Tuesday, November 3, 2009

khutbah hariraya haji

Khutbah Hariraya FITRAH

Assalamualaikum wm wb
Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar,



















(1)
______________________________________________________________
(1) Minbar JAINS hal 279



Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar walillahilhamd

Amma ba’d fa ya ibadallah ittaqullah usikum waiyya ya bitaqwallah wataaatihi laallakum tuflihun

(2)

Sidang Jamaah yang dihormati Allah sekalian.
Negara dikejutkan dengan isu pasca pilihanraya, perebutan kuasa, inflasi dan kenaikan harga minyak, ungkitan, tuduhan, cabaran, tohmahan, fitnah, isu liwat, li’an, Qazaf, sumpah laknat dan perpecahan ummah. Dalam suasana sedemikian kita perlu mengambil sikap, berfikir dan memilih tindakan yang positif supaya hidup kita selamat didunia dan akhirat. Manusia tidak boleh semata-mata menggunakan akal fikiran tanpa memohon hidayah dan pertolongan Allah swt. Akal manusia sering dikalahkan dan dipengaruhi oleh nafsu, kepentingan diri, kronism, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa, pengaruh luar yang tidak sihat sehingga akhirnya kita berlaku zalim dan merosakkan orang lain. Akhirnya manusia tertipu, terpedaya dan tersasul tanpa lagi dapat menilai diantara keindahan dan keabsahan nilai kebenaran dan kebatilan.

Fimran Allah dalam Surah Qaff ayat 16.




Yang bermaksud;
16- Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Kecermelangan Umat Islam terbentuk diatas beberapa asas dan faktor saperti berikut; Pertama Wahyu dan Sunnah , Kedua Persepakatan Fikiran manusia, Ketiga ilmu, Keempat amalan yang ikhlas dan Kelima akhlak dan Ehsan. Seorang yang mengakui dirinya mukmin dan muslim ia mesti beriman dan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang ditegah. Umat Islam mesti meyakini bahawa dengan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh sahajalah seorang , masyarakat dan negara itu akan benar-benar mencapai kesejahteraan didunia dan kemenangan diakhirat.
Amalan yang dilakukan sesaorang tanpa ilmu adalah amalan yang diragui kebenarannya dan mereka yang beramal tanpa ilmu yang sebenar-benarnya maka ia akan mudah terjerumus kedalam golongan orang yang sesat, pengikut ajaran salah yang bukan sahaja tidak diterima Allah bahkan akan diseksa diakhirat nanti.
Perpecahan dan perbezaan pendapat berlaku sehingga mencetuskan permusuhan, peperangan dan kebinasaan dikalangan manusia adalah berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan atau berbezanya ilmu pengetahuan diantara sesorang dengan seorang yang lain. Dalam sebuah masyarakat yang mundur dan sering dilanda permusuhan dan peperangan sesama sendiri , golongan yang paling bijak dan luas ilmunya tidak dijadikan guru, pemimpin, imam atau ketua manakala golongan yang tidak berilmu merasakan dirinya lebih pandai dari orang lain, degil serta tidak mahu menerima kebenaran dan hidayah Allah. Pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya sebagai pemimpin dan rakyat yang bertindak menjatuhkan pemimpin tidak pula dapat meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik daripada pemimpin yang digantikan sebelumnya.
Islam adalah agama yang mementingkan ’ fikrah” dan persepakatan . Setiap perbincangan, perbicaraan dan permesyuaratan hendaklah dikendalikan oleh mereka yang pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Pandangan majoriti dikalangan ahli dan pakar adalah keputusan yang terbaik dan mengatasi pendapat individu. Mereka yang angkuh, degil dan merasakan otaknya adalah lebih bijak dari keputusan majoriti kemudian memaksa orang lain menerimanya maka ia adalah golongan yang memecahbelah masyarakat, pencetus kerosakan diatas muka bumi dan wajar menerima pembalasan diakhirat kelak.
Allah menggambarkan kaum Bani Israil pada asalnya adalah kaum yang diberi Allah kebjaksanaan dan dimuliakan. Akan tetapi akibat dari kedegilan dan kekufurannya terhadap Allah dan Rasulnya maka kaum ini telah di hina sehingga tidak mempunyai negara dan tanah air mereka sendiri. Akhirnya mereka menggunakan kecerdikan mereka semata-mata tanpa memperdulikan undang-undang , ajaran agama, pandangan dan kepentingan orang lain sehingga mereka sanggup membunuh, merampas, menceroboh dan menzalimi orang yang tidak berdosa semata-mata untuk memuas kehendak nafsu dan kepentingan kuasa dan politik mereka semata-mata.
Firman Allah dalam surah alMaidah ayat 32



Yang bermaksud;
32- Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

Islam adalah agama yang senantiasa memberikan ruang kepada umatnya untuk memperbaiki cara berfikir, menilai semula kesilapan dan kekurangan dan kelemahan didalam diri masing-masing. Allah senantiasa memberikan kemaafan kepada mereka yang benar-benar menyesali dirinya dan berazam untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah dari masa kesemasa. Mereka yang benar-benar bertaubat dan taubatnya diterima Allah maka dirinya adalah bersih dari dosa dan diibaratkan saperti sehalai kain putih bersih yang belum dicemari oleh sebarang kekotoran.
Sempena umat Islam menyambut ketibaan bulan Syawal tahun 1429 Hijriah ini sama-samalah kita menginsafi dan bertaubat diatas segala kesalahan yang kita lakukan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan didunia dan akhirat.

Islam tidak memisahkan dunia dari akhirat. Mereka yang berjaya didunia didalam ertikata yang sebenarnya adalah golongan yang akan diberi kemenangan diakhirat kelak. Kejayaan didunia bukan diukur dengan nilai-nilai kebendaan dan kemewahan semata-mata dan kemenangan diakhirat pula bukan diukur kepada ”nilai-nilai pengabdian diri atau ibadat dalam pengertian yang sempit”. Mereka yang sebenarnya berjaya didunia dan akhirat ialah golongan yang bijak mengaut kedua-dua ”kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat” dan golongan yang dapat mengimbangkan diantara keperluan dunia dan kepentingan akhirat.
Firman Allah dalam surah Baqarah ayat 201


Yang bermaksud;

201- Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

Didalam Surah Jumuah ayat 10 Allah berfirman


Yang bermaksud;

10- Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan Sebuah Athar Imam alSyafie menyebutkan;




Yang bermaksud;
Barangsiapa yang mahukan dunia, maka ia perlu berilmu dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka ia perlu berilmu. Barangsiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah ia berilmu.(6)

Untuk melahirkan masyarakat dan ummah yang berjaya maka sistem pendidikan perlu menepati matlamat untuk melahirkan rakyat yang bermoral dan berilmu didalam semua bidang kehidupan. Selain daripada ilmu-ilmu yang
_________________________________________________________________
(6) Koleksi Ceramah Pengurusan Dari Perspektif Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tahun 1998

berkaitan dengan akidah (kepercayaan) dan ibadat, umat Islam perlu memliki
ilmu yang berkaitan dengan semua bidang termasuk perundangan, pembentukan rumahtangga yang bahagia, urusan yang berkaitan dengan persoalan manusia dan masyarakat, (muamalat), ekonomi dan undang-undang membenteras jenayah dan undang-undang mal..

Para jamaah yang dihormati Allah sekalian,
Dalam masa kita bergembira hati kita perlu digilapkan dengan kesedaran yang positif supaya kegembiraan semasa kita berhariraya tidak mendorong kita tercebak kekancah hiburan yang menyesatkan. Masyarakat barat telah terbiasa dengan cara hidup yang merosakkan diri manusia dan moral kerana bagi mereka nilai moral adalah suatu yang sudah tidak lagi penting dan diperlukan. Nilai dan norma sedemikian juga telah menular dalam masyarakat Islam hatta dinegara kita sekarang ini. Dibarat, hubungan keluarga , perasaan kasih sayang, hormat dan taat kepada ibubapa dan saudara tua sudah luntur. Remaja mencari kebebasan dan hidup berasingan dari keluarga. Pergaulan bebas tanpa nikah , bersekedudukan dan beranak dulu sebelum berkahwin sudah dijadikan budaya dan adat mereka. Single parent, neuclear family, hedonism, free thinker, drug addict, arak, rokok, muzik, hiburan tari menari , seks bebas dan seks rambang adalah isu lama yang terus segar dalam kehidupan mereka hingga sekarang. Agama mereka diketepikan dan gereja dijual dan sebilangan mereka sedang mencari agama baru bagi mengatasi gejala sosial yang melanda teruk warga barat. Cahaya Islam sedang bersinar dibarat dan dimerata-rata pelusuk dunia. Jumlah saudara baru diseluruh dunia bertambah dari tahun ketahun. Kuasa Barat bimbang , takut dan gusar melihat perkembangan Islam sekarang dan beberapa usaha sedang, telah dan akan terus dirancang untuk menyekat kebangkitan Islam dipersada dunia dan global. Malangnya sebahagian masyarakat kita dinegara ini pula masih mendewa-dewakan barat serta terpengaruh dengan budayanya seolah-olah mereka tidak menyedari bahawa nilai-nilai barat yang dibawa masuk kenegara ini adalah nilai-nilai usang yang telah ditolak oleh orang-orang barat sendiri.
Kita bersyukur dilahirkan dalam masyarakat Islam. Islam sudah berada didalam diri, rumah, keluarga dan masyarakat kita. Sebelum kita jauh dilanda krisis moral dan kehancuran, sewajarnyalah kita mencari contoh terbaik dan meninggalkan segala bibit-bibit yang telah pun mencetuskan kerosakan dan malapetaka kepada negara-negara bukan Islam. Kita perlu bersiap siaga untuk menyediakan sistem pendidikan , undang-undang, sistem ekonomi, pengurusan dan pemikiran politik yang sehat dan menjamin kesejahteraan ummah dimasa akan datang. Kemajuan industri pelancongan yang diciplak daripada negara barat dan dasar migrasi negara maju juga perlu ditapis semula kerana pengalaman negera-negara berkenaan telah banyak mengajar mereka dan mendatangkan kesan sampingan yang merugikan.
Barat juga telah menyedari betapa bahayanya jika kebanjiran PATI (Pendatang Tanpa Izin) dan PADI (pendatang yang diberi izin) kenegara mereka tidak diatasi. Pendatang asing yang tidak bermoral, bekas penjenayah dan pengedar dadah diperingkat antarabangsa bukan sahaja membawa kesan buruk dari segi akhlak dan moral akan tetapi pada waktu yang sama mereka juga menggugat kesejahteraan dan kehormonian masyarakat dan negara. Tidak ada gunanya negara dan taman perumahan dikenali sebagai lubuk emas pelancongan sedangkan rakyat menderita hidup digawat dan dilanda perasaan takut dan trauma apabila kes jenayah, penipuan, pembunuhan , rompakan , rogol dan kes pencolekan berlaku berleluasa setiap waktu.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Dikesempatan kita menyambut hariraya fitrah masyarakat kita perlu didedahkan berulangkali dengan maklumat –maklumat yang boleh menjana akidah dan kepercayaan yang mantap terhadap Islam. Berleluasanya gejala akidah dan sosial dan berani manusia mempermainkan sumpah dan menggadaikan diri dan keturunan untuk dilaknat Allah adalah salah satu kesan daripada hilangnya rasa takut dan lunturnya iman kita kepada azab Allah didunia, balasan syurga neraka dan kehidupan akhirat yang dijanjikan Allah kepada semua manusia.
DiBarat, kepercayaan kepada hari akhirat, hari kiamat, hidup selepas mati, alam Kubur dan Barzakh sudah tidak lagi kukuh . Bagi mereka pembangunan dan kemajuan kebendaan (material) adalah lebih penting . Agama, kepercayaan kepada alam akhirat dan mengingati kematian kononnya adalah isu yang akan melalai dan menghambat manusia untuk mencapai kemajuan. Isu sekularisma yang memisahkan persoalan akhirat (agama) dari dunia (politik) juga isu lama yang terus dihayati mereka hingga sekarang. Bahkan sikap sedemikian juga telah pun ujud dikalangan orang – orang kafir dizaman-zaman Nabi dan Rasul sebelum Muhammad.

Didalam Surah Qaf , Ghasiah , Surah alAala dan surah alQamar, Allah swt berulangkali menerangkan kepada manusia isu-isu berkaitan dengan Kekuasaan Allah, Apa yang menimpa keatas golongan kafir yang tidak percaya kepada hari akhirat, kiamat dan hidup selepas mati, Kehidupan penghuni neraka dan syurga, Keadaan orang yang beriman dan orang kafir, Balasan syurga dan neraka, Kehidupan di Dunia dan kelebihan akhirat, Hari kiamat dan hari akhirat, Sikap orang kafir tidak percaya kepada hari kiamat, Keadaan orang mukmin dan orang kafir dihari akhirat

Surah Qaf ayat 1-14 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
1- Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran). 2- (Kaum musyrik Mekah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: Ini adalah satu perkara yang menakjubkan! 3- Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi). 4- (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku). 5- (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. 6- (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

Hadirin dan para jamaah yang dirahmati Allah,
Bertolak dari sambutan hariraya aidil Fitri pada tahun ini sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga Allah memanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk kita memperkukuhkan akidah dan amal ibadat kita serta bertaqwa kepada Allah dan mentaati sunnah Rasul ALLAH Sidina Muhammad saw.
Firman Allah dalam surah ALmAIDAH ayat 83


Yang bermaksud;
83- Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

Dan firman Allah dalam surah ALMaidah ayat 84;

Yang bermaksud;
84- Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.

Faqala taaala fi kitabillah




(3)

_________________________________________________________________
(3) Minbar JAINS hal 288.

KHUTBAH 11

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, (7 X)









Amma ba’d fa ya ibadallah.




1.









_________________________________________________________________
1. Minbar JAHEANS 1/2002 hal 288
Para Jamaah Muslimin dan Muslimat sekalian,
Kita mengakui kita adalah seorang Muslim dan beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulallah saw akan tetapi sebahagian dari cara hidup kita adalah jauh menyimpang dari Sunnah Rasulallah saw dan kehendak agama Islam itu sendiri. Kita marah jika orang melemparkan tuduhan dan tanggapan bahawa diri kita adalah kafir dan munafiq akan tetapi secara sedar atau tidak cara kelakuan dan perilaku kita adalah seiras dengan perilaku dan kelakuan golongan –golongan tersebut.
Allah swt ada menerangkan antara sifat-sifat, kelakuan dan tindakan orang-orang munafik dan kafir yang sewajarnya difahami oleh umat islam supaya kita tidak sama terpengaruh dan meniru tata kelakuan dan sikap mereka.
Firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 8 hingga 20 memperlihatkan sikap kelakuan dan ciri-ciri orang munafiq. Allah berfirman dari ayat 8 hingga ayat 13


Yang bermaksud;
8- Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 9- Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. 10- Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 11- Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. 12- Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. 13- Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dari Ayat-ayat 8 hingga 20 Allah menerangkan secara terperinci ciri-ciri orang Munafiq. Pertama, mereka merasakan diri mereka beriman, lebih bijak, baik dan betul dari orang lain. Kedua, mereka mendakwa bahawa mereka telah berjaya mempermainkan orang-orang mukmin. Ketiga, mereka menuduh orang yang beriman itulah orang yang bodoh . Keempat, mereka berfikir bahawa mereka mampu untuk menipu Allah sedangkan mereka tidak sedar bahawa Allah adalah lebih mengetahui segalanya tentang diri mereka. Kelima, mereka tidak sedar bahawa diri mereka adalah golongan yang sering melakukan kerosakan diatas muka bumi, bodoh dan sebenarnya dipermain-mainkan oleh Allah. Keenam, mereka sebenarnya adalah golongan yang takut menghadapi kematian. Apa yang jelas orang-orang munafik tidak akan dapat hidup diatas muka bumi ini tanpa pertolongan Allah. . Bahkan Allah mampu untuk membinasakan mereka jika Allah ingin melakukannya sedemikian rupa. Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Allah juga ada menggambarkan dihari akhirat kelak bagaimana golongan kafir yang tidak mengambil kesempatan semasa hidup didunia untuk mengamalkan ajaran Islam akan meronta-ronta dan merayu kepada Allah untuk kembali semula kedunia dan berjanji akan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa serta tidak akan mengulangi maksiat dan kemungkaran. Namun Allah lantas menjawab; sapertimana dalam ayat 14 surah alSajadah;


-Yang bermaksud; (Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.

Allah menerangkan di dalam Surah alDhukhkhan ayat 11-12, surah Ibrahim ayat 44, ayat 27 surah al Anaam, ayat 107 surah alMukminun, dan ayat 11 surah alGhafir bagaimana orang kafir meminta supaya Allah menghapuskan azab neraka dari mereka, mengembalikan mereka semula kedunia, dan dikeluarkan mereka daripada api neraka.
Bagitu juga firman Allah dalam Surah alSajadah ayat 12 hingga 13

Yang bermaksud;
12- Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. 13- Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh).

Islam melarang umatnya mengamalkan sifat menuding jari dan meletakkan kesalahan, kesilapan dan kegagalan diri sendiri kepada orang lain. Ini adalah merupakan salah satu fenomena yang berlaku diakhirat kelak terutamanya dikalangan kuffar dan golongan pelampau yang hidup mereka bertuhankan nafsu dan syaitan serta membelakangkan Islam dan ajaran Allah diatas muka bumi. Mereka bertelagah sesama sendiri, menyalahkan berhala dan tuhan-tuhan palsu mereka, menyalahkan ketua den pemimpin mereka, menyalahkan syaitan dan Jin, bahkan mereka juga meletakkan kesalahan dan kekufuran mereka kepada datuk nenek, ibu bapa dan asal keturunan mereka dizaman dahulu.

Firman Allah dalam surah ALaaRAF ayat 38

Yang bermaksud;
38- Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.


Faqala taala fi kitabillah
(2)























(2) Minbar JHEAINS 1/2002 hal 289 -290

Khutbah Hari Raya

Assalamualaikum wm wb
Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,



















__________________________________________________________
1. Minbar JAINS hal 279.

Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilhamd
Amma ba’d fa yaibadallah ittaqullah usikum waiiya ya bitaqwallah wataaatihi laallakum tuflihun. (2)

Para jamaah hadirin dan hadirat sekalian
Hari ini hari yang paling bersejarah kepada ummat Islam Hari kita menyambut hari raya puasa atau hari raya fitrah. Hari kemenangan kita melawan nafsu selama sebulan berpuasa dari makanan. Minuman, melakukan segala perkara yang membatalkan puasa dan larangan-larangannya. Sebulan kita berpuasa dari merokok, melakukan maksiat dan jenayah, menghisap dadah berzina , mengumpat dan melakukan fitnah terhadap orang lain. Hari ini adalah hari untuk umat Islam bergembira kerana telah berjaya mendisiplinkan diri dan mematuhi segala suruhan dan larangan Allah
Tiga puluh hari kita telah dilatih, diuji dan ditarbiah untuk meninggalkan segala ucapan, perbuatan dan kelakuan yang bertentangan dengan etika dan akhlak yang mulia.. Hari ini adalah hari untuk umat Islam bergembira kerana kejayaan tersebut. Mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan; menempoh dugaan , ujian dan cabaran dari Allah adalah golongan mukmin yang sebenar-benarnya beriman dengan ajaran Islam dan takut kepada balasan di hari akhirat, balasan syurga dan neraka. Mereka inilah golongan yang bertaqwa, solih dan muslim dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Kita berdoa agar latihan sebulan Ramadan akan membentuk syakhsiah kita sebagai seorang Muslim Mukmin yang
bertaqwa yang mantap, hebat, unggul dan mulia disisi Allah hendaknya.Semoga akhlak dan peribadi kita tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Jika tidak maka bermakna latihan selama sebulan ini telah gagal dan ibadah yang kita lakukan selama ini telah tidak mencapai matlamat dan hikmahnya



Sidang jumaah Muslimin dan Muslimat sekalian,
Umur kita semakin hari semakin hampir menghadapi saat kematian. Hari untuk kita menerima balasan keaatas setiap pekerjaan yang kita lakukan sepanjang hayat kita. Mereka yang insaf sahaja yang akan bertaubat, menyesali kesalahan–kesalahan yang dilakukannya dan akan kembali kepada cara hidup Islam demi untuk mencapai kesejahteraan didunia dan kesejahteraan diakhirat.Hidup sejahtera ialah hidup yang dipenuhi segala bentuk nikmat, rahmat, kemakmuran, kesenangan, kegembiraan, ketenangan yang sejati dan abadi yang direstui Allah swt. Manakala kesejahteraan diakhirat pula ialah balasan syurga yang dijanjikan Allah kepada golongan mukmin sesuai dengan segala amalan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya, yang tidak dapat hendak dibandingkan dengan segala kemewahan dan kesejahteraan yang dikecapi diatasi muka bumi ini.
Mereka yang gagal didalam kehidupan didunia dan diakhirat bukan sahaja hidup dengan kepurapuraan, akan tetapi diakhirat kelak mereka akan dibalas dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.
Firman Allah dalam surah al Ankabut ayat 64

Yang bermaksud;
64- Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah
ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).


Hadirin dan Hadirat para Jamaah sekalian,
Manusia mudah lupa kepada matlamat dan tujuan Allah menjadikan diri mereka hidup diatas muka bumi ini. Bahkan ada golongan yang berani mempermain-mainkan Allah sehingga mereka tidak merasakan bahawa tutur-kata mereka bukan sahaja menggugat akidah mereka akan tetapi juga akan mendapat balasan yang pedih diakhirat kelak.
Kita mengakui kita adalah seorang Muslim dan beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulallah saw akan tetapi cara hidup kita adalah jauh menyimpang dari Sunnah Rasulallah saw dan kehendak agama Islam itu sendiri. Kita marah jika orang melemparkan tuduhan dan tanggapan bahawa diri kita adalah kafir dan munafiq akan tetapi secara sedar atau tidak cara kelakuan dan perilaku kita adalah seiras dengan perilaku dan kelakuan golongan –golongan tersebut..
Firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 8 hingga 20 memperlihatkan sikap kelakuan dan ciri-ciri orang munafiq. Allah berfirman dari ayat 8 hingga ayat 11

Yang bermaksud;
8- Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 9- Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. 10- Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 11- Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
dan seterusnya Allah berfirman dalam ayat . 20 surah yang sama

Yang bermaksud;
20- Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dari Ayat-ayat 8 hingga 20 Allah menerangkan secara terperinci ciri-ciri orang Munafiq. Pertama, mereka merasakan diri mereka beriman, lebih bijak, baik dan betul dari orang lain. Kedua, mereka mendakwa bahawa mereka telah berjaya mempermainkan orang-orang mukmin. Ketiga, mereka menuduh orang yang beriman itulah orang yang bodoh . Keempat, mereka berfikir bahawa mereka mampu untuk menipu Allah sedangkan mereka tidak sedar bahawa Allah adalah lebih mengetahui segalanya tentang diri mereka.Kelima, mereka tidak sedar bahawa diri mereka adalah golongan yang sering melakukan kerosakan diatas muka bumi, bodoh dan sebenarnya dipermain-mainkan oleh Allah. Keenam, mereka sebenarnya adalah golongan yang takut menghadapi kematian. Orang-orang munafik tidak akan dapat hidup diatas muka bumi ini tanpa pertolongan Allah. . Bahkan Allah mampu untuk membinasakan mereka jika Allah ingin melakukannya sedemikian rupa. Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,
Kepincangan yang berlaku diatas muka bumi samaada kerana sebab-sebab peperangan, pembunuhan, jenayah, rompakan, rogol, penipuan, kemusnahan alam sekitar, perceraian rumah tangga, penderaan seksual, penindasan, kezaliman, ketakutan dan ancaman yang melanda manusia sekarang ini adalah berpunca dari tangan manusia dan kebiadaban sikap dan kelakuan manusia itu sendiri. Manusia bertuhankan kepada nafsu, tanpa merasa kasehan terhadap diri orang lain dan mereka adalah golongan yang berkepalakan manusia akan tetapi pada waktu yang sama mereka adalah berhati binatang.

Firman Allah swt dalam surah AL Aaraf ayat 179

Yang bermaksud;
179- Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,
Kita sedang dilanda fitnah, bala, cubaan, dugaan dan balasan dari Allah bagi setiap kedegilan, kesilapan, keangkuhan dan kealpaan kita untuk melaksankan ajaran Islam didalam kehidupan kita seharian dalam pelbagai bidang. Kita telah lama dilanda krisis ekonomi dan undang-undang, sekarang kita sedang melihat bibit bibit kehancuran akidah dan gejala sosial. Dengan tersebarnya pelbagai gaya hidup moden dan penyalahgunaan teknologi maklumat yang berasaskan kepada ICT dan alam cyber umat Islam sudah hilang arah dan panik sehingga pegangan akidah dan agama sudah hampir luntur. Dalam suasana sedemikian golongan bukan Islam berani menaburkan fitnah memburukkan Islam sehingga akhirnya manusia menerima maklumat yang mengelirukan mereka sehingga imej baginda Rasulallah saw di hina dan masyarakat Islam dilevelkan dengan pelbagai gambaran yang buruk dan menakutkan orang lain..
Bagi menghadapi cabaran masa kini dan akan datang maka alangkah beruntungnya mereka yang dari kecil lagi telah dididik diasuh dan diberi kefahaman yang betul tentang tanggungjawab mereka sebagai manusia mukmin supaya hidup mereka sewaktu remaja dan dewasa kelak akan diwarnai dengan nilai-nilai akhlak, disiplin dan cara berfikir yang betul. Mereka bukan sahaja terselamat dari ancaman ancaman akidah dan ancaman terhadap agama mereka bahkan mereka juga akan mampu mempertahan dan mematahkan segala fitnah –fitnah tersebut. Remaja adalah diantara tujuh golongan yang akan mendapat pertolongan Allah diakhirat kelak. Baginda Rasulallah saw menyebutkan dalam sebuah Hadis saperti berikut;








Yang bermaksud
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad saw sabdanya
”Sebilangan manusia yang dinaungi Allah dibawah naungannya
pada hari kiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan
padanya selain daripada naungan Allah diantaranya : pemerintah yang adil; pemuda yang hidup sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya , orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, keduanya berhimpun dan bercerai dengan tujuan mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang bangsawan lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata; ”Aku takut kepada Allah”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingat Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam ingatannya perkara lain lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat jalal dan sifat Jamal Allah subhanahu wataaala.



Para jamaah hadirin dan hadirat sekalian
Islam amat menghargai masa dan manusia yang menyalahgunakan masa, membazirkan masa dan tidak menggunakan masa dan umurnya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar maka mereka bukan sahaja dimurkai Allah diakhirat kelak akan tetapi mereka juga tidak akan mencapai kejayaan yang cemerlang didunia.
Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3

Yang bermaksud;
1- Demi Masa! 2- Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 3- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Baginda Rasulallah saw mengingatkan umatnya supaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing samaada sebagai pemimpin, rakyat, suami dan isteri .Setiap pemimpin, rakyat, suami dan isteri adalah bertanggungjawab keatas mereka yang dibawah tanggungjawabnya. Isteri adalah bertanggungjawab memelihara diri dan harta dan anak terutama sewaktu suaminya tidak ada dirumah

Sabda Rasulallah saw





Daripada Ibn Umar r.a daripada Nabi saw sabdanya ” Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan , ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah ,
Islam tidak membenarkan umat nya melepak, menganggor atau bersantai hatta dikalangan warga tua dan warga emas sekalipun. Baginda Rasulallah saw senantiasa memenuhi masa remajanya dengan aktif dalam sektor ekonomi, penternakan dan perniagaan, kemudian apabila baginda meningkat usia empat puluh tahun baginda dilantik menjadi Rasul, menjadi pemimpin, hakim, pendakwah dan panglima angkatan tentera dan turut sama berperang. Baginda terus menyemarakkan obor dan cahaya Islam keseluruh semenanjung Arab dan benua Eropah sehinggalah baginda wafat tanpa mengenali erti alam persaraan atau hidup berpencen tanpa bekerja.
Mereka yang telah melaksanakan tanggungjawab sepanjang hayatnya bukan sahaja akan mencapai kecermelangan didunia dan akhirat akan tetapi mereka juga akan menghadapi zaman tua dan saat-saat kematiannya dengan penuh kegembiraan dan kepuasan. Sebaliknya manusia yang hidup dengan berpoya-poya, mengharapkan kesenangan dan kemewahan datang menggolek, melakukan penipuan, penindasan, kezaliman dan sogokan maka saat kematiannya akan dipenuhi dengan penyesalan, ketakutan dan trauma yang tidak ada hujungnya.
Para remaja dan anak-anak yang tidak mengambil kesempatan sekarang ini untuk mencapai kejayaan didalam pelbagai bidang yang berguna akhirnya akan menghadapi hari tua mereka dengan penyesalan yang tidak boleh di ganti dengan air mata darah sekali pun.

Allah menggambarkan dihari akhirat kelak bagaimana golongan kafir yang tidak mengambil kesempatan semasa hidup didunia untuk mengamalkan ajaran Islam akan meronta-ronta dan merayu kepada Allah untuk kembali semula kedunia dan berjanji akan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa serta tidak akan mengulangi maksiat dan kemungkaran. Namun Allah lantas menjawab; sapertimana dalam ayat 14 surah alSajadah;


-Yang bermaksud; (Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.

Allah menerangkan di dalam Surah alDhukhkhan ayat 11-12, surah Ibrahim ayat 44, ayat 27 surah al Anaam, ayat 107 surah alMukminun, dan ayat 11 surah alGhafir bagaimana orang kafir meminta supaya Allah menghapuskan azab neraka dari mereka, mengembalikan mereka semula kedunia, dan dikeluarkan mereka daripada api neraka.







Bagitu juga firman Allah dalam Surah alSajadah ayat 12 hingga 13

Yang bermaksud;
12- Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. 13- Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh).

Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Baginda Rasulallah saw menyebutkan bahawa apabila sesaorang itu telah mati kelak maka Allah akan mempersoalkannya tentang empat

perkara Pertama bagaimana umur nya dihabiskan,
Kedua cara ia menggunakan ilmunya, Ketiga dari
mana hartanya diperolehi dan kemana pula
harta tersebut dibelanjakan. Keempat apakah
kegiatan yang dilakukan oleh nya pada zaman muda
nya .


Yang bermaksud;
Dari Abi Barzah alAslami r.a. dari Nabi saw sabdanya
” Tidak berganjak kedua kaki sesaorang dari tempat
berdirinya diMahkamah Tuhan pada hari kiamat
sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara
apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah
ia gunakan , dan tentang hartabenda nya dari mana
kah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan
dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?.
Bahkan didalam sebuah Hadis yang lain baginda Rasulallah saw bersabda yang bermaksud; ’Rebutlah peluang semasa waktu mudamu, masa sehatmu, masa senang , masa lapangmu dan masa hidupmu sebelum datangnya masa tua, masa sakit, masa susah , masa sebuk dan kedatangan saat kematianmu.”









Yang bermaksud;
Dari Amru Ibn Maimun alAudi r.a katanya; Rasulallah saw bersabda kepada seorang menasihatkannya ’Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain- keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu, dan keadaan sehatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu, dan keadaan mu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sebukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.”

Hadirin dan Hadirat sekalian,
Islam tidak mengajar manusia hidup untuk mencari keseronokan, kerehatan, hidup menganggor , melepak , berpesta dan bersuka ria sehingga lalai kepada tanggung jawab mereka terhadap Allah, diri , keluarga, masyarakat dan negara. Islam membahagikan masa kepada tiga bahagian yang utama Pertama masa untuk bekerja diwaktu siang , Kedua, masa untuk tidur diwaktu malam dan Ketiga, masa untuk beribadat kepada Allah swt disebahgian 1/3 dari waktu akhir malam.
Untuk mencapai kemenangan dan kesejahteraan hidup maka umat Islam hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Allah dan manusia
Sapetimana Firman Allah dalam surah alMukminun ayat 1-11


Yang bermaksud;
1- Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. 2- Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. 3- Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. 4- Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). 5- Dan mereka yang menjaga kehormatannya. 6- Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. 7- Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. 8- Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. 9- Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. 10- Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. 11- Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Sidang Jamaah sekalian,
Islam tidak menghalang untuk kita berdialog, berbincang, bertukar fikiran dengan penganut agama lain asalkan tujuan nya tidak lain adalah untuk memberikan penjelasan mengenai agama Islam kepada mereka . Ada sebahagian dari golongan bukan Islam mempersoalkan beberapa isu antaranya ialah mengenai perbezaan lelaki dan wanita; hak wanita memilih bakal suami, kedudukan wali, kebebasan keluar rumah, aurat, pembahagian harta pesaka, tanggngjawab dan status wanita dalam rumahtangga. Mereka ingin mengetahui kenapa dan mengapa , sebab dan hikmah disebalik ajaran-ajaran dan undang Islam tersebut. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam supaya bersiap sedia menghadapi mereka dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai ajaran Islam ini. Islam adalah agama yang benar dan diridhai Allah sapertimana Firman Allah Diakhir ayat 3 surah al MAIDAH

..............................

Yang bermaksud;

3.............Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Umat Islam perlu mengamalkan sikap berani dan menjalinkan hubungan yang baik sesama bukan Islam selama-mana mereka tidak mengganggu dan menindas serta menghina Islam dan ummahnya. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada manusia untuk memperlengkapkan agama-agama yang diturunkan Allah sebelumnya. Ajaran Islam adalah sesuai untuk semua masa dan keadaan hinggalah kehari Kiamat kelak. Islam bukan agama untuk golongan atau kaum tertentu semata-mata dan bukan untuk tempoh masa tertentu sapertimana agama-agama yang dibawa oleh para Rasul sebelumnya. Islam adalah agama yang terakhir diturunkan Allah kepada manusia dan selepas ini tidak akan ada lagi Nabi selain daripada Muhammad dan tidak ada agama selain daripada Islam.
Allah memberi ruang kepada manusia untuk berfikir dan melihat bukti-bukti tentang kebenaran Islam dan ajaran-ajarannya. Manusia juga sewajarnya melihat kelemahan dan kebatilan lain-lain agama selain dari agama Islam. Manusia juga tidak seharusnya mudah menerima tentang dakwaan kononnya ujud Nabi Rasul dan agama baru walaupun siapa dan dimana ujud dan timbulnya dakwaan tersebut.
Dalam menghadapi kecanggihan dunia siber dan ICT sekarang ini umat Islam perlu berwaspada supaya tidak menjadi mangsa golongan yang tidak bertanggung jawab yang cuba menyebarkan diayah tentang keburukan Islam dikalangan umat Islam melalui laman-laman web berkaitan. Kristian dan Yahudi akan terus berusaha untuk menyekat perkembangan Islam diseluruh dunia dan menyebarkan agama mereka dikalangan umat islam.
Firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 120



Yang bermaksud;
120- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
Firman Allah dalam Surah alBaqarah ayat 139

Yang bermaksud;
139- Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya.
Islam mengakui ujudnya agama-agama yang dibawa oleh para Rasul sebelum kelahiran Muhammad dan diturunkan agama Islam akan tetapi ajaran agama-agama ini telah diselewengkan oleh penganutnya sendiri. Mereka bukan sahaja meminda ajaran yang ditulis didalam kitab-kitab suci agama tersebut bahkan mereka membunuh dan bermusuh dengan Rasul Rasul mereka itu sendiri.

Umat Islam bukan sahaja beriman dengan keseluruhan ajaran Islam akan tetapi pada waktu yang sama mereka hendaklah mengamalkan dan melaksanakan tanggungjawab berikut.
1. Ber iman kepada Allah dan Rasul dan ajaran-ajaranNya.
2. Berfikir, mengkaji dan menyelidik kebesaran Allah dan keindahan Islam.
3. Berdoa supaya iman dan akidah kita kekal sehingga pada saat kematian.
4. Melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya.
5. Memohon keampunan diatas segala kesalahan yang dilakukan sepanjang hayat.
6. Berjuang mempertahan dan menyebarkan Islam dikalangan bukan Islam.
7. Memohon supaya dimasukkan kedalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka diakhirat kelak

Untuk mencapai kejayaan dan kecermelangan didalam apa jua bidang dan lapangan, umat Islam hendaklah ikhlas dalam melakukan ibadat dan kebaikan semata-mata kerana Allah, melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab sedaya mungkin berdasarkan kepada kemampuan masing-masing, senantiasa ingat dan menyebut-neyebut nama Allah setiap masa dan ketika, bersifat sabar ketika menghadapi segala percubaaan, dugaan dan cabaran, bertawakal dan berserah hanya kepada Allah setelah gigih berusaha, redha dan bersyukur dengan segala kurniaan Allah disamping terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam segenap bidang yang diharuskan Syarak.

Muslimin muslimat dan para Jamaah yang dirahmati Allah.
Islam melarang umatnya mengamalkan sifat menuding jari dan meletakkan kesalahan, kesilapan dan kegagalan diri sendiri kepada orang lain. Ini adalah merupakan salah satu fenomena yang berlaku diakhirat kelak terutamanya dikalangan kuffar dan golongan pelampau yang hidup mereka bertuhankan nafsu dan syaitan serta membelakangkan Islam dan ajaran Allah diatas muka bumi. Mereka bertelagah sesama sendiri, menyalahkan berhala dan tuhan-tuhan palsu mereka, menyalahkan ketua den pemimpin mereka, menyalahkan syaitan dan Jin, bahkan mereka juga meletakkan kesalahan dan kekufuran mereka kepada datuk nenek, ibu bapa dan asal keturunan mereka dizaman dahulu.

Firman Allah dalam surah ALaaRAF ayat 38

Yang bermaksud;
38- Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.




Firman Allah dalam surah alNahl 86


86- Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu. Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang mereka puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: Sesungguhnya kamu adalah berdusta.

Manakala didalam surah Qasas ayat 63 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
63- Mereka yang berhak menerima hukuman (azab Neraka) berkata: Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri); (dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri).
Dalam surah alAhzab ayat 67 pula Allah berfirman;


Yang bermaksud;
67- Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Bagitu juga dalam surah alAhzab ayat 68 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
68- Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Manakala Allah berfirman dalam surah Qaf ayat 27

Yang bermaksud
27- (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah
Setiap mukmin dan muslim sewajarnya kembali kepada cara berfikir, kepercayaan, sikap dan pegangan yang betul supaya segala amalan dan cara hidup kita akan terus berada dilandasan yang benar dan selamat daripada pelbagai bentuk ajaran yang menyeleweng dan sesat. Antara perkara pokok yang perlu diamalkan oleh sesaorang Islam ialah;
1. Yakin bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Suci dan Maha berkuasa serta segala janji-janji Allah adalah benar.
2. Kepada Allah sahajalah tempat kita meminta pertolongan , rahmat dan pertunjuk.
3. Kepada Allah sahajalah kita memohon perlindungan dari segala bentuk godaan gangguan, penyakit , bala bencana , malapetaka, kesesatan dan kezaliman,dan dijauhkan daripada ciri-ciri orang kafir dan munafik..
4. Beriman dengan Rasul, alQuran , malaikat , hari kiamat, Qada’ dan Qadar.
5. Ikhlas dalam melakukan ibadat dan kebaikan semata-mata kerana Allah
6. Melaksanakan sesuatu sedaya mungkin berdasarkan kepada kemampuan masing-masing
7. Berdoa mengharapkan keampunan dan bertaubat dalam ertikata taubat yang sebenarnya
8. Senantiasa ingat dan menyebut-neyebut nama Allah.
9. Senantiasa mengawal kepercayaan, cara berfikir, amalan, pertuturan, kelakuan dan perbuatan yang boleh menjejas dan melunturkan iman dan akidah.
10. Menolak amalan khurafat, bidah, syirik, sesat, fasik, kufur dan ajaran –ajaran yang menyelewing dari Islam yang sebenar.

Allah menerangkan didalam alQuran keadaan orang musyrik atau kafir antaranya ialah mereka mempertikaikan sesuatu yang dilakukan oleh Allah swt ; Pertama, mereka mempersoalkan tentang perlantikan para Rasul, Kedua mempertikaikan ujudnya para Malaikat, Ketiga mereka berkata (secara mengejek-ejek) seolah-olah mencabar Allah supaya menyegerakan azab yang ditetapkan untuk mereka tanpa menunggu datangnya hari kiamat.dan Keempat, mencabar supaya Allah memperlihatkan kepada mereka rupa Allah supaya mereka dapat melihatNya.

Firman Allah dalam surah Taha ayat 134

Yang bermaksud;
134- Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia) dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?
Manakala dalam surah alFurqan ayat 21 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
21- Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

Bagitu juga dalam surah Fussilat ayat 14 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
14- (Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, mereka menjawab: Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Dia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): Kamu diutus membawanya!
Begitu juga dalam surah alQasas ayat 47 Allah berfirman;


Yang bermaksud;
47- Dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya) dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, (tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka).

Firman Allah dalam surah Assad ayat 16

Yang bermaksud
16- Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu).
Sekarang masyarakat Islam sedang menghadapi cabaran dari golongan yang menggugat Islam dan umatnya samaada dari kalangan orang Islam dan orang bukan Islam . Mereka kononnya memperjuangkan hak kaum wanita, demokrasi, kebebasan , hak asasi manusia, memperjuangkan persekitaran yang selamat, udara yang sihat , menyelamatkan binatang dari kepupusan, mempastikan ujudnya alam sekitar yang bersih dan memperjuangkan keamanan dunia. Mereka menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sandaran untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Akhirnya masyarakat Islam sendiri secara sedar atau tidak telah ditipu sehingga timbullah pelbagai peraturan dan undang-undang yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mengamalkan sikap dualisma, talam dua muka dan diskriminasi terhadap negara dan umat Islam, serta pada waktu yang sama mereka juga menjadi juara untuk memusnahkan manusia , mukabumi ini dan merancang aktiviti aktiviti untuk kepentingan bangsa negara dan agama mereka semata-mata.
Bangsa-bangsa bersatu dipimpin oleh mereka yang bukan Islam dan ada kalangan tertentu prejudis barat dan sekutu-kutunya yang berusaha untuk mempastikan orang islam tidak dipilih untuk memegang jawatan penting dalam pertubuhanan atau badan dunia ini. Masyarakat dunia ditakut-takutkan kononnya akan berlaku banyak peperangan sekiranya orang Islam memimpin pertubuhan ini. Kononnya mereka mendakwa bahawa orang Islam adalah golongan yang suka berperang sejak zaman dahulu lagi.
Bangsa Bersatu seolah-olah membenarkan pencerobohan Serbia (yang juga menganut Kristian Ortodok) keatas umat islam Bosnia Herzegovina. Orang Islam telah dibunuh tanpa sebab dan tanpa melakukan apa-apa kesalahan, Suami disembelih dihadapan isterimasing-masing, isteri dan anak gadis mereka dirogol dihadapan suami atau ayah mereka. Bagitu juga diTimur Timur (Timor Leste), Bangsa Bersatu telah mengambil keputusan supaya wilayah ini (penduduknya beragama Kristian ) dibebaskan dari pemerentahan kerajaan Indonesia dengan alasan kononnya Indonesia telah gagal memberikan kebebasan kepada penganut Kristian menkjalankan aktiviti agama mereka.
Sedangkan dinegera lain umat islam telah dibunuh beramai-ramai oleh Nazi, perjanjian antara penduduk wilayah Moro dengan kerajaan Filiphina dicabuli, dan permohonan mereka untuk mendapatkan kuasa autonomi dan kebebasan tidak pun diberi perhatian oleh PBB. Bagitu juga diThailand umat Islam telah diburu, dibunuh dan diseksa setiap hari dan perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari penderitaan yang dilakukan oleh kerajaan Thai , Bangsa-Bangsa Bersatu tidak pun mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikannya. Bagitu juga keadaan negara Islam yang lain di Iraq, di Afghanistan, di Pakistan , masyarakat islam di India, Miyanmar, Sudan, di China, di negara-negara Barat, Australia dan di Amerika, umat Islam telah dijajah, di tindas, di tangkap , didera dan dianaktirikan oleh Amerika dan kerajaan boneka kuasa besar Amerika, Britain dan Rusia. Sekarang Iran, Libya dan Syria pula diberi amaran supaya menurut telunjuk imperialis barat dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan arahan mereka. PBB sebenarnya sebuah pertubuhan yang tidak mampu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana kuasa besar dunia yang melakukan sesuatu kezaliman keatas negara-negara lain hatta negara anggota pertubuhan ini sendiri.



















Khutbah Hariraya ke II

Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar,





(1)
Amma ba’d

Ibadullah Ittaqullaha haqqa tuqatih wala tamutunna illa waantum Muslimun

(2)










(4)

______________________________________________________________
(4) Mimbar JAHEAINS 1/2002 hal 289

Amma ba’d fa ya Ibadallah............












(5)

Sidang Jamaah yang dihormati Allah sekalian.
Negara dikejutkan dengan isu pasca pilihanraya, perebutan kuasa, inflasi dan kenaikan harga minyak, ungkitan, tuduhan, cabaran, tohmahan, fitnah, isu liwat, li’an, Qazaf, sumpah laknat dan perpecahan ummah. Dalam suasana sedemikian kita perlu mengambil sikap, berfikir dan memilih tindakan yang positif supaya hidup kita selamat didunia dan akhirat. Manusia tidak boleh semata-mata menggunakan akal fikiran tanpa memohon hidayah dan pertolongan Allah swt. Akal manusia sering dikalahkan dan dipengaruhi oleh nafsu, kepentingan diri, kronism, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa, pengaruh luar yang tidak sihat sehingga akhirnya kita berlaku zalim dan merosakkan orang lain. Akhirnya manusia tertipu, terpedaya dan tersasul tanpa lagi dapat menilai diantara keindahan dan keabsahan nilai kebenaran dan kebatilan.
_________________________________________________________________
(5) Mimbar JAHEAINS 1/2002 hal 289


Fimran Allah dalam Surah Qaff ayat 16.

Yang bermaksud;
16- Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Kecermelangan Umat Islam terbentuk diatas beberapa asas dan faktor saperti berikut; Pertama Wahyu dan Sunnah , Kedua Persepakatan Fikiran manusia, Ketiga ilmu, Keempat amalan yang ikhlas dan Kelima akhlak dan Ehsan. Seorang yang mengakui dirinya mukmin dan muslim ia mesti beriman dan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang ditegah. Umat Islam mesti meyakini bahawa dengan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh sahajalah seorang , masyarakat dan negara itu akan benar-benar mencapai kesejahteraan didunia dan kemenangan diakhirat.
Amalan yang dilakukan sesaorang tanpa ilmu adalah amalan yang diragui kebenarannya dan mereka yang beramal tanpa ilmu yang sebenar-benarnya maka ia akan mudah terjerumus kedalam golongan orang yang sesat, pengikut ajaran salah yang bukan sahaja tidak diterima Allah bahkan akan diseksa diakhirat nanti.
Perpecahan dan perbezaan pendapat berlaku sehingga mencetuskan permusuhan, peperangan dan kebinasaan dikalangan manusia adalah berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan atau berbezanya ilmu pengetahuan diantara sesorang dengan seorang yang lain. Dalam sebuah masyarakat yang mundur dan sering dilanda permusuhan dan peperangan sesama sendiri , golongan yang paling bijak dan luas ilmunya tidak dijadikan guru, pemimpin, imam atau ketua manakala golongan yang tidak berilmu merasakan dirinya lebih pandai dari orang lain, degil serta tidak mahu menerima kebenaran dan hidayah Allah. Pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya sebagai pemimpin dan rakyat yang bertindak menjatuhkan pemimpin tidak pula dapat meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik daripada pemimpin yang digantikan sebelumnya.
Islam adalah agama yang mementingkan ’ fikrah” dan persepakatan . Setiap perbincangan, perbicaraan dan permesyuaratan hendaklah dikendalikan oleh mereka yang pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Pandangan majoriti dikalangan ahli dan pakar adalah keputusan yang terbaik dan mengatasi pendapat individu. Mereka yang angkuh, degil dan merasakan otaknya adalah lebih bijak dari keputusan majoriti adalah golongan yang memecahbelah masyarakat, pencetus kerosakan diatas muka bumi dan wajar menerima pembalasan diakhirat kelak.
Allah menggambarkan kaum Bani Israil pada asalnya adalah kaum yang diberi Allah kebjaksanaan dan dimuliakan. Akan tetapi akibat dari kedegilan dan kekufurannya terhadap Allah dan Rasulnya maka kaum ini telah di hina sehingga tidak mempunyai negara dan tanah air mereka sendiri. Akhirnya mereka menggunakan kecerdikan mereka semata-mata tanpa memperdulikan undang-undang , ajaran agama, pandangan dan kepentingan orang lain sehingga mereka sanggup membunuh, merampas, menceroboh dan menzalimi orang yang tidak berdosa semata-mata untuk memuas kehendak nafsu dan kepentingan kuasa dan politik mereka semata-mata.
Firman Allah dalam surah alMaidah ayat 32



Yang bermaksud;
32- Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

Islam adalah agama yang senantiasa memberikan ruang kepada umatnya untuk memperbaiki cara berfikir, menilai semula kesilapan dan kekurangan dan kelemahan didalam diri masing-masing. Allah senantiasa memberikan kemaafan kepada mereka yang benar-benar menyesali dirinya dan berazam untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah dari masa kesemasa. Mereka yang benar-benar bertaubat dan taubatnya diterima Allah maka dirinya adalah bersih dari dosa dan diibaratkan saperti sehalai kain putih bersih yang belum dicemari oleh sebarang kekotoran.
Sempena umat Islam menyambut ketibaan bulan Syawal tahun 1429 Hijriah ini sama-samalah kita menginsafi dan bertaubat diatas segala kesalahan yang kita lakukan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan didunia dan akhirat.

Islam tidak memisahkan dunia dari akhirat. Mereka yang berjaya didunia didalam ertikata yang sebenarnya adalah golongan yang akan diberi kemenangan diakhirat kelak. Kejayaan didunia bukan semata-mata diukur dengan nilai-nilai kebendaan dan kemewahan semata-mata dan kemenangan diakhirat pula bukan diukur kepada ”nilai-nilai pengabdian diri atau ibadat dalam pengertian yang sempit”. Mereka yang sebenarnya berjaya didunia dan akhirat ialah golongan yang bijak mengaut kedua-dua ”kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat” dan golongan yang dapat mengimbangkan diantara keperluan dunia dan kepentingan akhirat.
Firman Allah dalam surah Baqarah ayat 201


Yang bermaksud;

201- Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

Didalam Surah Jumuah ayat 10 Allah berfirman


Yang bermaksud;

10- Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan Sebuah Athar Imam alSyafie menyebutkan;




Yang bermaksud;
Barangsiapa yang mahukan dunia, maka ia perlu berilmu dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka ia perlu berilmu. Barangsiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah ia berilmu.(6)

Untuk melahirkan masyarakat dan ummah yang berjaya maka sistem pendidikan perlu menepati matlamat untuk melahirkan rakyat yang bermoral
_________________________________________________________________
(6) Koleksi Ceramah Pengurusan Dari Perspektif Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tahun 1998




dan berilmu didalam semua bidang kehidupan. Selain daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah (kepercayaan) dan ibadat, umat Islam perlu memliki
ilmu yang berkaitan dengan semua bidang termasuk perundangan, pembentukan rumahtangga yang bahagia, urusan yang berkaitan dengan persoalan manusia dan masyarakat, (muamalat), ekonomi dan undang-undang membenteras jenayah didalam pelbagai bidang.

Para jamaah yang dihormati Allah sekalian,
Dalam masa kita bergembira hati kita perlu digilapkan dengan kesedaran yang positif supaya kegembiraan semasa kita berhariraya tidak mendorong kita tercebak kekancah hiburan yang menyesatkan. Masyarakat barat telah terbiasa dengan cara hidup yang merosakkan diri manusia dan moral kerana bagi mereka nilai moral adalah suatu yang sudah tidak lagi penting dan diperlukan. Nilai dan norma sedemikian juga telah menular dalam masyarakat Islam hatta dinegara kita sekarang ini. Dibarat, hubungan keluarga , perasaan kasih sayang, hormat dan taat kepada ibubapa dan saudara tua sudah luntur. Remaja mencari kebebasan dan hidup berasingan dengan keluarga. Pergaulan bebas tanpa nikah , bersekedudukan dan beranak dulu sebelum berkahwin sudah dijadikan budaya dan adat mereka. Single parent, neuclear family, hedonism, free thinker, drug addict, arak, rokok, muzik, hiburan tari menari dan seks bebas dan seks rambang adalah isu lama yang terus segar dalam kehidupan mereka hingga sekarang. Agama mereka diketepikan dan gereja dijual dan sebilangan mereka sedang mencari agama baru bagi mengatasi gejala sosial yang melanda teruk warga barat. Cahaya Islam sedang bersinar dibarat dan dimerata-rata pelusuk dunia. Jumlah saudara baru diseluruh dunia bertambah dari tahun ketahun. Kuasa Barat bimbang , takut dan gusar melihat perkembangan Islam sekarang dan beberapa usaha sedang, telah dan akan terus dirancang untuk menyekat kebangkitan Islam dipersada dunia dan global. Malangnya sebahagian masyarakat kita dinegara ini pula masih mendewa-dewakan barat serta terpengaruh dengan budayanya seolah-olah mereka tidak menyedari bahawa nilai-nilai barat yang dibawa masuk kenegara ini adalah nilai-nilai usang yang telah ditolak oleh orang-orang barat sendiri.
Kita bersyukur dilahirkan dalam masyarakat Islam. Islam sudah berada didalam diri, rumah, keluarga dan masyarakat kita. Sebelum kita jauh dilanda krisis moral dan kehancuran, sewajarnyalah kita mencari contoh terbaik dan meninggalkan segala bibit-bibit yang telah pun mencetuskan kerosakan dan malapetaka kepada negara-negara bukan Islam. Kita perlu bersiap siaga untuk menyediakan sistem pendidikan , undang-undang, sistem ekonomi, pengurusan dan pemikiran politik yang sehat dan menjamin kesejahteraan ummah dimasa akan datang. Kemajuan industri pelancongan yang diciplak daripada negara barat dan dasar migrasi negara maju juga perlu ditapis semula kerana pengalaman negera-negara berkenaan telah banyak mengajar mereka dan mendatangkan kesan sampingan yang merugikan.
Barat juga telah menyedari betapa bahayanya jika kebanjiran PATI dan PEKEM (pendatang yang diberi kebenaran masuk) kenegara mereka tidak diatasi. Pendatang asing yang tidak bermoral, bekas penjenayah dan pengedar dadah diperingkat antarabangsa bukan sahaja membawa kesan buruk dari segi akhlak dan moral akan tetapi pada waktu yang sama mereka juga menggugat kesejahteraan dan kehormonian masyarakat dan negara. Tidak ada gunanya negara dikenali sebagai lubuk emas pelancongan sedangkan rakyat menderita hidup digawat dan dilanda perasaan takut dan trauma apabila kes jenayah, penipuan, pembunuhan , rompakan , rogol dan kes pencolekan berlaku berleluasa setiap waktu.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Dikesempatan kita menyambut hariraya fitrah masyarakat kita perlu didedahkan berulangkali dengan maklumat –maklumat yang boleh menjana akidah dan kepercayaan yang mantap terhadap Islam. Berleluasanya gejala akidah dan sosial dan berani manusia mempermainkan sumpah dan menggadaikan diri dan keturunan untuk dilaknat Allah adalah salah satu kesan daripada hilangnya rasa takut dan lunturnya iman kita kepada azab Allah didunia, balasan syurga neraka dan kehidupan akhirat yang dijanjikan Allah kepada semua manusia.
DiBarat, kepercayaan kepada hari akhirat, hari kiamat, hidup selepas mati, alam Kubur dan Barzakh sudah tidak lagi kukuh . Bagi mereka pembangunan dan kemajuan kebendaan (material) adalah amat penting . Agama, kepercayaan kepada alam akhirat dan mengingati kematian kononnya adalah isu yang akan melalai dan menghambat manusia daripada berusaha gigih untuk mencapai kemajuan. Isu sekularisma yang memisahkan persoalan akhirat (agama) dari dunia (politik) juga isu lama yang terus dihayati mereka hingga sekarang. Bahkan sikap sedemikian juga telah pun ujud dikalangan orang –orang kafir dizaman-zaman Nabi dan Rasul sebelum Muhammad.

Didalam Surah Qaf , Ghasiah , Surah alAala dan surah alQamar, Allah swt berulangkali menerangkan kepada manusia isu-isu berkaitan dengan Kekuasaan Allah, Apa yang menimpa keatas golongan kafir yang tidak percaya kepada hari akhirat, kiamat dan hidup selepas mati, Kehidupan penghuni neraka dan syurga, Keadaan orang yang beriman dan orang kafir, Balasan syurga dan neraka, Kehidupan di Dunia dan kelebihan akhirat, Hari kiamat dan hari akhirat, Sikap orang kafir tidak percaya kepada hari kiamat, Keadaan orang mukmin dan orang kafir dihari akhirat

Surah Qaf ayat 1-14 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
1- Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran). 2- (Kaum musyrik Mekah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: Ini adalah satu perkara yang menakjubkan! 3- Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi). 4- (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku). 5- (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. 6- (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

Hadirin dan para jamaah yang dirahmati Allah,
Bertolak dari sambutan hariraya aidil Fitri pada tahun ini sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga Allah memanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk kita memperkukuhkan akidah dan amal ibadat kita serta bertaqwa kepada Allah dan mentaati sunnah Muhammad saw.
Firman Allah dalam surah ALmAIDAH ayat 83


Yang bermaksud;
83- Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

Dan firman Allah dalam surah ALMaidah ayat 84;

Yang bermaksud;
84- Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.

Faqala taaala fi kitabillah











(7)


(7) Mimbar JHEAINS 1/2002 . hal 289-290



FINAL

Khutbah Hariraya FITRAH

Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar,



















(1)
______________________________________________________________
(1) Minbar JAINS hal 279



Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar walillahilhamd

Amma ba’d fa ya ibadallah ittaqullah usikum waiyya ya bitaqwallah wataaatihi laallakum tuflihun

(2)

Sidang Jamaah yang dihormati Allah sekalian.
Negara dikejutkan dengan isu pasca pilihanraya, perebutan kuasa, inflasi dan kenaikan harga minyak, ungkitan, tuduhan, cabaran, tohmahan, fitnah, isu liwat, li’an, Qazaf, sumpah laknat dan perpecahan ummah. Dalam suasana sedemikian kita perlu mengambil sikap, berfikir dan memilih tindakan yang positif supaya hidup kita selamat didunia dan akhirat. Manusia tidak boleh semata-mata menggunakan akal fikiran tanpa memohon hidayah dan pertolongan Allah swt. Akal manusia sering dikalahkan dan dipengaruhi oleh nafsu, kepentingan diri, kronism, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa, pengaruh luar yang tidak sihat sehingga akhirnya kita berlaku zalim dan merosakkan orang lain. Akhirnya manusia tertipu, terpedaya dan tersasul tanpa lagi dapat menilai diantara keindahan dan keabsahan nilai kebenaran dan kebatilan.

Fimran Allah dalam Surah Qaff ayat 16.




Yang bermaksud;
16- Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Kecermelangan Umat Islam terbentuk diatas beberapa asas dan faktor saperti berikut; Pertama Wahyu dan Sunnah , Kedua Persepakatan Fikiran manusia, Ketiga ilmu, Keempat amalan yang ikhlas dan Kelima akhlak dan Ehsan. Seorang yang mengakui dirinya mukmin dan muslim ia mesti beriman dan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang ditegah. Umat Islam mesti meyakini bahawa dengan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh sahajalah seorang , masyarakat dan negara itu akan benar-benar mencapai kesejahteraan didunia dan kemenangan diakhirat.
Amalan yang dilakukan sesaorang tanpa ilmu adalah amalan yang diragui kebenarannya dan mereka yang beramal tanpa ilmu yang sebenar-benarnya maka ia akan mudah terjerumus kedalam golongan orang yang sesat, pengikut ajaran salah yang bukan sahaja tidak diterima Allah bahkan akan diseksa diakhirat nanti.
Perpecahan dan perbezaan pendapat berlaku sehingga mencetuskan permusuhan, peperangan dan kebinasaan dikalangan manusia adalah berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan atau berbezanya ilmu pengetahuan diantara sesorang dengan seorang yang lain. Dalam sebuah masyarakat yang mundur dan sering dilanda permusuhan dan peperangan sesama sendiri , golongan yang paling bijak dan luas ilmunya tidak dijadikan guru, pemimpin, imam atau ketua manakala golongan yang tidak berilmu merasakan dirinya lebih pandai dari orang lain, degil serta tidak mahu menerima kebenaran dan hidayah Allah. Pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya sebagai pemimpin dan rakyat yang bertindak menjatuhkan pemimpin tidak pula dapat meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik daripada pemimpin yang digantikan sebelumnya.
Islam adalah agama yang mementingkan ’ fikrah” dan persepakatan . Setiap perbincangan, perbicaraan dan permesyuaratan hendaklah dikendalikan oleh mereka yang pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Pandangan majoriti dikalangan ahli dan pakar adalah keputusan yang terbaik dan mengatasi pendapat individu. Mereka yang angkuh, degil dan merasakan otaknya adalah lebih bijak dari keputusan majoriti kemudian memaksa orang lain menerimanya maka ia adalah golongan yang memecahbelah masyarakat, pencetus kerosakan diatas muka bumi dan wajar menerima pembalasan diakhirat kelak.
Allah menggambarkan kaum Bani Israil pada asalnya adalah kaum yang diberi Allah kebjaksanaan dan dimuliakan. Akan tetapi akibat dari kedegilan dan kekufurannya terhadap Allah dan Rasulnya maka kaum ini telah di hina sehingga tidak mempunyai negara dan tanah air mereka sendiri. Akhirnya mereka menggunakan kecerdikan mereka semata-mata tanpa memperdulikan undang-undang , ajaran agama, pandangan dan kepentingan orang lain sehingga mereka sanggup membunuh, merampas, menceroboh dan menzalimi orang yang tidak berdosa semata-mata untuk memuas kehendak nafsu dan kepentingan kuasa dan politik mereka semata-mata.
Firman Allah dalam surah alMaidah ayat 32



Yang bermaksud;
32- Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

Islam adalah agama yang senantiasa memberikan ruang kepada umatnya untuk memperbaiki cara berfikir, menilai semula kesilapan dan kekurangan dan kelemahan didalam diri masing-masing. Allah senantiasa memberikan kemaafan kepada mereka yang benar-benar menyesali dirinya dan berazam untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah dari masa kesemasa. Mereka yang benar-benar bertaubat dan taubatnya diterima Allah maka dirinya adalah bersih dari dosa dan diibaratkan saperti sehalai kain putih bersih yang belum dicemari oleh sebarang kekotoran.
Sempena umat Islam menyambut ketibaan bulan Syawal tahun 1429 Hijriah ini sama-samalah kita menginsafi dan bertaubat diatas segala kesalahan yang kita lakukan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan didunia dan akhirat.

Islam tidak memisahkan dunia dari akhirat. Mereka yang berjaya didunia didalam ertikata yang sebenarnya adalah golongan yang akan diberi kemenangan diakhirat kelak. Kejayaan didunia bukan diukur dengan nilai-nilai kebendaan dan kemewahan semata-mata dan kemenangan diakhirat pula bukan diukur kepada ”nilai-nilai pengabdian diri atau ibadat dalam pengertian yang sempit”. Mereka yang sebenarnya berjaya didunia dan akhirat ialah golongan yang bijak mengaut kedua-dua ”kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat” dan golongan yang dapat mengimbangkan diantara keperluan dunia dan kepentingan akhirat.
Firman Allah dalam surah Baqarah ayat 201


Yang bermaksud;

201- Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

Didalam Surah Jumuah ayat 10 Allah berfirman


Yang bermaksud;

10- Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan Sebuah Athar Imam alSyafie menyebutkan;




Yang bermaksud;
Barangsiapa yang mahukan dunia, maka ia perlu berilmu dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka ia perlu berilmu. Barangsiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah ia berilmu.(6)

Untuk melahirkan masyarakat dan ummah yang berjaya maka sistem pendidikan perlu menepati matlamat untuk melahirkan rakyat yang bermoral dan berilmu didalam semua bidang kehidupan. Selain daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah (kepercayaan) dan ibadat, umat Islam perlu memliki
ilmu yang berkaitan dengan semua bidang termasuk perundangan, pembentukan rumahtangga yang bahagia, urusan yang berkaitan dengan persoalan manusia dan masyarakat, (muamalat), ekonomi dan undang-undang membenteras jenayah dan undang-undang mal..

Para jamaah yang dihormati Allah sekalian,
Dalam masa kita bergembira hati kita perlu digilapkan dengan kesedaran yang positif supaya kegembiraan semasa kita berhariraya tidak mendorong kita tercebak kekancah hiburan yang menyesatkan. Masyarakat barat telah

_________________________________________________________________
(6) Koleksi Ceramah Pengurusan Dari Perspektif Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tahun 1998

terbiasa dengan cara hidup yang merosakkan diri manusia dan moral kerana bagi mereka nilai moral adalah suatu yang sudah tidak lagi penting dan diperlukan. Nilai dan norma sedemikian juga telah menular dalam masyarakat Islam hatta dinegara kita sekarang ini. Dibarat, hubungan keluarga , perasaan kasih sayang, hormat dan taat kepada ibubapa dan saudara tua sudah luntur. Remaja mencari kebebasan dan hidup berasingan dari keluarga. Pergaulan bebas tanpa nikah , bersekedudukan dan beranak dulu sebelum berkahwin sudah dijadikan budaya dan adat mereka. Single parent, neuclear family, hedonism, free thinker, drug addict, arak, rokok, muzik, hiburan tari menari , seks bebas dan seks rambang adalah isu lama yang terus segar dalam kehidupan mereka hingga sekarang. Agama mereka diketepikan dan gereja dijual dan sebilangan mereka sedang mencari agama baru bagi mengatasi gejala sosial yang melanda teruk warga barat. Cahaya Islam sedang bersinar dibarat dan dimerata-rata pelusuk dunia. Jumlah saudara baru diseluruh dunia bertambah dari tahun ketahun. Kuasa Barat bimbang , takut dan gusar melihat perkembangan Islam sekarang dan beberapa usaha sedang, telah dan akan terus dirancang untuk menyekat kebangkitan Islam dipersada dunia dan global. Malangnya sebahagian masyarakat kita dinegara ini pula masih mendewa-dewakan barat serta terpengaruh dengan budayanya seolah-olah mereka tidak menyedari bahawa nilai-nilai barat yang dibawa masuk kenegara ini adalah nilai-nilai usang yang telah ditolak oleh orang-orang barat sendiri.
Kita bersyukur dilahirkan dalam masyarakat Islam. Islam sudah berada didalam diri, rumah, keluarga dan masyarakat kita. Sebelum kita jauh dilanda krisis moral dan kehancuran, sewajarnyalah kita mencari contoh terbaik dan meninggalkan segala bibit-bibit yang telah pun mencetuskan kerosakan dan malapetaka kepada negara-negara bukan Islam. Kita perlu bersiap siaga untuk menyediakan sistem pendidikan , undang-undang, sistem ekonomi, pengurusan dan pemikiran politik yang sehat dan menjamin kesejahteraan ummah dimasa akan datang. Kemajuan industri pelancongan yang diciplak daripada negara barat dan dasar migrasi negara maju juga perlu ditapis semula kerana pengalaman negera-negara berkenaan telah banyak mengajar mereka dan mendatangkan kesan sampingan yang merugikan.
Barat juga telah menyedari betapa bahayanya jika kebanjiran PATI (Pendatang Tanpa Izin) dan PADI (pendatang yang diberi izin) kenegara mereka tidak diatasi. Pendatang asing yang tidak bermoral, bekas penjenayah dan pengedar dadah diperingkat antarabangsa bukan sahaja membawa kesan buruk dari segi akhlak dan moral akan tetapi pada waktu yang sama mereka juga menggugat kesejahteraan dan kehormonian masyarakat dan negara. Tidak ada gunanya negara dan taman perumahan dikenali sebagai lubuk emas pelancongan sedangkan rakyat menderita hidup digawat dan dilanda perasaan takut dan trauma apabila kes jenayah, penipuan, pembunuhan , rompakan , rogol dan kes pencolekan berlaku berleluasa setiap waktu.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Dikesempatan kita menyambut hariraya fitrah masyarakat kita perlu didedahkan berulangkali dengan maklumat –maklumat yang boleh menjana akidah dan kepercayaan yang mantap terhadap Islam. Berleluasanya gejala akidah dan sosial dan berani manusia mempermainkan sumpah dan menggadaikan diri dan keturunan untuk dilaknat Allah adalah salah satu kesan daripada hilangnya rasa takut dan lunturnya iman kita kepada azab Allah didunia, balasan syurga neraka dan kehidupan akhirat yang dijanjikan Allah kepada semua manusia.
DiBarat, kepercayaan kepada hari akhirat, hari kiamat, hidup selepas mati, alam Kubur dan Barzakh sudah tidak lagi kukuh . Bagi mereka pembangunan dan kemajuan kebendaan (material) adalah lebih penting . Agama, kepercayaan kepada alam akhirat dan mengingati kematian kononnya adalah isu yang akan melalai dan menghambat manusia untuk mencapai kemajuan. Isu sekularisma yang memisahkan persoalan akhirat (agama) dari dunia (politik) juga isu lama yang terus dihayati mereka hingga sekarang. Bahkan sikap sedemikian juga telah pun ujud dikalangan orang – orang kafir dizaman-zaman Nabi dan Rasul sebelum Muhammad.

Didalam Surah Qaf , Ghasiah , Surah alAala dan surah alQamar, Allah swt berulangkali menerangkan kepada manusia isu-isu berkaitan dengan Kekuasaan Allah, Apa yang menimpa keatas golongan kafir yang tidak percaya kepada hari akhirat, kiamat dan hidup selepas mati, Kehidupan penghuni neraka dan syurga, Keadaan orang yang beriman dan orang kafir, Balasan syurga dan neraka, Kehidupan di Dunia dan kelebihan akhirat, Hari kiamat dan hari akhirat, Sikap orang kafir tidak percaya kepada hari kiamat, Keadaan orang mukmin dan orang kafir dihari akhirat

Surah Qaf ayat 1-14 Allah berfirman;

Yang bermaksud;
1- Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran). 2- (Kaum musyrik Mekah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: Ini adalah satu perkara yang menakjubkan! 3- Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi). 4- (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku). 5- (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. 6- (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

Hadirin dan para jamaah yang dirahmati Allah,
Bertolak dari sambutan hariraya aidil Fitri pada tahun ini sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga Allah memanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk kita memperkukuhkan akidah dan amal ibadat kita serta bertaqwa kepada Allah dan mentaati sunnah Rasul ALLAH Sidina Muhammad saw.
Firman Allah dalam surah ALmAIDAH ayat 83


Yang bermaksud;
83- Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

Dan firman Allah dalam surah ALMaidah ayat 84;

Yang bermaksud;
84- Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.

Faqala taaala fi kitabillah




(3)

_________________________________________________________________
(3) Minbar JAINS hal 288.

KHUTBAH 11

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, (7 X)

Amma ba’d fa ya ibadallah.




1.

















_________________________________________________________________
1. Minbar JAHEANS 1/2002 hal 288
Faqataala fi kitabillah

(2)























________________________________________________________________
(2) Minbar JHEAINS 1/2002 hal 289 -290




Surah Qasas ayat 77

Yang bermaksud;
77- Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.


















Surah al an kabut ayat 20


surah alNisa’ ayat 138-9







Surah al Anaam ayat 7


Surah Maidah ayat 44.






Surah al Nisa’ ayat





Surah alNisa’ ayat 56

No comments:

Post a Comment