Tuesday, November 3, 2009

membuang anak dalam kandungan

Membuang Anak dalam Kandungan

Membuang anak dalam kandongan ialah menggugurkan bayi dari dalam perut wanita yang mengandungnya . Anak atau bayi yang digugurkan ini sering dikaitkan pula dengan anak luar nikah. Ia juga adalah isu yang berkait rapat dengan jenayah zina. Walaupun ini suatu tanggapan yang tidak semestinya betul akan tetapi manusia terutamanya masyarakat yang masih kuat berpegang kepada agama akan melihat membuang anak dalam kandungan adalah suatu kesalahan besar dan sama dosanya dengan membunuh nyawa seorang makhlok Allah. Manusia tidak sewajarnya melakukan pembunuhan sedemikian rupa dengan sewenang-wenangnya kerana kesalahan tersebut adalah sama dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat jahiliyah. Dalam ertikata lain perbuatan menggugurkan anak adalah suatu yang bertentangan dengan naluri seorang ibu yang kebiasaannya amat kasih dan sayang kepada anak yang dikandongnya itu walaupun anak tersebut hudoh, cacat, berpenyakit dan menjejas kehidupan keluarganya dimasa akan datang. Sedangkan binatang pun pandai menyayangi anaknya dan sanggup mempertahankan keselamatan bayinya hatta dengan menggadai nyawanya sendiri sekiranya bayi tersebut terancam.
Firman Allah dalam surah ayat;



Yang bermaksud;










Ramainya bilangan kes pembuangan anak dalam kandungan bermakna ramainya bilangan anak nikah dalam sebuah masyarakat dan secara lansung akan menggambarkan rosaknya akhlak dan moral remaja dalam masyarakat tersebut. Berlakunya pembuangan anak dalam kandungan adalah disebabkan beberapa faktor saperi berikut;
1. Takut untuk menghadapi saat melahirkannya, samaada kerana kesakitan, atau kesihatan ibu atau wanita yang mengandung .
2. Malu melahirkan anak yang bakal dilahirkan samada kerana jentina, kecacatan, atau penghinaan yang akan diterima akibat dari kesalahan zina sehingga ianya mengandung..
3. Benci terhadap anak yang akan dilahirkan kerana dikaitkan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku keatas dirinya sebelum dan semasa ia mengandung.
4. Marah terhadap suami atau lelaki yang melakukan hubngan seks dengannya samada kerana sikapnya yang tidak mahu bertanggungjawab, meninggalkannya bersendirian, putus perhubungan atau ia membatalkan niat untuk mengahwinninya atau menceraikannya selepas perhubungan seks diantara kedua secara sah atau luar nikah.
5. Mempercayai kepada ramalan dan pandangan yang tidak baik mengenai kanak-kanak tersebut terutama oleh ahli nujum atau bomoh .
6. Untuk melarikan diri, mengelak dari dikesan dan menyembunyikan bukti jelas apabila ia didakwa dimahkamah kerana kesalahan jenayah zina yang telah dilakukannya itu.
7. Tidak beriman dengan kekuasaan Allah yang telah mengurniakan anak kepadanya dan hikmah yang ujud disebalik kejadian tersebut.









Anak yang dikandung kerana berzina atau melakukan hubungan seks luar nikah jika dilahirkan kelak bukan sahaja membebankan kerajaan akan tetapi pada waktu yang sama kaum wanita yang melahirkan anak tersebut juga akan menghadapi pelbagai kesan yang amat berat , hilang harga diri, kecewa, trauma, malu dan akan disisihkan oleh keluarga dan masyarakat.

Ramai wanita yang hamil akibat dari perbuatan zina mengambil jalan singkat samada membunuh diri, menggugurkan anak dalam kandungan atau lari dari keluarga dan masyarakat semata-mata untuk mengatasi masalah yang dihadapi akibat daripada kesalahan zina tersebut. Anak samada didalam kandungan atau yang dilahirkan tanpa nikah adalah anak haram yang tetap dianggap hina oleh masyarakat. Walaupun yang bersalah adalah kedua pasangan lelaki dan perempuan akan tetapi kanak –kanak tersebut akan menerima tamparan dan kesan yang buruk dalam masyarakat. Kanak-kanak ini tidak boleh dibinkan dengan nama lelaki penjenayah tersebut. Rakan-rakan akan mempersoalkan latar-belakangnya apabila nama lelaki yang dibinkan itu berbeza dengan nama lelaki yang menjaganya. Jika lelaki penjenayah tersebut hilang melarikan diri maka masyarakat akan mempersoalkan pula siapa sebenarnya bapa kanak-kanak tersebut dan wanita yang terbabit sukar untuk memberikan penjelasan yang boleh menutup segala kejadian yang buruk yang telah menimpanya. Anak ini juga tidak layak diberi habuan mewarisi harta pesaka perempuan dan lelaki yang berzina. Jika sekiranya anak tersebut adalah anak perempuan ia tidak layak berwalikan lelaki penzina tersebut sekiranya ia berkahwin kelak kerana Islam tidak mengiktiraf lelaki tersebut sebagai wali dan anak tersebut bukan anaknya yang sah..
Anak luar nikah juga akan menghadapi masalah untuk bergaul bebas dengan lain-lain ahli keluarga lelaki dan perempuan penzina berkenaan. Ia tidak dianggap sebagai mahram dan ia perlu memelihara batasan-batasan pergaulan dan aurat supaya




tidak berlaku maksiat yang berlarutan dalam keluarga. Anak luar nikah juga akan menghadapi penghinaan dan rasa malu apabila rahsianya sebagai anak haram terbongkar dan diketahui umum. Anak luar nikah juga akan merasa malu, marah dan kecewa terhadap wanita dan lelaki yang berzina (ibu bapa yang tidak sah) apabila ianya mengetahui dirinya adalah anak haram.
Walaupun demikian ada juga kes pembuangan anak dalam kandungan disebabkan oleh beberapa faktor lain yang dibenarkan oleh Islam dan diterima baik oleh masyarakat. Antaranya ialah;
Pertama, Doktor menasehatkan ibu supaya menggugurkan bayi dalam kandungan kerana sebab-sebab keselamatan nyawa anak atau ibu atau kedua-duanya sekali.
Kedua, Pakar perunding atau kaunselor berpandangan bahawa tekanan perasaan yang dihadapi oleh seorang ibu yang mengandung tidak dapat diatasi dengan cara yang lebih selamat melainkan melalui kaedah pengguguran anak didalam kandungannya. Dalam ertikata lain pengguguran anak dalam kandungan dan anak luar nikah adalah isu besar yang perlu ditangani dengan bijaksana oleh keluarga yang terbabit. Untuk tujuan tersebut maka beberapa usaha perlu dibuat supaya bilangan anak yang digugurkan dari kandungan tidak akan bertambah ramai dalam masyarakat.
Sebelum sebarang langkah diambil bagi mencapai matlamat tersebut maka beberapa usaha perlu dibuat untuk mengkaji terlebh dulu punca – punca berlakunya pembuangan bayi ini dalam masyarakat, kenapa pengguguran tersebut dibenarkan, siapakan golongan yang turut terlibat dan bersyubahat menggugurkan kanak-kanak tersebut, apakah pengguguran tersebut memang wajar dilakukan , apakah kesan baik dan buruk pengguguran itu kepada bayi dan ibu (wanita)






Islam hanya membenarkan pengguguran apabila pakar dari segi kesihatan dan agama berpendapat bahawa pengguguran tersebut adalah dibenarkan. Antara pengguguran yang dibenarkan ialah;
1. Menyelamatkan nyawa ibu atau wanita yang mengandung.
2. Tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah (zina) dan seumpamanya.
3. Menggugurkan anak adalah mendatangkan kebaikan yang lebih besar dari kemudaratan yang akan berlaku kepada semua pihak yang terbabit ( anak, ibu, wanita yang mengandung, masyarakat dan negara.
4. Tidak merupakan suatu tindakan yang boleh melindungi penjenayah zina dari dihukum.
5. Tidak menyebabkan lebih banyak lagi berlakunya zina, dan pembunuhan bayi dalam masyarakat dan negara tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh Islam.

Untuk mengurankan berlakunya pengguguguran bayi dalam kandungan dan berlakunya perzinaan dan lahirnya anak luar nikah dari masa kesemasa maka usaha perlu dilakukan bagi membenteras punca-punca kesalahan zina ini. Diantara punca berlakunya perzinaan tersebut ialah;

1. pergaulan bebas lelaki dan perempuan
2. Kahwin lambat atau tidak mahu berkahwin.
3. Hantaran terlalu tinggi.
4. Kurang didikan agama.
5. Remaja berani melakukan perzinaan kerana tidak takut kepada balasan diakhirat dan hukuman didunia.
6. Meniru cara hidup barat yang bertentangan dengan Islam






7. Ibu bapa dan keluarga takut memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi menasehati, melarang dan menghukum anak-anak mereka yang melakukan kesalahan maksiat dan jenayah ini.
8. Keadaan persekitaran, hiburan, gambar-gambar, majalaah , buku, video dan kandungan didalam internet mendorong muda mudi melakukan maksiat .
9. Tidak ujud sistem penguatkuasaan dan undang-undang yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan keatas segala bentuk kelakuan yang tidak bermoral, percumbuan dan pergaulan yang boleh membawa kepada perzinaan.
10. Ujudkan suatu hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat, bersyubahat membenarkan perzinaan, pembuangan bayi secara tidak sah (tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh agama dan undang-undang negara),
11. Kerajaan hendaklah bertanggungjawab menanggung segala kos termasuh memberi nafkah keatas anak luar nikah disamping mewajibkan pasangan yang terbabit membayar denda yang setimpal.
12. Laksanakan undang-undang Hudud ( hukum rejam dan rotan ) keatas pesalah zina yang telah berkahwin dan remaja (yang belum berkahwin) sapertimana yang ditetapkan mengikut undang-undang Islam.

Islam bukan sahaja melarang umatnya berzina atau melakukan
kesalahan zina akan tetapi Islam juga melarang umatnya menghampiri zina Firman Allah dalam surah alIsraa’ ayat 32










Yang bermaksud

32- Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Untuk mengelak dari berlakunya perzinaan Islam bukan sahaja melarang pergaulan bebas, berdua-duaan diantara lelaki perempuan yang bukan waris dan muhram , lelaki dan perempuan tersebut juga tidak boleh bersekedudukan saperti suami isteri tanpa nikah. Islam juga menggariskan batasan-batasan yang tidak boleh dilakukan oleh pasangan lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Antara larangan tersebut ialah memakai bauan-bauan, membuka dan mendedahkan aurat, berkelakuan dan bersuara yang memikat dan menarik perhatian, menggoda, melakukan perkara-perkara yang dikatakan sebagai ”sexual harrasment” kepada pasangan tersebut. Dalam ertikata lain untuk mencapai matlamat tersebut bilangan kes zina perlu di kurangkan atau dihapuskan dalam keluarga dan masyarakat dan langkah-langkah tersebut hendaklah dilaksanakan.
Bagi mengelakkan perzinaan maka Islam tidak membenarkan pergaulan bebas diantara lelaki perempuan yang telah baligh. Bagi wanita yang telah baligh dan kedatangan haid maka kemungkinan nya akan mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi. Bagitu juga bagi lelaki yang telah baligh dan zakarnya ada mengandungi air mani maka ia adalah mendatangkan kesan buruk kepada pasangannya sekiranya berlaku persetubuhan dan zina. Walaupun manusia telah mencipta alat pencegahan hamil dan






pelbagai ubatan yang berbagai-bagai akan tetapi persetubuhan tanpa nikah adalah tetap dilarang samasekali.
Untuk mengelakkan perzinaan berlaku maka lelaki dan perempuan yang sudah sampai masanya untuk berkahwin, berkeinginan untuk berkahwin, berkemampuan untuk melakukan hubungan seks, dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri maka Islam menggalakkan mereka berkahwin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Jika tidak maka mereka hendaklah mengawal dan mengurangkan nafsu dan keinginannya itu dengan cara berpuasa . Islam tidak mensyaratkan kedua-kedua pasangan supaya mengadakan upacara perkahwinan dengan cara yang mubazir atau mengadakan pesta secara yang melampau batasan. Untuk mempastikan remaja masa kini tidak terlibat dengan perzinaan maka ibu bapa, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing supaya anak-anak remaja tidak dibiarkan bergaul bebas sebelum berkahwin dengan alasan –alasan apa sekali pun. Walaupun mereka bekerja, sedang bersekolah atau berada dimenara gading mereka tidak wajar tinggal bersama didalam sebuah rumah atau bilik, menyewa premis beramai-ramai diantara lelaki dan perempuan walaupun mereka menghadapi masalah perumahan yang gawat. Pehak majikan dan universiti tidak sewajarnya lepas tangan dan membiarkan keadaan yang sedemikian berlarutan sehingga akhirnya pelajar universiti, murid sekolah dan pekerja-pekerja kilang terlibat dengan perzinaan dan persetubuhan tanpa nikah.
Walaupun demikian bagi memantapkan lagi usaha menghapuskan perzinaan ini maka kerajaan juga sewajarnya mempastikan premis yang ada, hotel, tempat tempat peranginan dan sebagainya tidak disalahgunakan oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk mereka tinggal dan tidur bersama seabagai suami isteri. Kerajaan juga hendaklah melarang samasekali unsur-unsur lucah tersebar dalam masyarakat disamping itu kerajaan juga wajar mengawasi para pelancung supaya meraka tidak melakukan




kelakuan yang menjolok mata yang akan membawa contoh teladan yang buruk dalam masyarakat. Masyarakat dan rakyat juga tidak sewajarnya dibenarkan meniru cara hidup barat atau menggunakan kaedah-kaedah baru bagi mengatasi gejala sosial di Barat yang jelas bercanggah dengan nilai hidup, budaya dan hukum Islam Kesimpulannya jika masyarakat dan negara benar-benar mahu menghapuskan kesalahan menggugurkan anak didalam kandungan, menghapuskan zina dan kelahiran anak luar nikah maka perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan segera.

1. Galakan supaya remaja cepat kahwin apabila telah cukup persediaan dan syarat-syarat nya.
2. Kenduri kahwin atau perbelanjaan untuk kahwin diadakan secara sederhana.
3. Ibu bapa dan keluarga mengawal anak gadis supaya tidak terlalu bebas bergaul dengan pasangan atau kawan lelaki.
4. Galakkan kahwin beramai yang dianjurkan oleh Majlis agama Islam negeri-negeri
5. Majikan menyediakan kemudahan perumahan untuk pekerja wanita.
6. Pusat Pengajian Tinggi menyediakan kemudahan asrama dan rumah tempat tinggal khusus untuk pelajar terutama pelajar perempuan.
7. Radio Talivisyen dan media massa menyiarkan rancangan dan program agama untuk memberi nasihat dan peringatan tentang bahayanya pergaulan bebas , perzinaan dan berlakunya kehamilan .
8. Mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih sesuai ; rejam sampai mati bagi pasangan yang telah berkahwin dan hukuman rotan dikalangan pasangan yang belum berkahwin yang terlibat dengan kesalahan zina .
9. Melarang mana-mana pihak menyalahgunakan penggunaan alat pencegahan hamil dan kondom dikalangan remaja.






10. Mengadakan kawalan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi menghalang penyalahgunaan rumah tumpangan, rumah rehat dan hotel dikalangan pasangan yang tidak berkahwin (bukan suami isteri)
11. Mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih ketat bagi menghalang kesalahan khalwat dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
12. Melaksanakan undang-undang Islam berkaitan dengan kebebasan wanita , keluar rumah bersendirian, aurat , pergaulan dan kesalahan jenayah khalwat dan zina.
13. Melarang penyiaran gambar-gambar, cerita lucah diakhbar, majallah, TV, video , internet dan sebagainya.
14. Mengharamkan aktibiti pelacuran, GRO ( Pegawai Perkhidmatan Wanita ), kemasukan pelancong asing yang tidak bermoral ( dari segi pakaian dan kelakuan ).
15. Mengadakan peruntukan yang mewajibkan pasangan lelaki dan perempuan memelihara atau bertanggungjawab memberi nafkah keatas anak luar nikah.
16. Kerajaan tidak menyediakan kemudahan untuk membela nasib anak-anak luar nikah kecuali mereka yang tidak ada ”pihak” yang memelihara dan memberi nafkah kepadanya.
17. Mengambil tindakan keatas ibu bapa yang berlaku ”zalim” keatas anak perempuan atau enggan menikahkannya dengan pasangannya yang kufu.

No comments:

Post a Comment