Monday, November 9, 2009

rogol

Rogol; Cara Mencegahnya mengikut Pandangan Islam;


Rogol adalah persetubuhan yang berlaku keatas pasangan secara paksaan. Kalau didalam bahasa Inggeris hubungan seks samada secara sah atu tidak sah boleh dibahagikan kepada beberapa istilah saperti berikut; Hubungan seks yang sah atau tidak sah secara umum disebut sexual intercource. Manakala hubungan seks yang tidak sah pula disebut adultery, fornication dan illicit intercourse, Didalam masyarakat barat hubungan seks yang halal disisi undang-undang adalah berbeza dengan Islam. Bagi mereka hubungan seks suka sama suka tanpa perkahwinan adalah bukan suatu kesalahan. Bagi masyarakat barat hubungan seks adalah dianggap suatu keperluan asasi bagi sesaorang dan tidak boleh mana-mana pihak menghalang sesaorang individu melakukan nya dengan sukarela. Maka tidak hairanlah dalam masyarakat Barat ilmu mengenai “jentina” atau kelamin (seks ) diajar disekolah rendah, alat “kondom” dijual berleluasa dan diberi percuma. Pada umumnya dibarat seolah-olahnya pendedahan mengenai “kemaluan” bukanlah suatu yang dilarang dan bukan lagi memalukan mereka.. Lebih-lebih lagi dibarat nilai-nilai moral bukan lagi suatu yang penting terutama sekali dikalangan mereka yang tidak beragama ”atheist” atau golongan ”Free-thingkers”. Walaupun demikian barat turut menghukum mana-mana lelaki yang melakukan hubungan seks secara paksaan terhadap mana-mana wanita. Didalam undang-undang jenayah sivil (barat) melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dibawah umur adalah dikategorikan sebagai “rape” (rogol)
Didalam Islam istilah rogol atau jenis-jenis persetubuhan tidak disebut satu persatu samada didalam al-Quran atau Hadis. Akan tetapi Islam telah membahagikan bahawa perhubungan jentina diantara lelaki dan perempuan kepada dua iaitu perhubungan yang halal diantara suami isteri dan perhubungan yang haram selain suami isteri (melalui pernikahan). Perhubungan haram disebut dengan jelas sebagai zina . Mereka yang berzina ialah mereka yang melakukan maksiat dan kesalahan zina adalah tergolong dibawah jenis-jenis tujuh kesalahan besar ( sab’u al-mubiqat) yang tidak diampunkan oleh Allah keatas para pelakunya. Islam tidak bertolak ansur terhadap pelaku zina melainkan mereka yang melakukan nya tanpa sengaja (wati’ syubhah). Untuk mengatasi masalah masyarakat dan jenayah semua undang-undang Islam hendaklah diterimapakai secara menyeluruh sapertimana Firman Allah yang bermaksud ; (Masuklah Kedalam Agama Islam (Amalkanlah ajaran Islam) secara menyeluruh ( al-Quran; )
Didalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud; Apakah kamu hanya beriman dengan separuh daripada al-Kitab (al-Quran) dan kamu kufur terhadap sebahagian yang lain… (al-Quran; ). Didalam Kitab Feqah pengarangnya mengandaikan kemungkinan berlakunya persetubuhan haram dikalangan ahli keluarga tanpa disenghajakan terutama sekali apabila isteri dan anak-anak perempuan yang telah remaja tidur bersama didalam sebuah bilik. Walaupun andaian ini dianggap suatu hukuman yang diadakan oleh ulamak silam sebagai huraian kepada undang-undang asas, akan tetapi pada hari ini amalan anak perempuan tidur sebilik dengan ibunya adalah suatu keadaan yang lumrah dan hukuman wati’ syubhah adalah praktikal. Walaupun demikian ibu bapa sewajarnya berusaha supaya keselamatan anak perempuan terjamin dan mempastikan “wati’ syubhah” tidak berlaku didalam keluarganya.
Dikawasan bandar, masih ramai setinggan yang masih menghadapi masalah perumahan yang tidak sempurna. Penghuni rumah-rumah flat dan kos rendah masih belum memiliki jumlah bilik yang cukup untuk memisahkan anak-anak lelaki dan perempuan remaja yang berasingan, manakala di luar bandar pula amalan tidur diruang terbuka (terutama dirumah-rumah tradisional dan dikalngan keluarga miskin) adalah perkara biasa dan peraturan menyediakan bilik tidur khas untuk anak-anak perempuan remaja masih belum dititik beratkan .
Apabila dilihat kepada matlamat perundangan Islam (maqasid syari’) maka jelas Islam adalah melarang sekeras-kerasnya perlakuan dan rogol (oleh bapa atau bapa tiri) dan kesalahan sumbang mahram sehinggakan ibu bapa (lebih-lebih lagi bapa tiri) dilarang tidur bersama anak yang telah dewasa atau remaja ( terutama anak perempuan) didalam bilik yang sama. Oleh yang demikian pergaulan tanpa batas diantara ibu bapa dengan anak yang telah dewasa dan remaja dan diantara majikan dan orang gaji adalah dilarang kerana keadaan sedemikian akan menyumbang berlakunya maksiat dan jenayah zina, rogol dan sumbang mahram. Lebih jauh daripada itu Islam amat teliti dalam larangannya berkaitan dengan maksiat dan jenayah seks ini. Islam amat mengambil berat beberapa faktor sampingan yang juga turut mendorong berlakunya jenayah ini dalam masyarakat; Pertama aurat, kedua persekitaran, ketiga akal keempat iman.
Walaupun tidak dinafikan iman, pendidikan amat penting sebagai pendinding dari berlakunya perkara mungkar , dan amat penting mengawal nafsu serta amat penting untuk mewaraskan daya fakir sesaaorang akan tetapi didalam aspek yang lain baginda rasulallah saw pernah mengingatkan bahawa peranan syaitan amat berkesan sehingga ia mampu mengalahkan kekebalan iman dan akal manusia.
Didalam sebuah Hadis ada diriwayatkan bahawa baginda Rasulallah saw pernah mengingatkan sahabatnya bahawa kesalahan meminum arak adalah lebih merbahaya daripada zina dan membunuh . Mereka yang mabuk akan hilang akal dan apabila manusia sudak tidak berakal maka kedudukannya lebih hina daripada binatang (al-Quran: ) . Orang yang gila akan melakukan apa sahaja kesalahan termasuklah berzina dan membunuh orang lain. Dalam konteks masa kini kumpulan penagih dadah adalah lebih merbahaya daripada peminum arak. Adalah suatu yang bukan mustahil, sesaorang yang telah dipengaruhi oleh runtunan nafsu ia akan mudah lupa kepada hukuman dan dosa pahala. Didalam ertikata lain walaupun ia dididik dengan ilmu agama, mengetahui beratnya dosa serta hukuman didunia dan akhirat kesalahan berzina, rogol dan sumbang mahram ia akan terus melakukan maksiat dan lupa kepada hukum agama dan undang-undang Negara . Ini selaras dengan sabda Rasulallah saw yang bermaksud; Tidaklah sesaorang yang berzina itu melakukan perzinaan sekiranya ianya beriman ketika ianya berzina, tidaklah sesaorang yang mencuri itu mencuri sekiranya ia beriman ketika ianya mencuri, dan tidaklah sesaorang yang meminum arak itu meminum arak sekiranya ia beriman ketika ia meminum arak tersebut.
Walaupun demikian kerajaan perlu menyediakan pasarana yang positif yang mendorong rakyat kearah cara hidup yang positif dan menghalang rakyat daripada cara hidup yang negatif. Untuk maksud tersebut kerajaan perlu menyediakan sistem pendidikan yang baik, mengawal rancangan hiburan, media letronik, serta bahan bacaan, dan tontonan yang boleh meracuni minda rakyat dan yang boleh meransang nafsu penggunanya.
Didalam suasana sekarang ada dikalangan suami atau lelaki yang menggunakan bahan-bahan ubatan tradisional dan “Viagra” , menonton video lucah, mudah teransang apabila melihat wanita-wanita cantik yang mendedahkan aurat maka mereka akan mudah dikalahkan oleh runtunan nafsu dan syaitan terutama sekali apabila mereka tidak dapat mengadakan hubungan dengan isteri. Islam telah pun menasihatkan para belia (dan individu) yang tidak mampu berkahwin supaya mengamalkan amalan berpuasa sebagai alternative bagi mengurangkan nafsu dan menyelamatkan diri mereka dari maksiat, jenayah dan perzinaan. Akan tetapi amat sedikait orang Islam yang mengamalkan nasehat Rasulallah ini bagi mengatasi masalah nafsu mereka sehingga mereka terjebak kepada gejala-gejala kurang sehat dalam masyarakat. Didalam suasana rumahtangga yang mengabaikan sistem hidup Islam, isteri keluar rumah meninggalkan suami bersendirian, isteri tidak melayani suaminya, anak-anak perempuan berpakaian tidak menutup aurat, hiburan dan percampuran bebas tidak dikawal, hubungan suami dengan orang gaji terlampau bebas, maka tidak mustahil zina, sumbang mahram dan rogol akan berlaku dikalngan mereka. Manakala bagi pasangan yang tidak mahu keluarga mereka terlibat dengan kahwin poligami, dan tidak mengamalkan ibadah puasa maka tidak mustahil pihak suami yang mewah akan melakukan perkahwinan sulit di Thailand, memiliki perempuan simpan, atau melakukan maksiat dihotel-hotel.
Mana-mana individu akan mudah melakukan zina, dan rogol diluar rumah dan ditempat kerja apabila mereka gagal mengawal nafsu mereka melihat wanita dan gadis- gadis cantik yang berjalan bersaorangan diri ditempat-tempat sunyi dan mudah memberi senyuman dan berani memberi layanan dan bertegur sapa tanpa segan silu; Sabda Rasulalah saw yang bermaksud; Bagi wanita apabila mereka sudah hilang sifat malunya maka mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka mau.
Untuk mengelakkan kesalahan rogol dan sumbang mahram berlaku dalam masyarakat maka pihak kerajaan perlu menghapuskan gejala seks haram diseluruh Negara. Usaha membenteras rogol dan sumbang mahram akan gagal sekiranya kegiatan GRO terus berleluasa dan kegiatan pelacuran diberi lesen dimana-mana hotel dan pusat-pusat hiburan. Kerajaan juga akan gagal mengatasi masalah jenayah seks sekiranya cara hidup bebas (free-sex), budaya hedonism ( gila hiburan yang melampau), hidup tanpa agama (free-thinker), kebebasan wanita yang melampau, budaya lepak, pergaulan bebas, pengaruh cara hidup barat dan kebudayaan kunig terus berleluasa dalam masyarakat. Bahkan usaha membenteras gejala sosial dikalangan rakyat bawahan akan terhalang sekiranya perilaku negatif ini berlaku dikalangan kelas menengah dan pemimpin masyarakat samada secara sulit atau pun terang. Sukarnya kerajaan mengatasi masalah rogol dan sumbang mahram samalah sukarnya kerajaan mengatasi masalah HIV dan AIDS sekiranya masalah dadah terus menghantui masyarakat dan Negara. Bahkan golongan penagih dadah ini juga akan terlibat dengan kes rogol dan sumbang mahram sekiranya mereka dibiarkan bebas berkeliaran dalam masyarakat dan keluarga tanpa perhatian dan pemantauan yang rapi oleh semua lapisan masyarakat.
Didalam bidang pendidikan dan kerohanian pula kerajaan wajar mempastikan sekolah agama akan terus berfungsi untuk rakyat menimba ilmu agama yang sempurna, lengkap dan berkesan didalam pelbagai bidang supaya semua lapisan rakyat dapat menghayati ajaran-ajaran tersebut dan mengelakkan diri mereka dari terjerumus kedalam persekitaran yang mendorong diri mereka terjebak dengan perlakuan maksiat, jenayah dan kemungkaran . Didalam ertikata lain maksiat dan punca maksiat adalah merupakan dua perkara yang saling kait berkait. Oleh hal yang demikian selain daripada larangan melakukan maksiat, jenayah dan kemungkaran ,Islam juga turut melarang sesaorang mendekatkan diri kepada anasir-anasir yang menjadi punca dan penyebab berlakunya maksiat, jenayah dan kemungkaran tersebut.
Didalam era dunia moden manusia mula memperkecilkan isu aurat dan institusi perkahwinan dan keluarga. Walaupun manusia diberi akal untuk berfikir namun manusia tidak akan mampu memikirkan sesuatu yang tersembunyi disebalik keindahan undang-undang Allah. Jika manusia cuba menggunakan akal dan daya keintelektual mereka untuk memikir semula undang-undang tuhan atau memindanya maka akhirnya manusia juga yang akan rugi dan menderita akibat dari perbuatan tersebut. Sebenarnya Allah tidak akan rugi sedikitpun apabila manusia mencipta undang-undang sendiri dan mengenepikan undang-undang islam
Bahkan didalam Islam selain daripada manusia wajar mematuhi undang-undang Islam mereka juga hendaklah mengambilkira juga unsur-unsur sampingan yang berkaitan dengan undang-undang tersebut. Didalam kaedah Usul Feqh apa jua perkara yang menjadi sebab kepada suatu yang haram maka ianya juga adalah haram. Didalam ertikata lain umat Islam bukan sahaja wajib meninggalkan yang haram akan tetapi pada waktu yang sama juga mereka hendaklah menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang menjadi sebab kepada berlakunya perkara-perkara yang diharamkan itu.Jika sekiranya perbuatan membuka aurat menjadi punca utama berlakunya maksiat maka perbuatan menutup aurat bukan sahaja wajib kerana perintah Allah akan tetapi ia juga wajib kerana kesannya kepada berlakunya jenayah. Bagitu juga sekiranya perkahwinan itu penting untuk mengurangkan maksiat, zina dan rogol maka institusi perkahwinan juga perlu diurus tadbir dengan lebih kemas dan diwajibkan kepada pasangan yang layak berkhwin. Allah telah menjadikan wanita (Hawa) sebagai pasangan kepada lelaki (Adam) menerusi institusi perkahwinan. Aurat wanita dijadikan Allah sebagai unsur yang boleh meransang nafsu lelaki. Bahkan dengan adanya nafsu inilah lelaki akan terpikat untuk hidup berkeluarga atau berkahwin dengan pasangan yang diingininya. Oleh hal yang demikian aurat wanita amat perlu dipelihara supaya wanita tersebut tidak menjadi mangsa keganasan dan nafsu lelaki buas disekelilingnya.
Aurat wanita adalah diharamkan kepada mana-mana lelaki kecuali suami dan mahramnya. (Bahkan didalam konteks sekarang apabila bapa dan saudara kandung pun sanggup melakukan perzinaan dan rogol terhadap anak gadis dan adik perempuannya ) maka wanita wajib memelihara auratnya walaupun di dalam rumahnya sendiri.
Islam juga mewajibkan lelaki dan wanita berkahwin, selain untuk melahirkan zuriat dan keturunan manusia yang berkualiti (solehah) , mendisiplinkan cara kehidupan manusia , perkahwinan juga adalah saluran yang terbaik untuk manusia memadu kasih dan menyempurnakan kehendak semulajadi naluri dan nafsu manusia. Bahkan budaya mengelakkan diri dari institusi perkahwinan bukan sahaja bercanggah dengan naluri dan fitrah manusia dijadikan Allah diatas muka bumi akan tetapi pada waktu yang sama ia juga akan menimbulkan gejala sosial, jenayah, perzinaan dan kemungkaran yang tidak terkawal.
Dinegara barat telah berlaku pelbagai bentuk keruntuhan budi dan kehancuran sistem kekeluargaan dan sosial. Didalam masyarakat barat telah wujud golongan yang dibenar oleh undang-undang Negara seperti wanita yang tidak mahu berkahwin , berkahwin sama sejenis (Lesbian), homoseks (lelaki berkahwin sesama lelaki, gay (pondan) yang di beri pengiktirafan oleh undang-undang negara, pertukaran alat kelamin (jentina), permanian berhadas, rahim tumpang, wanita yang beranak tanpa suami yang sah “single parent” , bersekedudukan sebagai suami isteri tanpa kahwin, beranak sebelum berkahwin dan zina yang dihalalkan, Adalah tidak mustahil pengaruh sedemikian akan menular dalam masyarakat dinegara ini sekiranya sistem hidup barat dan suara perjuangan pembebasan wanita (Women Libs) dibiarkan menular dikalangan wanita dan rakyat dinegara ini.
Mereka yang mencipta cara hidup sendiri, melakukan perkara yang dilarang atau tidak menerima hukum Allah adalah disifatkan sebagai golongan pelampau (ekstremist). Firman Allah swt yang bermaksud ; Barangsiapa yang melampaui (undang-undang) atau hudud Allah maka mereka adalah termasuk kedalam golongan orang yang fasiq”( alQuran; )
Adalah jelas didalam Islam perbuatan “rogol”, sumbang mahram dan berzina adalah tergolong didalam kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai kesalahan yang merosakkan dunia (alfasad fil ard).
Islam menghukum sekeras-kerasnya kesalahan zina dan kesalahan ini mesti dihukum sapertimana yang ditetapkan didalam al-Quran (hudud) dan tidak boleh diubah. Walaupun dari segi perlaksanaannya baginda Rasulallah saw amat berhati-hati , dan kaedah pembuktiannya terlalu “ ketat “ akan tetapi apabila pihak yang dituduh mengakui ianya berzina dan keterangnnya melampaui batas keraguan ( beyond of doubt) maka ia akan dihukum rejam sampai mati atau di rotan dengan 100 kali sebat. Islam menghukum pesalah yang telah berkahwin (muhson) lebih berat berbanding dengan pesalah yang belum berkahwin (ghair al-muhson). Berdasarkan kepada alasan sedemikian maka jelas Islam adalah melarang sekeras kerasnya kesalahan “ sumbang mahram” bahkan lebih berat berbanding dengan kesalahan rogol dan zina biasa.
Islam juga telah menggariskan kaedah untuk mengatasi berleluasnya kesalahan zina, sumbang mahram dan rogol. Walaupun al-Quran menyebut secara jelas peraturan bagi mengelakkan kesalahan zina akan tetapi peraturan ini juga boleh digunapakai bagi mengatasi masalah sumbang mahram dan rogol. Untuk maksud tersebut Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan suami isteri (dalam kes zina ) duduk berdua-duaan ditempat yang sunyi yang boleh mendorongkan mereka melakukan perzinaan.
Walaupun pelbagai pihak memaparkan statistik kesalahan rogol, sumbang mahram dan zina akan tetapi sebenarnya jumlah zina dikalangan orang Melayu dan Islam adalah lebih serius. Hampir keseluruhan mereka yang ditangkap berkhalwat dibawah Eankmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen jenayah Syari’e adalah sebenarnya telah melakukan zina dan mereka tidak didakwa melakukan kesalahan tersebut hanyalah semata-mata kerana tidak adanya bukti yang cukup untuk kesalahan tersebut.
Sebenarnya usaha untuk membenteras rogol zina dan sumbang mahram bukan sahaja ditumpukan kepada mana-mana kaum, agama dan keturunan. Didalam sebuah Negara dimana rakyatnya hidup bersama dalam sebuah masyarakat dan kawasan perumahan yang sama maka perkara yang buruk lambat laun akan mudah merebak dan berjangkit dikalangan rakyatnya tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit, sekiranya diri mereka terus terdedah kepada pengaruh persekitaran yang sama.

No comments:

Post a Comment