Tuesday, November 3, 2009

mat rempit

Mat Rempit


Negara seoalah-olah telah tenggelam punca dan panik menghadapi isu Mat Rempit . Walaupun mereka terdiri dari remaja yang tidak bersatu dalam apa jua persatuan dan kumpulan yang berdaftar akan tetapi masyarakat melihat mereka ini seoalah-olahnya mereka adalah bersatu dan bertindak dalam satu pasukan bagi menggerakkan program perlumbaan haram dengan lebih ganas dan berani. Bukan sahaja ramai anggota polis yang telah menjadi mangsa mereka , kegiatan mereka juga terus merebak keseluruh negara . Anihnya kebanyakan remaja yang menonggang motor semakin berani untuk melakukan gangguan dijalan raya walaupun tindakan mereka itu akan mengancam nyawa dan keselamatan diri mereka sendiri. Pihak pengguna jalanraya yang lain juga amat takut sekiranya berlaku kemalangan dengan Mat Rempit kerana mereka akan berdepan dengan kumpulan pemandu motor sikal walaupun Mat rempit yang bersalah. Sebenarnya bukan semua pemandu dan pembuncing motorsikal ini terlibat dengan kegiatan Mat Rempit akan tetapi sikap, tingkah laku mereka yang digelar Mat rempit adalah seragam dan sama diseluruh negara.
Dengan melihat situasi yang berlaku maka jelas kumpulan Mat Rempit adalah terdiri daripada remaja dan pelajar sekolah yang telah mahir memandu motorsikal mereka atau motorsikal kepunyaan ahli keluarga mereka dan motorsikal inilah juga yang digunakan mereka untuk berulang alik kesekolah atau ketempat kerja. Mereka mengambil kesempatan pada hari-hari cuti umum untuk turut sertA SECARA BERAMAI-RAMAI dengan rakan sebaya melibatkan diri dalam perlumbaan haram samada dilebuh raya atau dijalan-jalan negeri atau kampong. Memang tidak ada ibu bapa dan keluarga yang setuju dengan aktiniti para remaja ini akan tetapi sehingga kini masyarakat tidak dapat menghalang dari ianya terus berlaku.
Untuk mengatasi masalah ini masyarakat sewajarnya memahami terlebih dulu punca berlakunya perlumbaan haram yang melibatkan kumpulan Mat Rempit ini.; Antara punca timbulnya isu Mat rempit ini ialah;

1. Remaja yang menganggor atau melepak sewaktu malam cuti.
2. Tidak menggunakan masa lapang dengan aktibiti yang berfaedah
3. pengaruh kawan
4. Tidak adanya kawalan ibu bapa dan keluarga
5. penyalahgunaan kenderaan untuk menyertai lumba haram
6. Adanya pihak yang menaja perlumbaan haram dengan menyediakan hadiah-hadiah berbentuk wang dan perempuan.



Cara mengatasi;

Untuk menghalang remaja dari terus melibatkan diri dalam perlumbaan haram ini maka semua pihak dalam masyarakat perlu memainkan peanan masing-masing. Untuk merobah sikap amalan dan kebiasaan sesaorang bukannya suatu yang mudah, terutama sekali apabila amalan tersebut memberikan sesuatu habuan dan keseronokan. Masyarakat sukar untuk memberhentikan minat memandu dan berlumba sedemikian terutama sekali apabila pengaruh kawan dan rakan sebaya lebih diutamakan daripada faktor-faktor lain. Usaha yang perlu dibuat ialah pertama memberikan kesedaran kepada remaja tentang kebaikan dan keburukan lumba haram ini kepada diri mereka, keluarga dan keselamatan orang ramai yang lain. Kedua mengenakan hukuman keatas mereka yang berdegil dan terus melakukan perbuatan yang sia-sia ini walaupun telah diberi peringatan berulang kali. Ketiga menyediakan aktibiti-aktibiti gantian yang lebih berfaedah supaya remaja dapat mengalihkan minat mereka daripada amalan yang buruk ini kepada program baru yang menguntungkan diri remaja dan masyarakat. Keempat merobah persekitaran yang ujud dalam masyarakat yang turut sama menggalakkan aktibiti perlumbaan haram ini. Perlumbaan Mat Rempit ini sukar untuk dihentikan apabila ada golongan terutamanya pihak penganjur dan penaja meraih keuntungan disebalik perlumbaan haram ini. Para remaja juga tidak akan mudah menolak sogokan dan hadiah daripada penaja berkenaan sehingga mereka akan terus mencuba nasib untuk berlumba dan memenangi hadiah yang ditawarkan itu.

Strategi menghalang perlumbaan perlumbaan ini juga mesti disesuaikan dengan keadaan semasa. Kalaulah usaha yang dijalankan selama ini tidak berkesan maka usaha yang lebih hebat perlu diusahakan berikutnya. Remaja seoalah-olahnya merasakan diri mereka kuat dan boleh menyaingi pasukan keselamatan terutama sekali apabila polis berlembut dan melayani mereka dengan sikap tolak ansur yang merugikan. Polis perlu menambahkan lagi bilangan anggota mereka apabila berdepan dengan bilangan Mat Rempit yang terlalu ramai.
Remaja tidak akan mampu bertindak sendiri untuk melakukan projek-projek yang besar maka masyarakat perlu menyediakan modal dan peruntukan kewangan bagi menjayakan projek-projek yang akan dikendalikan oleh para remaja. Banyak aktibiti sosial, kebajikan, ekonomi dan agama yang boleh diisi untuk para remaja terutama sekali pada hari-hari cuti umum . Untuk menggalakkan remaja berkecimpong dalam aktibiti–aktibiti sedemikian kerajaan perlu menyediakan pelbagai bentuk ganjaran, hadiah, anugerah, dan penghargaan yang menarik remaja berkenaan. Antara usaha-usaha yang perlu di lakukan bagi mengatasi masalah mat rempit ialah;

1. Mengadakan undang-undang dan hukuman yang lebih berat keatas pesalah berlumba dijalan raya. ( denda, merampas kenderaan, membatal lesen memandu)
2. Megadakan banyak lagi sekatan jalanraya.
3. Menggalakkan remaja terlibat didalam aktibiti yang lebih berfaedah berdasarkan kepada minat mereka;
Perkhemahan ibadat
Bengkel membaiki letrik, motor, pertukangan , kraf tangan,
menjahit, memasak,
Kegiatan sukan bola sepak, sepak takraw, ping pong
In door games (catur, dam carum) dan sebagainya.
Mengadakan Lawatan sambil belajar, kembara, perkelahan
, kesenian, kebudayaan ( kumpulan nasyid, marhaban,
berzanji , silat, kompang )
Menganjurkan kursus –kursus keagamaan ; bacaan alQuran , solat,
uruan jenazah
Melibatkan diri dalam aktibiti kemasyarakatan; gotong royong
membersih masjid, tanah kubur, sekolah, jamuan ,
temasya sukan, kematian , perkahwinan, Anti dadah,
Kawalan Keselamatan Kampong, Pencegah maksiat dan
jenayah

Menggalakkan mereka menyertai dan menubuhkan pasukan
beruniform Anggota RELA, Anggota Pertolongan
Cemas Anggota Bomba sukarela, Pasukan Pertahanan
Awam, Pasukan Penyelamat Bencana Alam, Tentera
Wataniah,
4. Ujudkan jawatankuasa remaja di masjid –masjid dan menyediakan peruntukan
untuk kegiatan-kegiatan remaja.
5. Menganjurkan pertandingan – pertandingan sukan, perlumbaan sukan bermotor

6. Menganjurkan sukanika tradisional dikalangan remaja luar bandar; memanjat
kelapa, mengupas kelapa, memarut kelapa ,

7. Mengadakan kursus masakan tradisional ; memasak lemang, wajid dan dodol,

8. Mengenakan tindakan undang-undang keatas penaja atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam menganjurkan perlumbaan haram dikalangan Mat Rempit







Anak Luar Nikah


Punca

Isu anak luar nikah adalah isu yang berkait rapat dengan jenayah zina. Ramainya bilangan anak nikah dalam sebuah masyarakat akan menggambarkan rosaknya akhlak dan moral remaja masa kini. Anak luar nikah bukan sahaja membebankan kerajaan akan tetapi pada waktu yang sama kaum wanita yang melahirkan anak tersebut akan menghadapi pelbagai masalah , terutama sekali apabila pasangannya adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, tidak mahu mengahwini wanita berkenaan, melarikan diri tanpa memberikan nafkah kepada anak luar nikah tersebut. Wanita yang terlibat dengan perbuatan dan kesalahan melakukan zina adalah mangsa yang telah hilang harga diri, kecewa, trauma, malu dan akan disihkan oleh keluarga dan masyarakat. Pada suatu keadaan yang lain ramai wanita yang hamil akibat dari perbuatan zina mengambil jalan singkat samada membunuh diri, menggugurkan anak dalam kandungan atau lari dari keluarga dan masyarakat semata-mata untuk mengatasi masalah yang dihadapi akibat daripada kesalahan zina tersebut. Anak samada didalam kandungan atau yang dilahirkan tanpa nikah adalah anak haram yang tetap dianggap hina oleh masyarakat. Walaupun yang bersalah adalah kedua pasangan lelaki dan perempuan akan tetapi kanak –kanak tersebut akan menerima tamparan dan kesan yang buruk dalam masyarakat. Kanak-kana ini tidak boleh dibinkan dengan nama lelaki penjenayah tersebut. Rakan-rakan akan mempersoalkan latarbelakangnya apabila nama lelaki yang dibinkan itu berbeza dengan nama lelaki yang menjaganya. Jika lelaki penjenayah tersebut hilang melarikan diri maka masyarakat akan mempersoalkan pula siapa sebenarnya bapa kanak-kanak tersebut. Anak ini juga tidak layak diberi habuan mewarisi harta pesaka perempuan dan lelaki yang berzina. Jika sekiranya anak tersebut adalah anak perempuan ia tidak layak berwalikan lelaki penzina tersebut kerana Islam tidak mengiktiraf nya sebagai wali.

Anak luar nikah juga akan menghadapi masalah untuk bergaul bebas dengan lain-lain ahli keluarga lelaki dan perempuan penzina berkenaan. Ia tidak dianggap sebagai mahram dan ia perlu memelihara batasan-batasan pergaulan dan aurat supaya tidak berlaku maksiat yang berlarutan dalam keluarga. Anak luar nikah juga akan menghadapi penghinaan dan rasa malu apabila rahsianya sebagai anak haram terbongkar dan diketahui umum. Anak luar nikah juga akan merasa malu, marah dan kecewa apabila ianya mengetahui dirinya adalah anak haram.
Dalam ertikata lain perzinaan dan anak luar nikah adalah isu besar yang perlu dihindarkan dalam keluarga dan rumah tangga. Untuk tujuan tersebut maka beberapa usaha perlu dibuat supaya bilangan anak zina tidak akan bertambah ramai dalam masyarakat.
Sebelum sebarang langkah diambil bagi mencapai matlamat tersebut maka beberapa usaha perlu dibuat untuk mengkaji terlebh dulu punca –punca kenapa zina berlaku dan bilangan anak luar nikah bertambah dari masa kesemasa. Diantara punca berlakunya perzinaan ialah;


1. pergaulan bebas lelaki dan perempuan
2. Kahwin lambat atau tidak mahu berkahwin.
3. Hantaran terlalu tinggi.
4. Pekerja wanita tingal bersama atau menyewa rumah yang sama dengan pekerja lelaki.
5. Kurang didikan agama.
6. Remaja berani melakukan perzinaan kerana tidak takut kepada balasan diakhirat dan hukuman didunia.
7. Meniru cara hidup barat yang bertentangan dengan Islam

Islam bukan sahaja melarang umatnya berzina atau melakukan
kesalahan zina akan tetapi Islam juga melarang umatnya menghampiri zina Firman Allah dalam surah ayat


Yang bermaksud




Untuk mengelak dari berlakunya perzinaan Islam bukan sahaja melarang pergaulan bebas, berdua-duaan diantara lelaki perempuan yang bukan waris dan muhram , lelaki dan perempuan tersebut juga tidak boleh bersekedudukan saperti suami isteri tanpa nikah. Islam juga menggariskan batasan-batasan yang tidak boleh dilakukan oleh pasangan lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Antara larangan tersebut ialah memakai bauan-bauan, membuka dan mendedahkan aurat, berkelakuan dan bersuara yang memikat dan menarik perhatian, menggoda, melakukan perkara-perkara yang dikatakan sebagai ”sexual harrasment” kepada pasangan tersebut. Dalam ertikata lain untuk mencapai matlamat tersebut bilangan kes zina perlu di kurangkan atau dihapuskan dalam keluarga dan masyarakat dan langkah-langkah tersebut hendaklah dilaksanakan.
Bagi mengelakkan perzinaan maka Islam tidak membenarkan pergaulan bebas diantara lelaki perempuan yang telah baligh. Bagi wanita yang telah baligh dan kedatangan haid maka kemungkinan nya akan mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi. Bagitu juga bagi lelaki yang telah baligh dan zakarnya ada mengandungi air mani maka ia adalah mendatangkan kesan buruk kepada pasangannya sekiranya berlaku persetubuhan dan zina. Walaupun manusia telah mencipta alat pencegahan hamil dan pelbaga ubatan yang berbagai-bagai akan tetapi persetubuhan tanpa nikah adalah tetap dilarang samasekali.
Untuk mengelakkan perzinaan berlaku maka lelaki dan perempuan yang sudah sampai masanya untuk berkahwin, berkeinginan untuk berkahwin, berkemampuan untuk melakukan hubungan seks, dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri maka Islam menggalakkan mereka berkahwin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Jika tidak maka mereka hendaklah mengawal dan mengurangkan nafsu dan keinginannya itu dengan cara berpuasa . Islam tidak mensyaratkan kedua-kedua pasdangan supaya mengadakan upacara perkahwinan dengan cara yang mubazir atau mengadakan pesta secara yang melampau batasan. Untuk mempastikan remaja masa kini tidak terlibat dengan perzinaan maka ibu bapa keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing supaya anak-anak remaja tidak dibiarkan bergaul bebas sebelum berkahwin dengan alasan –alasan apa sekali pun. Walaupun mereka bekerja, sedang bersekolah atau berada dimenara gading mereka tidak wajar tinggal bersama didalam sebuah rumah atau bilik, menyewa premis beramai-ramai diantara lelaki dan perempuan walaupun mereka menghadapi masalah perumahan yang gawat. Pehak majikan dan universiti tidak sewajarnya lepas tangan dan membiarkan keadaan yang sedemikian berlarutan sehingga akhirnya pelajar universiti, murid sekolah dan pekerja-pekerja kilang terlibat dengan perzinaan dan persetubuhan tanpa nikah.
Walaupun demikian bagi memantapkan lagi usaha menghapuskan perzinaan ini maka kerajaan juga sewajarnya mempastikan premis yang ada, hotel, tempat tempat peranginan dan sebagainya tidak disalahgunakan oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk mereka tinggal dan tidur bersama seabagai suami isteri. Kerajaan juga hendaklah melarang samasekali unsur-unsur lucah tersebar dalam masyarakat disamping itu kerajaan juga wajar mengawasi para pelancung supaya meraka tidak melakukan kelakuan yang menjolok mata yang akan membawa contoh teladan yang buruk dalam masyarakat. Masyarakat dan rakyat juga tidak sewajarnya dibenarkan meniru cara hidup barat atau menggunakan kaedah-kaedah baru bagi mengatasi gejala sosial diBarat yang jelas bercanggah dengan nilai hidup, budaya dan hukum Islam Kesimpulannya jika masyarakat dan negara benar-benar mahu menghapuskan zina dan timbulnya isu anak luar nikah maka perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan segera.

1. Galakan supaya remaja cepat kahwin apabila telah cukup persediaan dan syarat-syarat nya.
2. Kenduri kahwin atau perbelanjaan untuk kahwin diadakan secara sederhana.
3. Ibu bapa dan keluarga mengawal anak gadis supaya tidak terlalu bebas bergaul dengan pasangan atau kawan lelaki.
4. Galakkan kahwin beramai yang dianjurkan oleh Majlis agama Islam negeri-negeri
5. Majikan menyediakan kemudahan perumahan untuk pekerja wanita.
6. Pusat Pengajian Tinggi menyediakan kemudahan asrama dan rumah tempat tinggal khusus untuk pelajar terutama pelajar perempuan.
7. Radio Talivisyen dan media massa menyiarkan rancangan dan program agama untuk memberi nasihat dan peringatan tentang bahayanya pergaulan bebas , perzinaan dan berlakunya kehamilan .
8. Mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih sesuai ; rejam sampai mati bagi pasangan yang telah berkahwin dan hukuman rotan dikalangan pasangan yang belum berkahwin yang terlibat dengan kesalahan zina .
9. Melarang mana-mana pihak menyalahgunakan penggunaan alat pencegahan hamil dan kondom dikalangan remaja.
10. Mengadakan kawalan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi menghalang penyalahgunaan rumah tumpangan, rumah rehat dan hotel dikalangan pasangan yang tidak berkahwin (bukan suami isteri)
11. Mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih ketat bagi menghalang kesalahan khalwat dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
12. Melaksanakan undang-undang Islam berkaitan dengan kebebasan wanita , keluar rumah bersendirian, aurat , pergaulan dan kesalahan jenayah khalwat dan zina.
13. Melarang penyiaran gambar-gambar, cerita lucah diakhbar, majallah, TV, video , internet dan sebagainya.
14. Mengharamkan aktibiti pelacuran, GRO ( khidmat Teman Wanita), kemasukan pelancong asing yang tidak bermoral (pakaian, kelakuan ).
15. Mengadakan peruntukan yang mewajibkan pasangan lelaki dan perempuan memelihara atau bertanggungjawab memberi nafkah keatas anak luar nikah.
16. Kerajaan tidak menyediakan kemudahan untuk membela nasib anak-anak luar nikah kecuali mereka yang tidak ada ”pihak” yang memelihara dan memberi nafkah kepadanya.
17. Mengambil tindakan keatas ibu bapa yang berlaku ”zalim” keatas anak perempuan atau enggan menikahkannya dengan pasangannya yang kufu.
Mat Rempit


Punca timbulnya isu Mat Rempit ;

9. Remaja yang menganggor atau melepak sewaktu malam cuti.
10. Tidak menggunakan masa lapang dengan aktibiti yang berfaedah
11. pengaruh kawan
12. Tidak adanya kawalan ibu bapa dan keluarga
13. penyalahgunaan kenderaan untuk menyertai lumba haram
14. Adanya pihak yang menaja perlumbaan haram dengan menyediakan hadiah-hadiah berbentuk wang dan perempuan.



Cara mengatasi;

1. Mengadakan undang-undang yang lebih keras untuk menghalang remaja menggunakan motorsikal dijalanraya.
2. Mengadakan undang-undang dan hukuman yang lebih berat keatas pesalah berlumba dijalan raya. ( denda, merampas kenderaan, membatal lesen memandu)
3. Megadakan banyak lagi sekatan jalanraya.
4. Menggalakkan remaja terlibat didalam aktibiti yang lebih berfaedah berdasarkan kepada minat mereka;
Perkhemahan ibadat
Bengkel membaiki letrik, motor, pertukangan , kraf tangan,
menjahit, memasak,
Kegiatan sukan bola sepak, sepak takraw, ping pong
In door games (catur, dam carum) dan sebagainya.
Mengadakan Lawatan sambil belajar, kembara, perkelahan
, kesenian, kebudayaan ( kumpulan nasyid, marhaban,
berzanji , silat, kompang )
Menganjurkan kursus –kursus keagamaan ; bacaan alQuran , solat,
uruan jenazah
Melibatkan diri dalam aktibiti kemasyarakatan; gotong royong
membersih masjid, tanah kubur, sekolah, jamuan ,
temasya sukan, kematian , perkahwinan, Anti dadah,
Kawalan Keselamatan Kampong, Pencegah maksiat dan
jenayah

Menggalakkan mereka menyertai dan menubuhkan pasukan
beruniform Anggota RELA, Anggota Pertolongan
Cemas Anggota Bomba sukarela, Pasukan Pertahanan
Awam, Pasukan Penyelamat Bencana Alam, Tentera
Wataniah,


5. Ujudkan jawatankuasa remaja di masjid –masjid dan menyediakan peruntukan
untuk kegiatan-kegiatan remaja.
6. Menganjurkan pertandingan – pertandingan sukan, perlumbaan sukan bermotor

7. Menganjurkan sukanika tradisional dikalangan remaja luar bandar; memanjat kelapa, mengupas kelapa, memarut kelapa ,

8. Mengadakan kursus masakan tradisional ; memasak lemang, wajid dan dodol,







































Anak Luar Nikah


Punca


8. pergaulan bebas lelaki dan perempuan
9. Kahwin lambat atau tidak mahu berkahwin.
10. Hantaran terlalu tinggi.
11. Pekerja wanita tingal bersama atau menyewa rumah yang sama dengan pekerja lelaki.
12. Kurang didikan agama.
13. Remaja berani melakukan perzinaan kerana tidak takut kepada balasan diakhirat dan hukuman didunia.
14. Meniru cara hidup barat yang bertentangan dengan Islam



Cadangan untuk mengatasinya


18. Galakan supaya remaja cepat kahwin apabila telah cukup persediaan dan syarat-syarat nya.
19. Kenduri kahwin atau perbelanjaan untuk kahwin diadakan secara sederhana.
20. Ibu bapa dan keluarga mengawal anak gadis supaya tidak terlalu bebas bergaul dengan pasangan atau kawan lelaki.
21. Galakkan kahwin beramai yang dianjurkan oleh Majlis agama Islam negeri-negeri
22. Majikan menyediakan kemudahan perumahan untuk pekerja wanita.
23. Pusat Pengajian Tinggi menyediakan kemudahan asrama dan rumah tempat tinggal khusus untuk pelajar terutama pelajar perempuan.
24. Radio Talivisyen dan media massa menyiarkan rancangan dan program agama untuk memberi nasihat dan peringatan tentang bahayanya pergaulan bebas , perzinaan dan berlakunya kehamilan .
25. Mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih sesuai ; rejam sampai mati bagi pasangan yang telah berkahwin dan hukuman rotan dikalangan pasangan yang belum berkahwin yang terlibat dengan kesalahan zina .
26. Melarang mana-mana pihak menyalahgunakan penggunaan alat pencegahan hamil dan kondom dikalangan remaja.
27. Mengadakan kawalan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi menghalang penyalahgunaan rumah tumpangan, rumah rehat dan hotel dikalangan pasangan yang tidak berkahwin (bukan suami isteri)
28. Mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih ketat bagi menghalang kesalahan khalwat dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
29. Melaksanakan undang-undang Islam berkaitan dengan kebebasan wanita , keluar rumah bersendirian, aurat , pergaulan dan kesalahan jenayah khalwat dan zina.
30. Melarang penyiaran gambar-gambar, cerita lucah diakhbar, majallah, TV, video , internet dan sebagainya.
31. Mengharamkan aktibiti pelacuran, GRO ( khidmat Teman Wanita), kemasukan pelancong asing yang tidak bermoral (pakaian, kelakuan ).
32. Mengadakan peruntukan yang mewajibkan pasangan lelaki dan perempuan memelihara atau bertanggungjawab memberi nafkah keatas anak luar nikah.
33. Kerajaan tidak menyediakan kemudahan untuk membela nasib anak-anak luar nikah kecuali mereka yang tidak ada ”pihak” yang memelihara dan memberi nafkah kepadanya.
34. Mengambil tindakan keatas ibu bapa yang berlaku ”zalim” keatas anak perempuan atau enggan menikahkannya dengan pasangannya yang kufu.

No comments:

Post a Comment