok akan terdedah kepada umum.
Walaupun rakyat dipaksa taat setia dan hormat kepada ”negara” dan ”kerajaan”, mendaulatkan undang-undang dan menghormati mahkamah akan tetapi didalam diri setiap rayat telah tersemat rasa benci, marah dan meluat kepada orang yang disegani dan dihormati selama ini. Maka terbuktilah segala tuduhan pembangkang bahawa kerajaan yang ujud masa kini adalah sebuah kerajaan yang gagal untuk membersihkan dirinya daripada imej buruk dan memalukan. Sistem pentadbiran dan keadilan kehakiman dan undang-undang negara akan senantiasa meniti dibibir mulut rakyat dan rakyat biasa yang tidak pernah dihukum oleh hakim dan mahkamah juga benci kepada institusi kehakiman ini Kalaulah hakim dan mahkamah boleh diganggu gugat apakah rakyat boleh mengharapkan keadilan dan ketelusan dalam setiap perbicaraan dimahkamah dimasa akan datang. Apakah boleh rakyat melihat hakim bersikap adil




untuk mengambil tindakan undang-undang kepada orang politik, jutawan dan pemimpin diluar kerajaan. Apakah akan ujud suatu proses perbicaraan yang adil apabila mahkamah membicarakan pertikaian antara kerajaan dan parti pembangkang.
Hakim dan mahkamah mewajibkan pelanggannya bercakap benar, tidak melakukan kesalahan, tidak melanggar undang-undang negara, menjadi warga negara yang berkelakuan baik, akan tetapi sekarang rakyat akan mempersoalkan apakah hakim dan mahkamah diMalaysia benar-benar bersih , adil dan berwibawa untuk menghukum orang lain sedangkan diri hakim dan mahkamah itu sendiri turut sama terlibat melakukan kesalahan yang sama.
Islam amat menitikberatkan soal keadilan terutama sekali apabila ianya dikaitkan dengan prosidur mahkamah dan sistem kehakiman sesabuah negara. Soalnya sekarang apakah isu video Linggam ini memberi kesan yang ketara kepada keadilan mahkamah dan hakim dinegara ini,


















Firman Allah dalam surah Maidah ayat 95



Yang bermaksud;
95- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci) atau bayaran kafarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat dia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.






Satu usaha perlu dibuat bagi merombak semula pentadbiran mahkamah dan sistem kehakiman dinegara ini supaya kepercayaan rakyat dan penghormatan mereka kepada institusi kehakiman ini dapat dipulihkan semula.























Rafidah Aziz

Saya terpanggil untuk menulis mengenai Rafidah apabila saya terbaca didalam Utusan Malaysia 29.1. 2008 bahawa Rafidah mendakwa dirinya yakin akan menang dalam pilihanraya ke 12 akan datang walaupun ditentang oleh bekas anak muridnya akan tetapi pada waktu yang sama pernah menjadi bosnya apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM sebelum ia merengkok didalam penjara kerana tuduhan ”liwat” dan ”rasyuah”.
Rafidah adalah seorang Menteri dan bekas pensyarah Universiti. Ketokohannya sebagai seorang pakar ekonomi suatu yang tidak boleh di pertikaikan. Akan tetapi Rafidah bukan anak tempatan yang benar-benar sinonim dengan Kuala Kangsar. Walaupun beliau telah menjadi wakil rakyat beberapa penggal dan menang besar dalam pilihanraya umum namum keserasian, pengaruh dan keintiman Dato’ Seri dengan penduduk di Kuala Kangsar masih boleh dipertikaikan. Kuala Kangsar yang hampir dengan istana, sebuah bandar bersejarah serta terkenal akan tetapi ia dilihat sebagai sebuah bandar yang jauh ketinggalan dan terpinggir dari kehebatan pembangunan dan kemajuan negara sekarang. Pendidikan , dakwah , ekonomi, dan pembangunan fizikal kawasan yang dipimpin oleh Rafidah dan Menteri kabinet kanan kerajaan ini tidak setimpal dengan potensi yang ujud dibandar diraja ini. Dato’ Seri gagal memberikan khidmat, ilmu, kedudukan, kuasa dan kepakarannya bagi membangun Kuala Kangsar keseluruhannya.
Rafidah adalah tokoh UMNO yang berpengaruh diperingkat pusat, berkuasa diperingkat kementerian dan di Kuala Lumpur akan tetapi bukan diKuala Kangsar. Berkemungkinan dato’ Seri masih merasakan dirinya adalah orang Selayang atau orang Selama dan bukan orang Kuala Kangsar. Rafidah tidak boleh berubah kawasan untuk menjadi wakil rakyat diSelayang dan Selama kerana Rafidah lansung tidak ada pengaruh dan jasa dikedua kawasan yang pernah dikaitkan dengan diri Rafidah. Rafidah dipilih sebagai wakil rakyat di Parlimen Kuala kangsar pun bukan kerana darah keturunannya akan tetapi lebih kerana disebabkan oleh lain-lain faktor yang membawa tuah kepad Rafidah. Sebenarnya Rafidah amat bernasib baik berpeluang menjadi wakil rakyat diKuala Kangsar. Kuala Kangsar adalah kawasan yang telah banyak melahirkan tokoh pemimpin yang berwibawa, pegawai kanan kerajaan yang tersohor, pakar perundangan
yang terbilang sejak zaman penjajah dan awal Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Amat tidak wajar UMNO meletakkan Rafidah sebegai calon yang diterjunkan dari KL. Rafidah beruntung kerana pengundi diKuala Kangsar bukan mengundi diri calon akan tetapi kebanyakan mereka adalah mengundi parti. Kemenangan Rafidah bukan lah kerana orang KK amat sayang kepada diri dan peribadi Dato’ Seri. Walaupun pengundi diKuala Kangsar bukan berkelulusan tinggi dalam bidang agama akan tetapi tuan guru yang berdakwah disurau dan masjid seluruh KK telah berjaya sekurang-kurangnya menyampaikan dakwah dikalangan orang Melayu (Islam) diKK. Rata-rata semua kaum Ibu UMNO diKK tahu memakai tudung adalah wajib dan hukum menutu aurat adalah Wajib. Rafidah masih boleh dipilih sebagai wakil rakyat dikawasan parlimen yang ramai penduduknya adalh orang Melayu Islam walaupun Rafidah tidak memakai tudung. Kemungkinan Rafidah akan bertudung (atau sekurangnya bertudung ditengkok) sewaktu YB berkunjung sekali sekala dikampong-kampong.
YB gagal melihat sendiri kemiskinan, kemunduran dan ketinggalan bandar KK dan rakyat-rakyat di luarbandar nya. Sedangkan KK adalah bandar yang kaya dengan sumber asli, bahan-bahan mentah, tenaga belia, tanah dan kemudahan asas atau infrastruktur yang wajar dimajukan dan digunapakai bagi memajukan bandar ini setanding dengan lain-lain bandar-bandar besar dinegeri Perak. Apakah disebabkan penduduk diKK adalah orang Melayu dan Islam, mereka terus memberikan sokongan dan undi kepada BN walaupun dibiarkan dan disisih dari arus pembangunan negara, maka KK tidak lagi perlu diberi perhatian dan dimajukan. Apakah Dato’s Seri melihat orang KK bodoh dan boleh diperbodohkan buat selama-lamanya. Apakah dato’ Seri berbangga bahawa kemajuan KK sekarang ini telah memnuhi citarasa orang Melayu di dalam daerah KK.





Orang Melayu KK adalah penduduk luar bandar yang mewarisi kemiskinan mutlak. Sebagai sebuah daerah yang bergantung kepada hasil pertanian , KK terus dibelenggu kemiskinan tegar dan kemelesetan ekonomi. Mereka terus bertaut kepada hasil getah dan kelapa sawit dan mereka akan papa kedana apabila harga getah dan kelapa sawit merudum. Apakah rafidah selesa kerana harga getah dan kelapasawit meningkat naik. Apakah Rafidah mahu membiarkan rakyat dan petani hidup didalam keadaan ekonomi yang tidak setabil sedemikian rupa. KK terus dilanda jenayah dan gejala sosial. KK tidak menyediakan kemudahan sukan yang boleh menceriakan cara hidup remaja dan belia diluar bandar. KK masih lagi mengekalkan jalan raya yang bengkang bengkok dan bersimpang siur . Kemalapan pembangunan bandar KK sendiri adalah sebagai bukti bahawa kuasa beli penduduk adalah rendah dan ekonomi mereka adalah jauh ketinggalan berbanding dengan rakyat didaerah-daeerah lain dinegeri Perak. Peluang pekerjaan untuk belia dan remaja masih belum mencukupi, Bilangan mereka yang berhijrah keluar (kebandar-bandar Kuala Lumpur, Ipoh, Taip[ing, Pulau Pinang dan kelain-lain bandar diMalaysia) bertanbah dari masa kesemasa. Pertambahan bilangan pengunjung bandar KK pada hari-hari perayaan jelas menunjukkan bahawa penduduk KK adalah ramai yang berhijrah dan kesesakan bandar dan jalan raya pada waktu perayaan juga membuktikan bahawa pembangunan fizikal bandar KK adalah tidak seimbang dengan petumbuhan sebenar penduduk.
Apakah YB mahu mengekalkan KK dengan keadaan yang sedia ada dengan alasan kononnya kerajaan mahu menjadikan KK sebuah bandar yang tenang, aman, damai dan sesuai sebagai sebuah bandar tempat orang orang bersar dan warga Mas mendiaminya yang jauh dari kesebukan manusia dan kereta. Apakah YB mahu supaya suasana yang ada sekarang dikekalkan supaya ianya sesuai sebagai sebuah bandar ilmu . Apakah benar bandar KK boleh menarik rakyat mencari ketenangan , membeli rumah, dan merupakan sebuah bandar yang benar-benar serasi dengan alam pendidikan dan persekolahan yang berjaya. Apakah dato’ Seri berbangga dengan pencapaian pendidikan anak-anak Melayu dibandar KK dan sekolah-sekolah disekitarnya. Apakah KK telah menyediakan sistem pengangkutan, kemudahan perpustakaan dan persekitaran yang boleh menarik pelajar dan belia mencintaai buku dan taman rekriasi dan menimba ilmu-ilmu di kedai-kedai buku yang sesuai. Apakah KK menyediakan kelas-kelas tution dan kolej-kolej yang boleh menyediakan pelbagai ilmu, kemahiran dan bimbingan yang boleh menceriakan lagi cara berfikir dan minda mereka



Fakta;
Kuala kangsar
Jmlah pengundi 28,000
Jumlah projek 2004-2007 = 610 projek = RM 2.35 juta

Kelantan

Pengundi 736,005
Tumpat; 79,091
Kota Bharu 66,118
Bachok 63,853
Pasir mas 58,667
Kubang Kerian 51,890
Kuala Krai 51,527
Ketereh 50,614
PangkalanChepa 50,012
Machang 48,533
Rantau Panjang 44, 325
Tanah Merah 43,840
Jeli 35,936
Gua Musang 28,613


1,500 peti undi
11,366 kakitangan
518 tempat mengundi (495 kawasan sekolah, 9 Dewan serba guna, 3 dewan orang ramai, 6 pejabat kerajaan dan 5 tadika.)
1,500 saluran mengundi
Sumber; (Utusan Malaysia 31 januari 2008).

No comments:

Post a Comment